Wednesday, April 27, 2011

Craving fruits

Since pregnant ni, aku jadi suka sangat makan buah-buahan. Masa masuk wad aritu, my mom and friends bawakkan buah-buahan esp anggur! Owh, I really love anggur esp yang rangup-rangup.. ;)

Then, aritu husband bawak balik jambu and jambu merah. Aku makan banyak betul..hehe..

So tadi aku pun ke pasar..nampak buah2 tu..so rembat sumanya..epal fuji,oren,anggur, pear..hehe..suma aku nak makan sorang-sorang..pisang tu kawan abah bagi..abah kata xdpt makan pelam tu ganti dgn pisang ler..haha


Nak lepas geram punya pasal habis aku borong suma..buah-buahan baik tuk kesihatan kan.. ;)


..........................................................

Kat perlis tgh nak musim harum manis..heee..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

ibu mengandung kena buli ;(

huhu..


sob sob sob..


huhuhu...


sob sob sob sob..


ada dua perkara yang buat aku rasa cam nak makan orang sekarang ni.



isu pertama..


aku dan husband cadang nak pindah bulan 5 ni. Mulanya nak tunggu rumah baru kami siap dan dapat kunci baru pindahkan barang-barang ke situ. But then, husband kata jomla pindah awal. kalau dapat kunci rumah pun bukan boleh masuk terus coz still kena buat renovation itu ini dan surely amik masa lagi kan? so kami cadang just letak je barang-barang kat rumah kg aku dulu nnt aku abis pantang baru pindahkan kesana..


so hubby cakap dgn cik landlord kami yg kami xnak byr utk april dan mei sbb nak suh dia tolakkan aje dari dua bulan deposit tu..kami nak guna bajet duit sewa rumah tuk sewa lori dan sebagainya..tapi landlord tu kata dua perkara..kalau kami kua bulan april, burn deposit dan xyah byr ape2. But if nak keluar bulan mei, kena byr bulan april dan mei. deposit akan bayar balik kat kami after kami bayar two month tu..


merepek tak???


bukan kami ada jahanamkan ape2 kat rumah tu..elok cantik lagi. duduk baru setahun. bukan ada budak kecik nak conteng dinding ke ape. dia boleh suruh family or boyfriend dia check kalau tak caya. sbb landlord tu cikgu kat sabah ke sarawak tah.


nampak sangat dia memang tanak bayar duit deposit kami. ;(


husband malas nak kecoh-kecoh. dia kata early mei kami keluar terus. kalau ikutkan, kami masih boleh stay sampai end of mei. sbb tolak dua bulan from deposit. bukannya inform lambat mana..one month early. tp mmg niat dia tanak return back buat aku betul betul kecewa. husband malas nak pening kepala so dia kata xpelah burn sebulan sewa tu. aku marah sbb duit deposit tu adalah duit hantaran aku dulu. huaaa..leh dapat stroller mac laren sibijik woo! mahal sewa umah situ.. ;(


satu ayat aku cakap kat husband dan aku malas nak tukar, aku tak halalkan duit tu!!



............................................................................



story ke dua..

ada satu pokok pelam kat gate rumah kg ku ni..tengah berbuah banyak. aku tunggu laaa buah pelam tu masak. hampir sebulan aku tunggu pelam tu masak. check ada sebiji yang hampir nak masak. aku tak sabar dah nak makan. sbb pelam tu besar dan sangat manis.


sekali tu...tadi ada pekerja kedai tayar datang rumah nak betulkan tayar bajak abah..aku nampak dia dah skodeng pelam-pelam aku tu..sekali bila aku keluar nak check ape diorang buat, rupanya memasing dah hilang..pastu dengan pelam-pelam aku sekali dia ambik! huaaaa...menjerit-jerit aku dibuatnya..sedih betul. lama aku tunggu nak makan sekali dirembat orang..huhuhu..


banyak plak tu dirembatnya...ada lagi yang lain tapi suma muda lagi. nak tunggu masak tatau la bila. next week aku dah kena ikut husband balik perlis..huhuhu..xpelah, nanti aku suh mak simpankan sebiji pun jadik la..pelam tu makan muda-muda tak sedap. tak rasa masam pun tapi rasa kelat-kelat..


huhuhu..kat mana batu belah batu bertangkup ek???

Monday, April 18, 2011

Rehat sebentar...no kit kat laa

Monday blues ke?

Entahlah..sejak preggy ni aku memang tak larat sangat nak drive jejauh..sejam setengah perjalanan pun aku rasa macam 7jam..


Everyweek kalau takde kelas aku memang balik kampung. Malas nak duk uma sensorang. Malas nak masak suma..kat kg adik n my mom yg masak..hehe

Rite now aku on the way nak ke upm sbb ada diskusi nak siapkan assignment..tapi dah sampai tol setia alam ni mata tak tertahan dah..so bentila sebelum anything bad happen. Dapat lelap 5min pun jadila kan..


Tonite my darling balik dari korea. Katanya muka dia dah macam RAIN. Hehe..muka mcm shah rukh khan perasan nak jadi RAIN..kasi can jela kan..



...................................................................

Berhati-hati dijalan raya..malang tidak berbau. Sian my big brother yg accident truck terbalik. Nasib baik dia xde pape..cuak kami dibuatnya..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 16, 2011

Hargailah sementara mereka masih ada

Pernah tak terfikir atau terbayang oleh kalian,tatkala bangun dari tidur tiada lagi insan tersayang disisi..?


Apa perasaannya?


Tak terkata sedih kan..


Bangun saja dari lena, lihat ibu bapa,suami atau isteri,anak-anak, adik beradik sudah tiada. Pergi bertemuNya buat selama-lamanya...rasa seolah-olah menyesal kerana masih banyak pengorbanan dan kasih sayang mereka tak terbalas..rasa menyesal kerana kerap menyakiti hati mereka..rasa seperti masih tidak lagi puas bersama mereka..rasa seperti mahu mengundurkan semula masa...


Jadi, sementara mereka yang tersayang masih ada,hargailah dengan sebaiknya...

:)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 11, 2011

mari belajar peribahasa

sorry la tak rajin nak hapdet. seriusly kepala tengah sarat dgn assignment. dah nak abis sem ni. abis sem nnt aku rajin hapdet ye.. (cakap mcmlaaa ramai readers..haha)


hari ni aku nak cakap pasal satu peribahasa. tetiba teringat peribahasa ni pasal terbaca status seorang kawan lama kat fb. hehe..

"mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.."

ayat yang depan tu aku tak pasti betul ke tak sebab aku google ada banyak version pulaakk..nak tanya pakar bahasa, my mom tak balik lagi. hehe


rasanya suma tahu maksud peribahasa tu kan? mengata orang tapi diri sendiri pun sama teruk jugak..


aku terbaca la status sorang kawan ni..actually aku rasa 'membuak-buak' didada untuk membalas komennya...dengan cara yang 'berhemah' agar dia sedar yang dia pun sama juga dengan orang-orang yang dikutuknya tu..tapi dah kata 'membuak-buak' kan..makanya aku tak dapat fikir ayat 'yang berhemah' untuk sedarkan kawan tu..hahaha..takut nanti terputus terus relationship tu..hehe



oh, isu yang dikatanya kat fb tu..tentang sikap sesetengah 'kawan' dalam fbnya yang menjengkelkan..sebabnya suka buat status yang entah hape-hape. gaduh ke ape suma nak bagitahu public..menyampah dan meluat la...



hahaha..gelak jugakla aku baca..sebab aku rasa macam describe diri sendiri pulak. bukan diri aku ..diri penulis tu la..aku selalu rasa rimas dengan status yang ditulis orang tu..maki hamun suma..gaduh dengan bf... tak pelah kalau nak luahkan kesedihan ke...tulis kata-kata hikmah ke..atau kata-kata cinta yang sadis ke..aku ok je..tapi kalau bab maki hamun ni..aiseh...lagi-lagi pompuan...



tu yang aku gelak bila tulis status duk menyampah dengan status orang tapi kita tak sedar yang status kita pun menjengkelkan ramai orang...hahaha


moral of the story, tak yaahlaa duk mengutuk orang..kadang-kadang kita pun lebih kurang atau lagi teruk lagi...kan? hehe



well, aku pun dah remove more than 200 'friends' dalam fb sebab annoying dengan status, sikap, mcm2..walaupun my husband cakap it just a facebook.. tapi kalau dah bagi kesan kat life aku...so better aku remove jelah..bukan nak putuskan 'persahabatan' ke hape..tapi kadang-kadang mereka ni beria laaa add kat fb suma..tapi bila aku nak tegur diluar bila jumpa/berselisih boleh pulak buat-buat tak kenal. haih...so aku remove jela dari fb. sebab bagi aku mereka ni hanya stalker.


senang je..kalau rimas, menyampah..remove je orang tu. tak pun deactivate. tu je la yang aku slalu buat. fb tempat nak bersantai...tapi kalau dah jadi tempat menyemakkan kepala....baik tutup aje..kan? =)



have a nice day!



.......................................................


amacam theme blog baru saya? biru biru gitu.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers