finally, my brother dah dalam flight on the way balik ke KL. Katanya duit terpaksa 'pau' dari kawan-kawan sebab cash di tangan tak cukup. tapi takpelah..nanti boleh bayar balik. Janji dia dapat balik. Sian juga kawan-kawan yang lain tu. Lambat sangat bertindak. Rakyat msia kat sana bukan sikit. patutnya tindakan yang lebih cekap dan pantas diperlukan dalam tangani isu-isu macam ni...
walaupun ada yang kata takde ape-ape pun..biasa je..tak kecoh pun macam dalam tv dan paper tu.. but still risau. sebab mereka berada di negara orang. rakyat dia pun tak dipedulikan ape tah lagi dengan orang luar kan?? ini bab keselamatan..bab nyawa. risau..
hope semuanya selamat di sana..
rasanya macam nak suruh adik aku tu sambung belajar je kat sini. habiskan aje la belajar tu kat sini. tinggal setahun lebih je lagi. suma duk pegi overseas tinggal aku dengan si yat aje kat msia ni. kadang-kadang kelam-kabut juga keadaan kami. si yat tu lagi kesian. selalu jadi mangsa keadaan. asyik kena marah je dia. hmm..sunyi rumah kat kampung tu..lagi sunyi hati mak pak aku tu.. sob sob sob
selalu mak aku tu cakap, jeles tengok jiran depan rumah. anak-anak menantu cucu suma duduk dekat-dekat. selalu jumpa dan kumpul bersama. meriah je rumah..
aiseh..kelu lidah aku dibuatnya.
but what to do kan? that's life. rezeki abang dan adik-adik kat luar negara. cuma kondisi mak aku yang tak boleh kerap ikut mereka tu yang agak payah. aku pulak dah ada komitmen lain yang menyekat pergerakan aku untuk selalu balik ke kampung. kadang-kadang serba-salah juga.. huhuhu..
bila macam ni, masa bersama tu memang sangat limited. kali terakhir kami dapat kumpul bersama masa raya last year. itu pun my husband tak leh join sangat sebab dia sibuk dengan kes pembunuhan Sosilawati. tak tahu la bila lagi dapat berkumpul ramai-ramai.
bila ramai-ramai, aktiviti yang kami semua suka buat, bbq @makan besar. haha..memang syokla. semua kaki makan. then, bermandi manda sama ada di pantai atau air terjun. uh, memang syokk laaa..bawak khemah suma. hehe..
insyaallah nanti ada rezeki dapatlah berkumpul lagi..
6 comments:
Alhamdulillah... barulah lega rasa hati...
Semoga pelajar2 yang lain selamat...kesian kat mak ayah mereka yang di sini...risau hati bukan kepalang...
hmm..itu la akak..sian yg lain2 masih disana tu..beribu2 lagi terkandas..doakan keselamatan mereka..aminnn..
alhamdulilah.. semuga yg lain pun akan selamat pulang..
your bro tinggal kat mana?
saya tinggal kat kaherah. awal sabiek.
penulisan terbaru saya: saya kekal di Mesir buat masa ini
tutorial hebat: tips blogger terhebat yang saya tak pernah dengar mana-mana otai sebut setakat ini
uncle zino,
rasanya skrg ni dah ramai yang dpt balik. tp saya rasa masih ada lagi beberapa yang tak keluar lg dr mesir tu,,
hamba Ilahi,
adik saya di mansoura. aritu dia stranded kat cairo airport beberapa hari dengan kawan-kawan. balik sendiri tak tunggu bantuan pun..tak tahan sgt dah katanya..
awak xkeluar lg dr mesir ke?
Post a Comment