Friday, January 14, 2011

Tanah rata

finally!


after beberapa kali menyebut..semalam dapat juga melangkah kaki ke cameron highland. sian kan aku? hehehe..seumur hidup tak penah langsung ke sana. so on the way balik dari perlis, husband tetiba (adhoc punya plan) suruh masuk susur ke tapah/cameron highland. Sebelum tu aku tengah merajuk sebab nak singgah jenjalan kat penang tak dapat. ;(


sebelum ni..everytime husband buat ayat...


" eh, jom honeymoon ke europe nak??"

atau

"eh, jom jenjalan bawak mak ayah ke bandung or jakarta??"

atau

"honeymoon ke korea nak??"

atau

"kita ke India okay tak?besh hape kan??"



secara automatik mulut aku akan balas dengan statement...


"alaaaaa...nak ke europe/koreo/bandung/ india konon...orang ajak ke cameron sampai sekarang pun tak dapat pegi lagi...huh!"



hahaha..jahat kan statement balas aku. hehehe..so agaknya terngiang-ngiang ayat tu dalam kepala husband masa nampak sign board susur ke tapah/cameron tu. hehehe..



tapi tak syok sangat la..sbb adhoc punya plan kan. hanya dpt pegi borong bunga dan cactus jek. hujan lebat. husband ajak balik. makanya tak bermalam la kat sana. banyak tempat macam kebun bunga ros dan orked, kebun strawberry suma xdapat nak lawat sangat.




so harusla muncung mulut jadi semakin berinci-inci depanyaaaa ;)



on the way turun husband belikan beberapa jambak bunga roses. dan harusla juga bini nya ni melompat-lompat suka. hahaha



picnya nanti ye. coz aku di kampung and tomorrow nak balik johor with my parents.

..........................................................


seriously i cant wait till our real honeymoon. or at least bercuti tanpa ada gangguan. ;(

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails