Monday, December 6, 2010

1 muharram



Selamat Tahun Baru..




apa azam untuk tahun baru Islam ni?



apa perubahan atau penghijrahan yang kita perlu buat dan lakukan?





apa yang penting, semuanya harus menuju kearah kebaikan..ke jalan yang diredhai Allah. Setiap umat Islam perlu berhijrah. Perlu berubah. Apa perkara kebaikan yang kita tak pernah nak pandang atau buat, itulah yang perlu di masukkan dalam jadual harian kita.





Umat Islam perlu bersatu padu dalam menegakkan agama Islam dan menentang segala anasir jahat yang cuba menyesatkan kita dari jalan Allah. Kita semua perlu bersama-sama menghayati erti penghijrahan yang sebenar dan mengimbas kembali bagaimana besarnya pengorbanan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para sahabat baginda ketika mereka berhijrah ke Madinah dan segala keperitan dan kesusahan ini di
hadapi semata-mata berlandaskan ketaqwaan mereka mematuji perintah Allah. Dan ju
ga demi menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia..





Aku juga mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Aku perlu berubah. Kita semua perlu berubah. Perlu berhijrah. Mana yang buruk dan tak baik harus dibuangkan. Mana yang baik harus di perbaikkan lagi. Semakin hari semakin banyak bala yang Allah turunkan sebagai peringatan kepada kita semua. Jauhkanlah diri dari segala kemungkaran dan maksiat agar kita semua pe
roleh kesenangan di akhirat kelak...




amiinnn ya rabb!




jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun ye..





Doa akhir tahun di baca 3 kali pada penghujung waktu asar, sebelum waktu maghrib.







Doa awal tahun di baca 3 kali selepas solat maghrib.

4 comments:

Anonymous said...

salam maal hijrah...
moga yg baik2 utk kita
semua tahun ni ~

~ez~ said...

salam maal hijrah manje..aminn..insyaAllah..semoga kita juga berubah menuju kearah kebaikan..

Anonymous said...

salam maal hijrah

~ez~ said...

salam maal hijrah to yoo too... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers