Sunday, November 28, 2010

marriage is NOT only bout LOVE

Big YES to that!


marriage is not only bout love. it needs more than that. orang dolu-dolu kahwin pun tak pernah kenal atau bercinta tapi boleh kekal BAHAGIA hingga ke akhir hayat. betul kan? tak caya cuba tanya mak pak kita. atok nenek ka. apa rahsia hubungan mereka.. ;)




kahwin memerlukan ILMU. ilmu tu perlu dipelajari. sebab tu sebelum kahwin kena pergi kursus dulu kan?




marriage is challenging. memerlukan KESABARAN yang tinggi. Husband and wife kena tahu TANGGUNGJAWAB masing-masing. Kena BERTOLAK-ANSUR antara satu sama lain. Masing-masing dibesarkan dalam dua buah keluarga yang berbeza. Jadi cara hidup mesti berbeza antara satu sama lain..




MASA BERCINTA hanya lebih kepada kepura-puraan. Yela, control cun@macho la kan depan awek/pakwe memasing. Takkan nak main hambur je nanti kene rejek plak kan. hehehe..




Ada sorang ustaz ni kata masa dalam program 'TANYALAH USTAZ', beritahu yang masa bercinta hanya penuh dengan pura-pura dan lebih 60% hanya tipu belaka. The real thing nampak masa dah sah bergelar suami isteri..




Aku setuju dengan semua tu. Masa belum kahwin, memang tak nampak langsung semua tu. Fikir kepala cuma nak kahwin. Rasa macam dah cukup bersedia dah.. Aku tak bercinta lama pun dengan husband. Kami kenal SANGAT SEKEJAP. Kami memilih untuk bercinta lepas kahwin. ;)




beshnya jangan cakapla. hahaha..gaduh-gaduh tu adat bercinta kan..hehe




Aku buat entry ni sebab baru lepas tengok drama 'dalil cinta' kat tv3. Tak reti masak dan kemas rumah tapi dah sibuk nak kahwin. okla part tu. Tapi tang bohong mak mertua kata reti masak tu yang tak leh blah..kena marah dengan mak mertua pun tak serik-serik. haish..jauhkan laaa aku dari sikap macamtu..si isteri sangat pemalas dengan rumah sangat sepah. aiseh...ada gak ke yang macamtu?? huuu..kalau sama-sama kerja dan penat..ape salahnya sama-sama buat. dua-dua juga kena bertanggungjawab kan?



paling sedih part mak mertua dah marah-marah pun si isteri buleh buat derk ja. siap tengking mak mertua nya balik. huaaa....!!! ;(




Keluarga mertua pun sama macam keluarga sendiri. tak baik buat mcmtu..huhu






ntahlah..




Aku tak cakap yang aku hebat menjadi isteri. Hebat memasak atau buat kerja rumah. NOPE. aku juga ada kelemahan dan masih belajar tuk perbaiki mana yang lemah. Tapi bab pemalas @ pengotor @ penyepah tu memang tak gemau laaa.. tak reti masak buleh belajar lagi. Semua tu nak atau tak. tu ja..




teringat plak insiden masa hari pertama aku menjadi isteri. hehe..husband sibuk-sibuk dah nak gerak ke tempat kerja. Masa tu masih di kampung aku. Kul 6 pagi kot husband dah gerak-gerak aku mintak salam. aku salam terus sambung tido balik! hehehe..




Balik kerja husband cakap..dia sarapan kat kedai mamak tak jauh dari rumah aku. gulp! terkedu siot aku. huuuu..husband kata nak laa rasa aku buat sarapan..tapi aku dah tido plak. hahaha..sengal kan?? ;)



Sejak dari tu aku akan pastikan husband 'isi perut' dulu sebelum keluar ke tempat kerja. ;)




ha..lagi satu ni..bila isteri dah merajuk, si suami WAJIB pujuk. Kalau tak nanti bernanaaah je dalam hati tu kang. Habis di ungkit-ungkit. Tak pun muncung makin berdepa-depa. hahahaha..




alaaa...bukan susah pun nak pujuk kan??? yang susah selalunya NAK RENDAHKAN EGO tu.... ;)




Tapi tak rugi pun kan? rendahkan ego untuk isteri bukan nak bagi isteri pijak kepala suami...tapi nak mendamaikan rumahtangga...bila hati isteri sejuk dan happy, husband pun jadi happy juga. nanti si isteri buleh buat macam-macam kan? time dia tengah happy buleh laa husband request macam-macam..


sayang, tolong buatkan kopi ya..


Nanti bukan kopi ja dia buat, siap dengan kuih kek bagai!



hahahaha...





Tapi sebagai manusia yang lemah dan tak tak sempurna tidak lari dari buat silap. Yang penting, cuba betulkan mana yang salah, mana yang kurang di tambah, yang baik di tambah baikkan lagi..


;)







2 comments:

my-name-is-dk said...

aku suka entri ko yang ni...kelaka weyh...hahhahah =)

sheschocoholic said...

hahahahaha...ilmu tu weehhhh ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails