Tuesday, August 10, 2010

simple but nyummylicious!!

hari terakhir sebelum puasa esok.


Masa ziarah makcik di johor, dia ada masakkan satu menu yang sangat simple but buatkan kami sume blurrppp..kenyaang! sedap yang amat. walaupun pedas macam nak jelir lidah je.


hari ni aku try masak menu tu. Actually terlupa nak tanya makcik macamana dia buat. Nama menu tu pun aku tatau..



Aku just main campak-campak je. Agak-agak jela bahannya ape. Dan hasilnya tak la teruk..hihihi

biar aku namakan IKAN MASAK SAMBAL BEREMPAH..hihi

Bahan-bahan:

6-8 ekor ikan kembong (ikut suka la ikan ape..siakap pon okay..)
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar ketumbar
2 sudu jintan putih
cili hijau (ikut suka banyak mana)
1 sudu kerisik
beberapa batang serai dititik
3 biji tomato
sedikit belacan
garam secukup rasa


goreng dulu ikan tu..

bawang putih + ketumbar+ jintan + halia + cili hijau di blend sampai hancur lumat. Kalau rajin bleh la nak tumbuk pakai lesung batu. Aku buat version express. :)

tumis bahan-bahan yang diblend tu dengan serai..aku buh skali dengan kerisik dan belacan..garam sekali..tumis sampai naik bau..sampai masak la..

pastu buh tomato..aku memang suka masak buh tomato banyak-banyak. hehe..bahan-bahan tu leh adjust ikut tekak memasing.. :)


dah agak-agak masak, masukkan ikan tu..nak tuang kuahnya pun boleh. Tapi aku suka masak skali so biar meresap kuahnya dalam ikan tu..

walla!! sedaaappp tauu (^,^)

2 comments:

suezen said...

biler nk mskkan tuk aku:P

leeya said...

hehe..nnt aku buat open house..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails