Wednesday, August 11, 2010

Datang macam ribut, pergi macam siput

Salam satu ramadhan..

hi all


mesti tengah lena sekarang. Nak bangun awal untuk sahur kan? Plan menu apa? biasanya kita ni kalau diawal-awal, memang semangaaat je kan. Bila dah tengah-tengah nanti mula la macam malas. Dah hujung-hujung tu memang tak bangun terus la agaknya.




Aku dan husband bersahur dengan lauk rendang daging. Insyaallah. Harap-harap dapat bangun. Masak kat rumah mak di kampung tadi dan tapau bawak balik rumah di sini. Macam-macam stok makanan bawak balik. Husband kata, balik kampung bawak sikit je barang, tapi ni macam-macam angkut balik. Memang nak kena duduk kat landed property la. Jenuh nak angkut banyak-banyak naik lift. yeah! akhirnya husband setuju dengan pendapat aku yang kami memang tak sesuai duduk apartment.



okay. ni dah lari tajuk. hahaha



Nak cerita tentang sakit. Yang datang macam ribut..sekelip mata. zassss!! gitu la bunyi nya. Tapi nak sembuh @ hilangkan penyakit tu..masyaAllah...punya la lambat. Kadang-kadang tak baik pun.

Tapi sakit itu adalah ujian dari Allah.


sekarang, lidah aku tengah sakit. pedih macam dihiris pisau. sape pulak laa nak hiris lidah aku ni kan? tak tak.

Mungkin sebab minum air panas, pastu macam melecur. Tambah lagi aku kurang minum air masak. Maka kena la ulser di lidah. Ya Allah, sapa pernah kena ulser@mata ikan@ lompangan kat lidah @ mulut @ bibir sure tau macamana sakitnya. Ibarat makan tak lalu tidur tak lena tapi mandi confirm basah la..


Dah hampir seminggu tak baik-baik jugak. Ni lagi nak puasa. Sabar jelah. Dugaan kecil je tu sebenarnya kan? rasanya ramai lagi yang tengah menderita sakit yang lebih teruk.


my brother si wahid yang kat mesir tu pun masih sakit. Rasanya dah berbulan kot. Ataupun lebih setahun sakit belakangnya tak baik-baik. gaya berjalan dah macam atok atok kalau dilihat.



Punca? dia dah banyak kali jatuh sejak dari kecil..jatuh beskal, jatuh motor (baru nak belajar merempit ), jatuh dari jentera berat, macam-macam hal budak si wahid nih. Kesannya sekarang ni la.Dah berusaha jumpa pakar pun takde hasil sangat. Sian tengok. Jauh pulak tu. Tambah lagi homesick nya. alahai..susah hati kami semua kat sini. My mum duk menangis terkenangkan anak bujangnya nih. me and husband pun risau sebab dia sorang je kat sana.



then, mother in law to my big brother pun tengah sakit jugak. Tak pasti pulak sakit apa. Katanya doktor pun tak tahu dan tak dapat kesan sakit apa.


cuma berharap, mereka semua yang tengah sakit akan sembuh seperti sediakala. Berat ujian sakit ini..menguji kesabaran dan ketabahan kita sebagai hambaNya. Kita yang tak rasa memang hanya mampu memandang dan mendoakan yang terbaik untuk mereka. Yang menanggung lebih terasa beratnya ujian itu kan..



sabarlah kalian!



mari sama-sama doakan yang terbaik untuk mereka yang sakit diluar sana. Terutama rakyat palestin yang setiap hari menderita dan terseksa. Ya Allah, lindungilah kami semua.



...................................






2 comments:

suezen said...

pjg citer ko beb

leeya said...

hehehe..tu la..tgh byk benda nk cite mmg panjang..kang xde idea pendek jela aku tulis..

eh, lama xnampak ko.hihihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails