Wednesday, August 11, 2010

menu pertama berbuka puasa

tick tok tick tok tick tok


ada lebih kurang sejam setengah untuk berbuka puasa.


ape menu korang hari pertama berbuka?


mungkin ramai yang beli di bazaar ramadhan je kan. Lagi mudah dan simple.


me?



masak apa?



mula-mula rasa nak masak char kueh teow. Sebab mungkin berbuka sorang-sorang. Tapi bila bbm husband, dia kata nak makan nasi jugak. Maka, kena fikir menu lain. Tapi hati degil nak jugak makan char kueh teow tu. Haish..

so keluar la ke pasar borong selangor yang besar ni mencari bahan. Sekali tu nampak siakap besar. Tetiba nak buat 3 rasa pulak.hehehe..meleleh da air liur terbayang siakap sweet sour. Dah siap beli barang, terus la bersilat kat dapur.


kung kang kung kang..siapla semua menunya..


siakap sweet sour dengan char kueh teow.


tamak siut!



hehehehe


Bahan-bahan untuk SIAKAP sweet sOur:

cili blend
(aku memang suka blend byk-byk cili kering campur bawang putih dan merah, senang kalau nak masak)
sos tomato
sos cili
sos tiram
garam secukupnya
Sedikit gula (sikit ja)
1 sudu serbuk pati ayam knorr
3 biji tomato
daun saleri@ sup
bawang besar
cili hidup
mula-mula mesti la kena goreng dulu ikan tu. Aku suka goreng sampai garing. Baru sedap. Then, tumiskan cili blend tu sampai naik bau. Masa tumis tu aku campur dengan tomato yang dipotong dadu besar, sedikit hirisan bawang besar dan cili hidup (yang lebih nak buat hiasan). pastu, buh la sos tiram, sos tomato dan sos cili. Sukatannya lebih kurang je la. Agak-agak je..hehe


jangan lupa buh air..ikut la nak banyak mana kuahnya kan..

then, dah agak-agak masak tu masukkan la ikan tu. Kalau nak tuang je kuahnya pun boleh. Tapi aku suka kalau masak sekejap dengan ikan tu..bagi meresap sikit kuahnya dalam isi ikan tu kan..


dah tu taburkan la daun sup, lebihan tomato, bawang besar dan cili.

aku tak suka bawang goreng so tak bubuh la.hihihi


tadddaaaaa!!!!


bahan untuk menu aku simple je..tapi rasa confirm sedap..hehe.tak sampai 15 minit dah siap dah. lagi cepat dari kat kedai. hihi..


menu char kueh teow tu nanti aku update resepinya ya.


selamat berbuka!


........................................................................

husband baru je call bagitau tak sempat balik berbuka sama. maka haruslah aku berbuka sorang-sorang. sob sob sob :(

2 comments:

suezen said...

uiks..menu char kuey teow jgn lupe...aku nk:P

leeya said...

hehe..okay.simple je resepi aku nih..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails