Saturday, August 7, 2010

sementara mereka masih ada..

holaaaa everyone.. :))


cepat je masa berlalu. Macam baru je dengar orang merungut-rungut macam sesungut bila kena pergi kerja hari isnin. Tup-tup dah hari sabtu. hehehe



Apa plan?


picnik?


makan-makan?



kalau yang terasa nak berendam kat sungai ke. opps, i mean air terjun. Berhati-hati la ye dengan virus air kencing tikus. Dah ramai yang meninggal dunia sebab virus tu. Just be careful. Yela, sebelum bulan puasa tiba ni kan. nnt dah puasa, xleh nak berendam-rendam.


me?




im going back to my kampung today. After husband abis kerja. esok nak balik Johor. Pertama kali nak bawak dia jumpa saudara-mara disana. My mum dah ajak balik last week tapi husband tak cuti. So ajak balik minggu ni. My mum beria sangat nak bawak balik menantu. Yelah, saudara mara mak semuanya di Johor. Menantu yang dulu tu memang tak sempat nak bawak berjalan ke rumah saudara mara pun. Jadi menantu yang ada ni la dia nak bawak. hihi..



Lately ni my mum tak berapa sihat katanya. Asyik sakit je. Bagi aku, mak kalau sakit tu sebabnya dia terlalu stress. Terlalu banyak berfikir. Kalau dulu disebabkan hal-hal kerja. Sekarang ni mungkin disebabkan dia lonely kot. My dad sibuk dengan hal kerja dan 'outstation' sana sini. Dan sekarang mak pun terpaksa ikut my dad 'outstation' sebab tanak kena tinggal sorang-sorang kat rumah..walaupun tengah sakit.huhuhu..


Dulu, aku ada hari-hari untuk temankan dia dirumah. At least, dia tau aku ada kat rumah tu kalau nak ajak bercakap ke..ajak keluar ke..or even ajak bergaduh ke..kih kih kih


tapi sejak aku kahwin dan terpaksa tinggalkan kampung, mak nampak sedih. Pernah aku terdengar dia bercakap dengan kakaknya, mengadu yang aku terlalu cepat berpindah ke KL. ish ish..sedih hati gua beb. sob sob sob

(masa lepas akad nikah..konon xnak nangis..skali aku dengan husband nangis kaw kaw punya..huuuu)

Tapi, nak buat camne. Sian pulak kat husband kena ulang alik tiap-tiap hari dari KL ke kampung yang makan masa 2 jam. Kuar rumah pagi-pagi. sampai rumah 2 pagi. penat kan. But at the same time, aku cuba juga untuk ambik hati mak. Sebab dia nampak sangat happy bila kami semua balik. Rasa meriah rumah. Mungkin hatinya agak cemburu melihat jiran depan rumah yang anak-anaknya semua ada depan mata. menantu dan anak-anak selalu bawak berjalan-jalan kesana sini. Ada juga mak sebut pasal tu..tapi nak buat macamana..adik beradik ada yang duduk jauh-jauh di merata dunia. Tapi semua rajin contact mak tanya khabar walaupun jauh. Dunia dah canggih.. jadi dah xde alasan kan?




Aku cuba sebaik mungkin untuk ambik hati mak. Walaupun tanggungjawab aku ada yang lebih patut diutamakan. Tapi, memang kesian sangat kat mak. huhuhu..kalau teringat tu memang sebak je rasa. Tanak dah tengok dia sedih, susah hati. cukup-cukupla...



Nasib baik adik lelaki aku ni dah jadi rajin balik rumah. Tiap-tiap minggu balik. Dia duduk serumah dengan aku kat KL sebab dah kerja sini jugak. Kadang-kadang aku tak dapat balik. dia balik jugak. Alhamdulillah..At least, mak ada jugak kawan nak bercakap..biasanya adik aku balik sini mesti story balik ape yang mak cerita kat dia.


on the phone?


(masa pergi umrah-makabah)

my mum tu tak reti nak bergayut lama-lama dengan aku. Dia pernah cakap tak reti cakap lama-lama kat tpon. tapi dengan anak-anak yang lain boleh. dengan kakak-kakaknya boleh berjam-jam pun.hehehe..not sure kenapa. Tak biasa kot. sebab aku sentiasa ada kat rumah. sentiasa ada depan mata dia..lebih suka cakap depan-depan kot. Bila aku call kadang-kadang tak habis cakap lagi mak dah letak. Saja trick nak suh aku selalu balik la tuuuu..hehehe





apa-apa pun..sementara ibu bapa masih ada..cubala berbakti kepada mereka. Termasuk juga ibubapa mertua. sama aja. Tanpa mereka, tak lahirla husband kita kan?


alhamdulillah, mertua aku sangat happening dan sporting. dan aku bersyukur dapat family mertua yang best macam tu.


jadi tak perlu nak sombong menongkat langit seolah-olah boleh berjaya tanpa ibu bapa. kan?


Tanpa mereka, tak wujudla kita semua di dunia ini!


Tak rugi kan berbuat baik dengan ibu bapa? dapat pahala lagi. Allah suka hambaNya yang berbakti dan taat pada ibubapa. Lebih-lebih lagi anak lelaki. sebab syurga di bawah tapak kaki ibu..


Walaupun dah ada anak isteri, janganla diabaikan ibubapa. Mereka yang mengasuh dan mendidik kita sejak dari kecil hingga dah besar. Sanggup bertarung nyawa hanya nak berikan yang terbaik untuk anak tapi bila dah besar...buat tak tahu jek.




Kalau tengok drama kat tv tu, kisah ibu bapa dihantar ke rumah orang tua..atau pun yang terbiar sorang-sorang kat kampung. Anak-anak buat tak kesah jer...kadang-kadang hidup mewah kat bandar, tapi mak bapak merana hidup. Takde hati perut ke? haish..jauhkan la kita semua dari sikap-sikap macamtu...




Waktu aku kerja dulu, memang la tak banyak mana pun gaji. Tapi sebab aku tak perlu bayar umah sewa or kereta ke hape..semuanya ada free.hihi..maka gaji tu aku joli kaw kaw la..kalau shopping tu memang tak hingat. Tapi, dah menjadi tabiat aku agaknya..kalau shopping ape-ape skali pun mesti aku nak beli something untuk mak. Yang aku ingat dulu, tiap kali balik shopping kat KL, aku mesti singgah kat sungai buloh untuk beli bunga orked kat mak. sebab mak dah mula tanam balik bunga orked dia..so aku belikan la banyak-banyak. walaupun kadang-kadang dia bebel sebab bunga aku beli tak ikut taste dia...aku tak kesah..sebab itu cara mak aku berterima kasih..hehehe..


Tapi, ibu bapa ni bukannya nak sangat duit kita kan..mereka nakkan perhatian dan kasih sayang dari anak-anak..itu yang membuatkan hati mereka gembira..


humm...

im thinking of buying a new laptop untuk mak la. Nak suruh dia belajar berfacebook. hehehe.. tak pon nak ajar dia berblog.hihihi..Dah buatkan account fb pun tapi sebab kat rumah xde komputer yang elok untuk dia pakai. Kalau ada sure mak tak bosan sangat.. (family mertua aku semua ada fb..kalau update status je..satu family dok komen..hahaha..happening..)



so, apa yang aku cuba sampaikan..kalau yang masih ada mak bapak tu..termasuk la mak bapak mertua, berbuat baikla pada mereka sementara mereka masih ada. Dah takde nanti kalau menangis air mata darah sekali pun mereka takkan boleh bangun semula... (ayat ni mak selalu cakap kat aku..)..


semua ni peringatan untuk aku juga.. :)



ha, ape lagi..cepat bungkus kain baju balik kampung sekarang!!


;)



selamat berhujung ya!


.......................................................



(sebenarnya cuba tanak buat entry ni jadi sedih-sedih sangat..huhu..karang bengkak mata pulak duk nangis-nangis..huhuhu..kalau sebut pasal mak je..hati jadi sebak.. :( )



2 comments:

aNIe said...

Leeya..memang bila kita dah kawin...hati kita terbahagi dua...memang patut suami diutamakan...tapi mana mungkin kita melupakan ibu yang dah bertahun2 bersama kita dan mengasuh kita dengan penuh kasih sayang...

Tak sanggup rasanya melihat ibu kita mengalirkan airmata...

Balik lah kampung sementara umur mereka masih ada....itulah yang sebaik baiknya...

~ez~ said...

kak anie,

itu la kan..sementara mereka masih ada..nasib baik kl dgn kampung saya tak jauh sangat..boleh la jenguk kalau free..tp sian gak kat mak mertua jauh..huhu..sesekali je dpt balik..


sy mmg tak leh lgsung tgk mak nangis..duk rs sebak je ..tanak dah buat hati orang tua susah hati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers