Thursday, August 19, 2010

Roslin Hasyim bercerai lagi??

opps! bukan nak jaja cerita buruk @ hal dalam kain orang. Bukan juga nak jadi busybody. Tapi apa yang berlaku pada Roslin Hasyim ni buat aku tertanya-tanya juga apa punca semua ini.


Perkahwinan tu macam beli kek kat kedai secret resipe ke?
(mood tengah craving cheese cake SR nih..)


Dulu 12 hari. Sekarang sebulan. Lepas ni? owh..cukup-cukuplah. Tolongla hormati 'perkahwinan' itu.



Berdasarkan apa yang aku baca, isterinya menuduh si suami ada skandal dengan produser tuuutttt. Baca la sendiri kat sini. Geleng kepala aku tengok mereka-mereka ini.



Zaman sekarang ni tak kira isteri orang ke..suami orang ke..semua sama sahaja. Kalau dulu mungkin kes banyak kepada si suami yang curang dan berskandal sana sini. Tapi sekarang tak. Isteri pun sama. Kalau iman dan agama ditolak ketepi, begini lah jadinya. Dah tak takut dosa dan api neraka.



Isteri orang bersekedudukan dengan suami orang.



Nauzubillah!!


Perkahwinan memang satu cabaran. Bukan untuk sehari dua. Kalau boleh mahu hingga ke hujung nyawa. Memang jodoh ajal maut ditangan Tuhan. Tapi Tuhan tak menyuruh kita berserah tanpa ada ikhtiarnya. Untuk dapatkan sesuatu yang baik, perlu ada usaha dan kemudian baru kita boleh berserah pada yang Maha Esa..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga-moga, apa yang terjadi ini memberi pengajaran pada kita semua. Usah dicemuh usah dikeji. Kita tidak layak menghukum mereka. Kita bukan Tuhan. Doakan mereka-mereka itu sedar akan kesilapan yang dilakukan..



(suka tengok arni nazira sekarang yang dah bahagia dengan suami dan kehidupan barunya. Alhamdulillah..teringat bagaimana kesnya satu ketika dahulu. Hikmah disebalik kejadian. Memang tak disangkan kan?)


..........................................

'kalau berlari hingga kehujung dunia sekali pun kalau dah tetap jodoh, akhirnya bersama juga...'


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers