Friday, August 20, 2010

musim kecelakaan?

wahhh..ganas sudah title entry ku.

Bulan puasa ni semua orang berpusu-pusu serbu jalan nak balik rumah, berbuka puasa bersama dengan keluarga. Saat yang sangat bahagia dapat bersama-sama berbuka puasa (sob sob sob sedih xdapat blk kg).

Bila dah semua orang serbu jalanraya serentak, sesak makin bertambah. Peratus kemalangan makin meningkat. Semua orang jadi tak sabar tambah pulak dengan keadaan lapar memburukkan keadaan. Sebenarnya itu semua ujian sebab puasa kan untuk menguji ketahanan kita..
Tapi itu bukan bermakna, boleh memandu sesuka hati macam orang gila b*b*.


Potong Q selamba laanndd tak pandang kanan dan kiri.


Bukan hanya bahayakan nyawa sendiri.


Orang sekeliling terlibat sekali nanti.


Langgar lampu merah sesuka hati.

Buat orang lain rasa macam nak maki-maki ( tapi tak boleh sebab hilang pahala posa..).


(Aik. Dah jadi macam gurindam pulak)


Apa-apa pun jaga keselamatan diri.

Bawak kereta berhati-hati jangan ikut nafsu setan dalam hati.


Kelak merana diri.

Nyawa bukan boleh dijual beli.


Time raya nanti lagi la kena lebih berjaga-jaga. Memang ajal maut ditangan Tuhan. Tapi bukan bermakna boleh bawak kereta macam nak bunuh diri.

Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Yang Esa. ameeennn!!!

on the way balik tadi ternampak accident ni. Di pintu belakang UPM. Terkuzut aku. Memang kat sini kerap sangat ada accident. Sebab simpang empat ni takde traffic lite dan orang main jalan je tak tengok kanan kiri. Tak pasti ape punca kereta ni leh terbalik macamni. Aku agak lady driver sebab nampak sorang perempuan bertudung tengah menangis dan diusap-usap rakannya. Rasanya takde yang cedera. Syukur.


hati-hati!


kemalangan tidak berbau! (badan sendiri yang berbau..)


(^_^)





0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails