Friday, August 13, 2010

ketika cinta bertasbih


(pic from google)


Korang semua dah pernah tengok ke cerita tu? aku tak pernah tengok dan tak pernah pulak berminat nak tengok. Dari ayat-ayat cinta..and now ketika cinta bertasbih.
Dah siap masuk siri ke 2 lagi kan?


memang ketinggalan keretapi la aku nihhhh...!!

Tak pasti la sebab apa. Aku memang jarang sangat nak tengok movie Indon atau Melayu kalau takde yang mengajak. Bukan riak sombong atau tak sedar diri yang aku juga orang Melayu.

Bukan! bukan! Biasanya cerita-cerita begini sedih dan mungkin sad ending. Im so typical kalau tengok cerita ni and mesti nak happy ending. Kalau tak, tak mo tengok. heee..

Husband ada sebut banyak kali yang dia sangat suka cerita ketika cinta bertasbih tu dan suruh aku tengok. Tapi malas pulak nak download. Dalam kepala macam sedih je cerita tu. Tak mau tak mauuuu!!!


Entah macamana malam tadi buah hati tu dapat pujuk suruh tengok. Katanya ada save dalam thumbdrive. Maka tengokla aku cerita tu. Tapi baru beberapa minit, mulut dah membebel.... tak paham la abang ape diorang cakap..tak paham tak pahaaaammmm!!! huuuu..


sungguh! memang kurang faham kalau diorang cakap bahasa indon laju-laju. Blur sudah kepala. Yalah, walaupun keturunan jawa, tapi tak reti dan tak berapa faham bahasa jawa dan indon nih. Walaupun lebih kurang je. huhuhu...



Tapi dapat tengok separuh je sebab mata dah kuyu. Tengok cerita tu jam 1 pagi lebih. Mau tak nyaaa..last last kami berdua tak bangun sahur walaupun alarm berbunyi. Ngantuk laaaa kaann..penangan ketika cinta bertasbih.


walaupun baru tengok separuh, bagi aku cerita tu sangat menarik dan unik. Patutla husband sangat suka dan beria-ia suruh aku tengok. Agaknya dia bayangkan diri sebagai mas azam..hehehehe..dan bayangkan aku anna althafunnisa.. :))

hihihi

Baru aku tau dari mana dia dapat nama anna althafunnisa tu..Beria nak namakan anak perempuan kami nanti dengan nama tu.. ;) ish ishhh..


tiba-tiba teringat satu status husband masa kami baru berkenalan..

"telah ku temui anna althafunnisa..syukur2"




erm..nak sambung tengok malam ni cerita tu tapi husband tertinggal pulak thumbdrive kat opis..so dun tell me ape ending nya ya..hehehe..


tiba-tiba rasa tak sabar pulak.. (malas nk tengok kat youtube..sangkut sangkut je)

(^,^)



2 comments:

Hanyza Basirun said...

best cerita ni. ending pun not bad. hehe... jadi habiskan tengok movie ni yer... :

leeya said...

Hehehehe...besh ek ending dia..okay..ni tgh tgk siri ke 2 plak..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails