Monday, June 28, 2010

dijangkiti virus yang sangat bahaya!! ;))

assalamualaikum w.b.t

hi all!!

dun worry..bukan virus H1N1 ke ape..









kena jangkit dengan VIRUS MALAS!!





lama betul bertangguh nak update cerita terbaru. Sungguh. Berkali-kali sign in dan bersedia nak taip entry. Tapi tak menjadi pun.


Sindrom malas. padahal duduk rumah aje pun. Dah malas ni memang takde ubatnya.


Hari ni genapla sebulan kami berkahwin.




Masih dalam mood menyesuaikan diri dan keadaan dengan kehidupan yang baru.


Alhamdulillah..semuanya baik-baik aja. Yeahh..perkahwinan memerlukan tahap kesabaran dan rasional yang tinggi..


hihihi..




Biasalah perempuan ni bila time moody dia datang..adehh..macam ribut taufan pon ada!




that's include me laa..




hahaha..pity my husband.



Alhamdulillah, result dah dapat. Aku punya permohonan untuk sambung master di'approve'kan. InsyaAllah dua minggu lagi dah masuk kelas. Yeahhh!! back to school.




2 tahun meninggalkan zaman U dan sekarang nak mula balik...macam-macam perasaan ada. Yang pasti, keadaan mesti berbeza masa buat first degree dulu kan? masa tu memang kanak-kanak ribena lagi. Asyik keje nak memonteng kelas aje. Overslept!
hahaha..


alasan yang sangat tipikal!




lepas tu buat assignment pun last minute. Mula la tak tido malam bersengkang mata buat semua kerja. Bila dapat duit PTPTipu tu...memasing plan nak keluar shopping. But this one not include me since aku dapat hanya sekadar cukup bayar yuran.. so just tengok kengkawan berjoli katak la..


hehehe..




takpe, tak yah kena bayar banyak kan?



:))

okay.enuf bout that.




weekend yang lepas kami ke Melaka untuk aktiviti reunion geng husband. First time kami bercuti bersama selepas kahwin. Kiranya pre-honeymoon la ye..

Tido semalam di Shah's Beach Resort. Pemandangan sangat cantik dan suasana di resort pun sangat menarik. Landscape yang best! Cuma yang kurengnya..kawasan yang agak sempit. Swimming pool pun kecik. But aku takde pun berminat nak mandi. hehe..


Memang menyeronokkan bercuti ramai-ramai macamni. Kawan-kawan husband pun bawak family masing-masing..dan ada juga yang bujang turut join sekali. Memang happening!! Semua sangat baik dan sporting.




petangnya husband and his friends bermandi manda di pantai tu..haha..memang seronok dan kelakar tengok bapak-bapak orang mandi dah macam kanak-kanak ribena nih..cuba tengok salah satu aksi suami aku tu...


dah mcm ultraman taro nak terbang ke langit je kannn..

hahaha



Makan malam di umbai yang sangat mengenyangkan walaupun ketam yang diorder tu semuanya berbau asid (huuh! kami suma pelik macamana boleh bau asid busuk kat ketam-ketam tu). But yang lain-lain suma memang sedap. Buatkan perut memasing buncit!

haha..

Part yang tak bestnya, masa yang sangat singkat dan sekejap. huhu..rasa tak puas nak berjalan-jalan dengan husband. Yeah, walaupun kami duduk sekali tapi sebab komitmen kerja husband yang tak tentu masa sekarang, sangat susah untuk kami keluar berjalan-jalan @ bercuti @ berhoneymoon.



My brother and sis in law ada hadiahkan pakej honeymoon kat phuket tapi terpaksa postpone dulu ke satu tarikh yang lain. Tunggu sampai habis world cup ni, baru waktu kerja husband back to normal.



cant wait! ;)




.....................................................




Friday, June 18, 2010

rumahku syurgaku



Title baru ni buat aku makin hilang mood nak berblogging. Selepas dua minggu berkahwin, husband decided nak cari rumah dan menyewa. Sian dia berulang alik dari rumah aku ke KL yang mengambil masa 2 jam. Dah la kerja tak tentu masa..sampai rumah 2 pagi. huhuhu...


lokasi yang husband pilih mula-mula di kota damansara..tapi last minute ubah ke seri kembangan...atas alasan yang tertentu..eceeeehh!

beria la aku search macam-macam rumah...sekali bila datang je ke apartment ni..terus cakap dengan husband..deal la terus. dah fall in love la dengan kawasan ni..

sangat bersih, cantik dan nyaman!

hehehe..

maybe sebab masih baru dan belum sepenuhnya diduduki orang.


keesokkan harinya kami terus angkut barang dan berpindah. bawak sikit-sikitlah kannn..tu pun sakit satu badan mengangkut barang-barang tu...huuu



ini pertama kali aku duduk menyewa sendiri. Habis belajar dulu terus duduk rumah dengan parents..n my mum macam agak terkejut bila aku beritahu nak pindah..mungkin belum bersedia..



semalam my mum datang melawat...so far nampak macam dah okay..yelah, lepas ni xde sape nak temankan dia dirumah kalau my dad kuar 'outstation'. Tapi nak buat macamana kan? aku ada tanggungjawab lain..

takpe, lama-lama nanti dia akan biasa.. :))


okay..sekarang kami tengah plan nak mendeco deco kan umah ni. Husband pun ada taste tersendiri jadi kena la bertolak ansur memilih yang terbaik..cuma yang tak bestnya waktu kerja dia yang agak tak normal tu..haha..sejak world cup ni dia ditukarkan ke meja sukan..masuk kerja kul 3 petang..balik kul 1 pagi. huhuhu..nak ajak berdating pun susah tau!

tapi nak buat camne...dah kerja kan? yang tak kerja ni kena duk diam-diam..hihi


okay guys..have a nice weekend!

;)

Thursday, June 10, 2010

finally, im married!!


Alhamdulillah...bersyukur sangat-sangat..semuanya berjalan lancar seperti yang aku inginkan..seperti yang aku fantasikan. sungguh!
setelah hampir dua minggu bergelar isteri, baru hari ini minda aku lapang untuk menghapdet blog.hehehe..sorry la ye..


but most of my friends here boleh review all my pics kat FB kan..hehehe..tu yang lambat cket hapdet.

nak cerita perjalanan wedding aku tu memang berjela-jela la...



dua hari majlis di rumah aku memang penuh dengan macam-macam acara yang sungguh happening..semuanya disebabkan sedara mara aku yang datang.. :))
majlis nikah dimulakan pada hari jumaat 28 mei di masjid..sesudah sembahyang jumaat..lepas nikah posing-posing la sampai muntah..


hihihi

btw, aku sangat-sangat puas hati dengan semua gambar yang diambil photographerku..my lovely cousin and her husband! memang happening laa..walaupun tak bayar mahal tapi hasilnya sangat memuaskan hati.. :))



dan seperti yang aku mahu..setiap gambar yang diambil pasti ada kisah dan cerita yang tersendiri..yang pasti membuatkan kami tak jemu-jemu melihat..tak perlu pon posing ala-ala model tapi gambarnya dah cukup gojes!


okay..lepas nikah..malamnya acara malam berinai besar..orang-orang di kawasan aku tak biasa lagi dengan event macamni and they keep asking kena pakai inai ke? sama je macam merenjis-renjis tu.. hehe..actually event2 kat rumah aku semua ikut adat johor..itu adalah request semua sedara mara sebelah my mum..coz im the only daughter in my family..memang mahu kasi meriah laaa.. ;)




malam berinai, aku pakai sepersalinan songket siap dengan sanggul semua la..warna merah menyala gitu.hehe..



lepas berinai, ada majlis berzanji..and my mak long paksa aku berzanji.padahal baru seminggu belajar..aku tanak sbb tak mahir lagi..kang salah lagu buat sumbaaanggg jee kann..hehehe

last-last my cousin Afifah yang kena berzanji..hehehee..nasib ko la paahhh ;)


so nak ngelat..aku buatla acara tukar-tukar baju..(tak byk pon..sepasang je..hehe).kalau ikutkan segan nk buat..tp sbb ngelat punya pasal..hahaha..pakai la sepersalinan arab..hehehe..and i reaalllly love this costume..mmg beshhlaaa..the color and also the design..hehehe..mmg rasa macam orang araaabb jeee ;)





'hikayat cinta 1001 malam...'


hihihi..
okay..lepas penat posing macam-macam..

habisla event dalam kul 1130 malam.
malam tu dah tak lena tido dah..duk asyik ingat kat husband je..hihihi..


yelaaa..kami ni 2 bulan tak jumpa sebelum kahwin tau!
semua beli asing-asing..baju, barang hantaran..cincin..etc.



but the best part is baju kami sama warna! and matching habis..walaupun beli asing-asing..aku cuma cakap kalernya macamana..memang ada jodoh la kan..hihi




yang part kelakarnya pasal cincin..yang aku beli untuk dia jadi tak muat...(padahal mmg itu sizenya sblm ni..) dan cincin dia beli utk aku jadi sangat longgar..muahahaha..kelakar je time nak sarung tu..ish ishh



so now, aku kena tempah cincin lain utk husband..hehe
ok..sambung balik cerita..



hari sabtu..29 mei..acara dimulakan dengan khatam al-qur'an..aku pakai jubah labuh meleret warna coklat..owh.. fall in love dengan jubah ni..rasa memang nak beli... (tengah berkira-kira nak bodek husband..hehehe)





tapi sayangnya aku tak sempat nak berposing dengan jubah tu sebab mak andam dah datang. Mak andam aku orang yang berlainan..hari jumaat orang lain dan ari sabtu orang lain..








memang aku sangat-sangat happy! terasa di awang awangan...bahagia betul..alhamdulillah..jodoh yang diberi Tuhan..buat aku sangat-sangat bersyukur.. :))



lepas sanding, time nak sembahyang zohor..dalam kul 330 petang aku terus cuci muka dan mandi!

hahaha..suma duk mencari mana pengantin...bila jawab pengantin mandi memasing ternganga..hahahaha..


dah mandi solat semua aku make up balik sendiri tanpa pakai ape-ape bulu mata palsu..ngeh ngeh



semua kata okay n look natural..



ahhh..lega..


so event diteruskan dengan sesi outdoor!


kami ke sawah dan ke pantai..sebab cuaca tak berapa baik jadi tak banyak lokasi dapat pergi..huhuhu..okayla kan?


dapat pakai baju cantik-cantik..dan memang niat nak pakai yang terang terang supaya mata semua orang sakit memandang.hahahaha..


untuk majlis bertandang di perlis, kami buat sesimple yang boleh..


tema baju white grey..


yang seronoknya part ambik gambar tu laaa..macam-macam tempat pergi..termasuk kat railway keretapi di arau..memang risau kalau tiba-tiba keretapi lalu..hehehe..





alhamdulllah...bersyukur sangat.


doa dan harapan aku semoga ikatan ini kekal hingga akhir hayat.



thanks to all my lovely friends yang sudi datang..esp to hajar n fatin.sanggup berkampung kat sini semata-mata demi aku..sungguh buat aku menangis lepas nikah tu..huhuhu

paling tak lupa to my lovely cousin, afifah hani yang 2 minggu berkampung kat rumah aku..teman aku kesana sini..settlekan mcm2 urusan..jadi tukang buat inai aku..pengapit..hehe..yeahhh..she's the best la!! tanpa dia memang kelam kabut habis aku dibuatnya..huuuu

thank u darlingsss!!





dan dalam banyak-banyak ucapan yang diterima..satu yang menarik hati...



'cinta sampai mati'



yeah...ameenn..


(sorry la gambarnya ada yang terpaksa dikecikkan..susah betul nk upload kt blogger nih..tenet yg prob atau blogger yg prob tak pasti pulak..huhu..)


yang paling buat aku sangat-sangat gembira..dapat keluarga mertua yang sangat-sangat baik dan happening. walaupun aku dan suami tak berkawan lama..dan tak pernah pun berkunjung kerumah mereka sebelum nikah..mereka sangat menyayangi aku..buat aku rasa sangat bersyukur...

mereka menerima aku seadanya...alhamdulillah.

(
baru tadi nangis-nangis cakap dengan mak mertua..rindu nak kesana lagi.. ;( )


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers