Tuesday, December 15, 2009

Jalan-jalan cari makan

Salam semua..

Lama dah tak letak gambar makanan kat blog. Kalau di blog yang lama selalu la jugak letak cerita makan-makan ni..hehe..

Semalam, my dad tengah baik hati nak belanja makan di luar. Tempat favourite kami sekeluarga kalau nak makan besar. Papa seafood kot namanya.. Memang makanannya kenalah dengan lidah kami sekeluarga. Rasanya tempat ni ada beberapa cawangan.


Antara menu yang menjadi kegemaran kami ialah siakap 3 rasa yang memang superb! puyuh goreng..kerabu sotong dan tom yam. Tapi menu yang memang tak pernah miss siakap 3 rasa tu la..hehehe..


Sory la gambar tak berapa cantik sebab guna kamera hp. Sebelum ni tak ambik gambar. Nampak makanan memang lupa terus nak ambil gambar.hehe...semalam teringat nak ambil. =)

Sebut pasal makanan..hari ni aku asyik nak makan cheese je. Lunch dengan roti tuna plus cheese. Pastu petang tadi buat muffin cheese lagik. Memang tak boleh tahan tengok cheese ni. Punya addicted dengan cheese sampai berangan-angan nak berhijrah duduk kat Europe semata-mata nak makan cheese selalu...hahaha..gila kah aku ni?? hehe..takpe, berangan jek pun kan.

Keranamu cheese, abis diet aku! ciissss!!!
.
.
.
.
.
;-p

3 comments:

aNIe said...

Leeya...akak pun peminat cheese...tapi kena tahan...kalau tak nanti naik menggebu...hehehe...

Tomyam tu menyelerakan...dah lama tak pekena tomyam yang power!!

Unknown said...

ohh..ingat2..mana leh lupe!=)..haah..sambar nikon..tp beli dr member..d80..still tgh belajar2 lg..sila beri tunjuk ajar~hehe

~ez~ said...

kak anie,

yeah..cheese mmg besh kan.tapi tak leh makan selalu..huhu.nnt mmg gebu cam cheese tu laaa..haha

besh tomyam tuu..

nurul,

wah...lebih kurang kita punya jelah..my brother pakai D80.aritu nak gak sambar tu tapi dah takde kuar yg baru..so ambik jelah D90.hehe..bila nak tembak sesama ni..hehe..boleh buat team shoot gambo org ni..hehe

ala..kita pon tak terer mana..sikit2 je..hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers