Monday, April 22, 2013

Italian Macaron!



Assalamualaikum,


semalam sempat buat lagi italian macaron. semua bahan dah ada jadi teruskan usaha untuk buat batch yang ke 6.


finally!


tadda!!


alhamdulillah.. jadik. happy sangat-sangat!


alamak tersenget. camne tah nak adjust.

kaki macaron naik almost perfect berbanding dengan batch ke 4. batch ke 5 tak jadik. haha



aku guna filling vanila lemon cream cheese. tak letak gula pun sebab macaron ni dah manis, so letak filling yang masam dan tak manis jadi sangat sedap!




comot comot



nyum nyum..selamat dalam perut dah





actually, aku ada beberapa tips la dalam buat italian macaron ni. 

1- aku buat pakai silicon mat ni memang jadi perfect berbanding pakai loyang biasa. sebab semalam aku piping kat silicon dan juga pada loyang dilapik dengan kertas minya. tak jadik langsung yg pada kertas minyak tu! padahal yang pada silicon well perfect jadik.. kalau bakar tu, lebihkan masa dalam 1-2 minit bakar bahagian bawah so jadi betul-betul masak dan senang nak ditanggalkan.. ada jenis silicon mat yang warna chocolate yang memang biasa orang pakai tapi aku tak jumpa yang tu. yang jumpa jenis kecik macam ni sesuai la utk oven ku yang kecik. kena borong lagi mat nih..


2- kena betul-betul make sure mac tu kering before di bakar. kalau bakar juga dalam keadaan dia lembab dan tak kering memang tak jadi. aku dah cuba.


3- italian mac ni guna banyak tools tapi boleh bertolak ansur tentang cuaca, dan overmix adunan. kadang-kadang kita terlebih gaul kan?takpe kalau guna method italian nih. kalau french memang kena semua perfect. ahh aku masih tak jadi lagi french mac nih..


4-better guna stand mixer untuk buat italian mac tapi kalau pandai nak handle boleh je. aku pun pakai handmixer tapi kena pukul dekat la dengan dapur. sbb kena buat serentak, cairkan gula atas api dan pukul telur. itu pun mula pukul telur pada suhu gula dalam 112c. kena guna digital termometer sng nak baca.


5-kalau untuk french macaron, serbuk almond kena betul-betul kering tak leh lembab. kena tapis. tapi untuk italian aku tak tapis pun. blend sekali dengan icing sugar saja. alhamdulillah jadi.


actually kena try buat dulu. cari kelemahan dan cari jalan nak atasi kelemahan tu. sebab lain orang lain tips dan tekniknya. sesetengah orang tak yah 'jemur' mac pun boleh naik kaki. entah aku memang tak paham misteri macaron nih! hehe 


insyaallah lepas ni boleh laaa ambik order sikit-sikit. hee ;)


oklah, selamat bekerja semua! bye!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers