Friday, April 19, 2013

How fast time flies! 19months baby!

Assalamualaikum,


tadi bukak blog baca entry lama pasal aisy. dari dia kecik sampai last entry pasal dia. lama juga dah tak update story pasal aisy. yelah, bukan semua benda kita boleh ingat kan? kena flashback satu-satu. rugi pulak tak update perkembangan aisy kat sini..nanti boleh rujuk dan baca balik.. ;)


aisy sekarang 19bulan, 16hari. last timbang berat masa dia umur 18bulan, lebih 11kg. tinggi lebih 83cm kot. masa cucuk tu hubby yang pegang sebab aku rasa tak cukup kuat nak lawan dia meronta tu. tapi tak nangis pun.. hehe..big boy!


sekarang dia makin macam-macam perangai. ada aje idea nak buat sepah. memang suka sangat sepahkan barang. haha..jenuh aku ajar camne nak simpan mainan masih tak jalan. ajar main lego pun dia suka sepah/runtuhkan dari bina. huhu..maybe too soon kot. tak pe-takpe..


walaupun dia masih tak boleh cakap, tapi aku rasa dia faham bila kami cakap. bila ajak mandi, bila nak bagi makan. bila kata NO or TAK BOLEH,dia dah boleh faham. kadang-kadang bila dia memberontak memang cakapla ape pun tak jalan. aisy memang sangat manja. maybe dia takde adik lagi tu yang manja kemaainnn.. 

tak boleh tengok aku duduk rapat or peluk hubby, dia sedaya upaya akan tarik dan pisahkan. hahaha kemainnnn!


suka main lasak-lasak dengan papa dia. panjat-panjat la, ada aje cara dia nak buli papa.

makan ok macam biasa. kalau bagi nasi yg aku masak sekali utk aku dan hubby makan, dia makan sederhana banyak. kalau masak lembik sikit, memang banyaaaakkkk dia makan. menu terbaru yang dia suka, ayam masak halia n blackpapper. memang lajuu je habis. of course masih lagi tanpa garam. suka makan biskut, kerepek and anything yang crunchy..pantang nampak koko krunch dia..habiiissss!


sekarang dia suka memanjat. ape saja yang boleh dipanjat akan dibuat. meja makan ni pon dia boleh tarik kerusi and panjat sendiri. tup-tup dah atas meja makan dah..dah lama juga dia pandai buat benda ni..suka panjat kerusi dan meja.


masih lagi tidur awal. kalau aku off tv dan takde buat aktiviti ape memang layu kuyuuuu jelah mata. kalau ajak bergurau main ke, memang laa segar. tapi boleh nampak la dia dah mengantuk. biasanya aku akan bagi dia tidur dalam pukul 9-10. kalau dia tidur kul 8 nanti bangun kul 5pagi jenuh pulak. dah la bangun tidur suka kacau orang siap tampo lagi pipi aku suh bangun. bagus betul.. haha


haa..satu tabiat dia sekarang ni suka main tangan aku..kalau duduk or baring minum susu or nak tidur, dia akan tarik tangan aku nak usap-usap, picit-picit laaa.. selagi dia tak nyenyak memang aku tak leh gerak or tarik tangan tuu.. penah la beberapa kali tidur betul-betul sebelah dia..sudahnya sampai siang aku tak leh tidur lena..huhuuuu.. sibuk nak tarik tangan. bila sembang dengan makcik hubby, dia kata aisy ikut perangai papa dia masa kecik suka buat macamtu juga. huhu..patutlaaaa...


sejak dia setahun memang ajar tidur tilam sendiri. nanti nak ajar dia tidur kat katil sendiri pulak.. lama tak bagi dia tidur katil, takut jatuh.


aisy suka baby. kalau nampak baby excited dia nak main cak cak dengan baby tu..tak pon nak tenyeh baby tu. hehe.. entah bila ada rezeki aisy nak dapat adik ni, wallahualam. Moga Allah murahkan rezeki.. nak gegirl plak. hehe ;)


oklah tu jela buat masa ni.. update lagi nanti!

meh layan pic aisy affan ni..



 muncung itik ke yang?



 suka lepak kat uma tok cik dia main kat bendang.. hehe




kat pantai songkhla, nampak excited nak main tapi masih takut bunyi ombak.. hehe



papa belikan aisy dua ekor rabbit. huhu..upin dan ipin la panggil. haha 



habis lunyai dia kerjakan rabbit tu..



haha..masa mula-mula tu dia sedaya upaya cuba nak masuk dalam sangkar rabbit yang kecik tu. haddoiii
bila lepaskan rabbit ni aku hangin dia makan daun-daun bunga aku sampai togel! hangiinnnnn rasa nak sembelih buat sate!


ni masa pegi ice dome kat hatyai. alahai jadi perhatian si kecik ni.. comel cam pingu! hahaha..klaka tengok dia jalan. habis orang posing ambik gambar dia kacau berdiri sama. 





suka buat sepah. nampak bedak habislaaa




see! tau tau dah ada atas meja makan! bahayaaaa btul awak nih laa





bagi keropok makan senyap-senyap kat sini yeee... 



nampak bakul pon bleh buat main.. 


first hair cut. aku cuba nak potong sendiri tapi habis tobek tobek kepala anak aku. hahahaha..siannnn..nasib baik boleh repair. habis tu aku gunting tak mau dok senyap..haa mamak ni potong tau takut!

kelakar la awak ni!


aisy cam pingu! comel!



love u so much baby!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers