Tuesday, April 30, 2013

cake and me


Assalamualaikum,


beberapa hari lepas, tiba-tiba datang aura rajin nak try new recipe yang aku jumpa. macam menarik..alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan. 

moist red velvet cake.


lama dah tak try buat sebiji cake macam ni. sebab selalu risau nak habiskan. dalam usaha nak kuruskan diri ni. masih tak berjaya..huaaa!! hubby cuma gemar cheesecake. kalau kek lain memang dia tak berapa sangat. makanya tak leh harap dia nak habiskan kek ku ini. tapi takpe, aku tau mana tempat nak habiskan cake nih. hehe..


rasanya perlu edit lagi sikit je recipe red velvet ni.. nak cari yang betul-betul kena dengan selera. 


actually aku teringin nak join kursus buat cake. dah lama teringin! dulu dapat pergi kelas buat homemade chocolate. tu jelah yang dapat. masa tu belum pregnant lagi pun. sekarang ni memang takde peluang lagi nak join kelas. huuuu.. banyak faktor mempengaruhi. kadang-kadang sentap juga ada kawan sindir nape aku tak pegi kelas baking untuk mahirkan lagi teknik dan skill buat cake. yelah, nampak sangat amatur nya aku ni. tapi aku senyap jela. sebab explain pun tak guna. people will never ever understand ur situation..

tapi aku percaya, walaupun tak pergi kursus/kelas aku masih boleh buat yang terbaik. kena rajin cuba dan cuba sampai berjaya. wahhh gitu kaann! hehe.. jauhkan jela aura-aura negative ni. :)




owh seriously cantik cake ni. nak cuba buat cake fondant n bunga macamni. masa first try buat cake fondant time aisy's first birthday memang banyak sangat kelemahan. kena cuba lagi..insyaallah



ingat nak cuba buat cake untuk wedding cousin macam atas nih. cun kan? hehehe tatau la mampu ke tak. kena cuba..



macam ni pun cantik!

it's kinda fun to do the impossible. hehe..yelah macam macaron tu. tak sangka aku dapat buat akhirnya. rasa macam nak give up juga kan. habis duit tu jangan cakaplah. tapi semangat nak buat sampai jadi tu tetap ada. dan kepuasannya tak terkata. hehe..apa pun dengan izin Allah. insyaallah! wish me luck!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails