Friday, August 3, 2012

Isteri hilang



‎"ENCIK...ISTERI SAYA HILANG...? "

Seorang suami berjumpa polis untuk melaporkan kehilangan isterinya yang keluar seketika untuk membli gula, namun tidak pulang-pulang...

"Encik...isteri saya hilang...? "

"Sudah berapa lama isteri encik keluar ?" soal polis.

"Saya tidak pasti pula. Pagi tadi atau tengah hari kot. "

"Dia pakai baju warna apa?"

"Tak pasti la tadi. Mungkin hitam atau putih. Kalau tak pun kelabu."

"Baiklah. Dia ada bawa kad kredit atau kad ATM bersama?"

"Kad ATAM memang selalu ada dalam dompet dia, tapi kad kredit tidak pasti pula !"

Polis tersebut menggelengkan kepala.

"Isteri encik keluar dengan kereta persendirian ?"

"Ya encik, dia keluar dengan menggunakan kereta saya, Perodua Myvi. Kereta saya tu berwarna silver, berusia hampir empat tahun 12 Disember nanti. Bumper depan kereta sebelah kiri ada kesan calar sikit. Bahagian dalaman kereta saya berwarna hitam."

"Okey, kalau macam tu kita cari kereta encik dahulu sebelum mencari isteri encik," kata polis menamatkan sessi soal siasat.

MORAL OF THE STORY.
Adakah ada ketikanya material lebih mudah untuk kita terangkan ciri-cirinya secara details berbanding insan yang kita sayangi...

Pulanglah ke rumah dan kenalilah insan-insan yang dekat dengan anda.

Mengenali untuk menyayangi bukan untuk mencari benci....

Renungkanlah Hadis Rasulullah SAW ini...

Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah (suami ) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”

- Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Disalin dan diadaptasi semula oleh RP dari Majalah SOLUSI



...............................

ku kopi pes dari FB. sangat menarik untuk dikongsi bersama. =)


7 comments:

aNIe said...

Salam ez..nak gelak baca entry ni pun ada...dia lebih ingat kereta dia...calar kat mana pun dia ingat...selalunya org hanya akan merasa kehilangan bila org yg amat berharga tiada lagi bersamanya

~ez~ said...

wslm akak. hehe..tula kan..kalau suh describe kereta dia bukan main igt details bagai.suh describe bini dok blur2 lagi.biasa mcmtula..dah xde baru nak hargai.huhu

wifemdnavy said...

Lihat dari sudut yang sebaliknya pulak.. pasangan kita benda hidup.. makan, pakai, duit dan perangai berubah setiap hari.. kita juga selalu lupa perkara2 yang suami kita lakukan semalam.. tapi kereta.. macam itu lah juga.. warnanya tetap sama.. calarnya tetap di situ kalau tak di touch up.. lebih senang handle mesin dari handle manusia

~ez~ said...

macamana berubah pun sedikit sebanyak tetap ada perkara yg sama.bukan semua benda pada manusia berubah..jd sebagai pasangan..kena kenali antara satu sama lain seumur hidup selagi bersama.kalau berubah pun pasangan yg kena perasan dulu.cth kalau dulu suka makan sambal tiba2 tak nak.kalau dulu xpakai perfum tiba2 pakai.kalau dulu suka membebel tiba2 jd senyap.cth je. apa2 pun moralnya kenali pasangan.pasti ada 'sesuatu' pada pasangan yg jd identiti dia.

~ez~ said...

dan juga penting jd pasangan yg prihatin.sama ada isteri atau suami.. :)

zino said...

yg penting saling hormat menghormati.. saling percaya mempercayai dan saling bantu membantu ..

tu le orang juga kata kereta jadi bini no dua kepada suami hehe

~ez~ said...

hehe btul2..kereta jd bini no 2.hehe tu xpe lg uncle.kalau sungguh ada bini dua tu haru jdnya.btul2..jd suami isteri kena saling percaya..tu perkara asas yg penting.kalau xpercaya asyik curiga mmg hancur hubungan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers