Saturday, August 4, 2012

11 months baby!


Assalamualaikum,


aisy dah genap 11 bulan hari ni. cepatnya laa dia membesar walaupun dah semakin panjang budak sorang ni. kepala dah besar macam budak setahun lebih.huu~



gigi dah ada 2 batang di bawah, 2 batang baru nak kua diatas. tapi aisy masih lagi suka makan bubur/puree yang halus tu. kalau lenyek-lenyek dia tanak makan sangat. aku tak kesah buatkan semua tu tuk dia walaupun agak leceh as long as dia suka nak makan. aisy penggemar yogurt. nampak je botol yogurt tu memang melompat tak sabar suruh orang suapkan. boleh makan habis 2 bekas sekali hadap. ish ish. tapi aku tak bagi la hari-hari.depends. ;)


aisy memang sangat lasak. ada je yang terhantuk la, berdarah benjol bagai. haduh..badan makin 'semangat' dan aku tak larat nak dukung dia all the time. dah sama dengan sekampit beras berat dia ni. hehe..tapi nampak 'slim' je. minum susu pun bukan main kuat. sekali bancuh 8oz habis skali minum.


aisy dah pandai panggil mama. dari umur 7/8 bulan dah penah sebut ma ma ma tapi aku tak rasa dia panggil aku. mungkin baru nak start bercakap. but now memang dia tahu panggil aku dengan ma or mama. hehehe.. papa dia dah pandai sebut. tapi sekarang ni dengan papa pon dia panggil ma ma juga.hahaha


rasanya aisy ni lambat sikit kot jalan. orang kata kalau baby tumbuh gigi dulu lambat jalan. salah satu la. kalau jalan dulu lambat sikit jalan. takpelah lambat sikit asalkan berjalan juga. dah pandai berdiri sendiri paling lama hubby kata 10seconds. hehe..takpe sikit sikit ye aisy..



lasak dia memang tak terkata lah. suka buli kami berdua. kalau dia bangun dulu memang habis dia lanyak kami berdua. panjat kat kepala la..tarik rambut la. sikit hari lagi aku akan botak. hahaha..sabar jela budak sorang ni. manja bukan main!


seronok dapat tengok perkembangan dia setiap hari. ;)



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails