Assalamualaikum..
1- beberapa hari saja lagi nak masuk new semester. final semester. nervous coz at the end of semester kena ambil CE. lulus atau gagal. fuhh!! hopefully boleh lepas dengan baik. Alhamdulillah, last semester result dapat 4. first time, jakuuunn! huuu~
2- but at the same time, risau pasal kerjaya. dah kena mula kemas kini resume dan hantar kemana yang patut. kerjaya ni pun satu issue jugak. hubby kerja pindah randah, kalau naik pangkat lah. aku kena cari kerja di Perlis. haih! bab ni memang berat sangat hati. tapi nak duduk jauh dari hubby pun berat juga. :( kalau boleh, aku mahu kerja industri. cuba applykan apa yang aku belajar. tapi kemungkinan besar kena jadi lecturer kot. entah. bergantung pada rezeki la agaknya...
3- tiba-tiba teringin nak mengandung lagi. nak baby girl pulak. hehehe~
4- tengah planning nak buat open house this saturday together with birthday party aisy and his daddy. anak beranak sama birthday, maknya pening kepala nak buat kek ape. hopefully menjadi la program ni.
5- masa on the way balik perlis dari selangor last wednesday, sempat singgah Bertam jumpa kawan lama. bestfriend dari matrik sampailah habis degree. fuhh! rindu betul kat dia. nak jumpa lagi sorang kat kuala kangsar tapi dia takde balik ganu pulak. huhuhu..rindu kawan-kawan belajar..
6- dah dua bulan menetap di perlis. menyewa sendiri. oklah tapi seriously agak boring la kat sini. aku takde kawan nak melepak bergosip merayau. kat selangor dulu ada la juga kawan nak ajak jumpa lepak gosip sesekali. huhu..nak jalan pun takat padang besar, wang kelian, cmart. takde JJ ke..IKEA ke..boring aahhh! (hehe..) kalau kua lepak pun kat uma mak cik hubby. pot pet pot pet sampai kering ayaq liur.
7- dulu masa awal-awal kawen, aku memang blur je kalau mak pak mertua cakap. 'hah?'- ni la yang selalu aku cakap bila dorang tanya itu ini. memang kurang paham. lagi-lagi kalau cakap lelaju. hehe..sebab dorang selalu cakap 'bahasa' utara yang aku memang tatau. dulu, aku tatau ape itu gerek, nat, etc. haha..sekarang sikit-sikit boleh la paham. jangan cakap lelaju dah lah. sound problem pun iye gak kot. hihi kalau dorang cakap siam lagi la satu habuk aku tak pahaaamm.. ni yang nak cakap jawa nih.
that's all.
=)