Friday, August 24, 2012

Salam Mubarak!


Assalamualaikum,


lama sungguh tak berupdate. berhabuk blog dibuatnya..



masa lapang yang agak limited dan kekangan idea buat takde entry.hehe..alasan! ;)


macamana raya korang?banyak duit raya?hehe..dah ada anak ni jangan haraplaaa nak dapat lagi. but aku still dapat lagi dari embah. hee~


actually plan asal nak beraya di perlis dulu, kendian baru balik kampungku. Sebabnya aku mahu lama sikit kat kampung so takpelah mengalah beraya kat perlis dulu walaupun ikut giliran turn kampung aku. tapi last minute hubby bagi tau dia cuti raya awal. sampai raya ke 4. so kena lah balik kampungku..syoklah kann..walaupun dapat sampai raya ke 4 jadiklaaa~



my parents tak masak apa langsung utk raya kali ni. memang record lah. depa busy memasak sepanjang bulan ramadhan kat masjid. sampai last day puasa pun my mom sibuk kemas-kemas masjid. Alhamdulillah.. aku dah kabo dah nak balik sehari sebelum raya rupanya my mom salah dengar. terkuzut depa tengok aku dah tercongok anak beranak kat uma. kihkih..merengek jugak kat abah suh buatkan ketupat anyam..ngidam. tapi abah tak buat juga sebab makanan berlambak. dengan orang bagi lagi..dengan yang masak di masjid lagi. takpe lah dapat makan ornag punya pun jadilah. next year boleh buat lagi.. =)


petang raya pertama kami balik johor jumpa adik beradik mak yang masih ada. seronok dapat jalan. tapi jam sana sini tu yang buat tak seronok. kan?


apa pun masih dalam moOd raya lagi. meh datang umah meh. hee~


maaf zahir batin kalau ada salah silap ye!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers