Sunday, April 22, 2012

cerita tv dan aku. eh?

Assalamualaikum,


Terbaca satu artikel menarik untuk dikongsi bersama.





............................

Bahaya TV kepada bayi dan anak kecil
NO TV BEFORE AGE 2!!
-------------------------
Zaman kini TV, internet, Ipad, tab, PSP menjadi kegilaan masyarakat kita. Bukan saja dewasa, malah kanak-kanak pun turut terlibat. Tidak pelik jika sekarang kanak-kanak kecil pun sudah biasa dengan TV, ipad, internet dan seangkatan dengan. Ada juga ibu atau penjaga yang menggunakan TV untuk memudahkan mereka membuat rutin harian. Membiarkan TV ditonton oleh bayi dan anak kecil supaya anak kecil tersebut tidak menangis dan leka menontonnya supaya mereka dapat membuat kerja rumah yang lain.

Antara buku yang saya sangat sukai dalam mendidik anak adalah buku Brain Rules for Baby by John Medina. Bagusnya buku ni kerana setiap hujah disokong oleh kajian yang menyeluruh.

Bagaimana nak membantu perkembangan otak bayi menjadi bayi yang bijak? Salah satunya ditekankan bahaya TV kepada bayi dan anak kecil kerana mengganggu konsentrasi / tumpuan dan kebolehan untuk fokus. Mengikut kajian, setiap tambahan 1 jam TV yang ditonton oleh anak kurang daripada umur 3 tahun, kebarangkalian masalah konsentrasi akan meningkat sebanyak 10% apabila berumur 7 tahun. Murid Pra sekolah yang menonton 3 jam TV setiap hari pula mungkin akan 30% lebih mengalami masalalh konsentrasi/ tumpuan daripada kanak-kanak yang tidak menonton TV.

Bagaimana jika hanya membiarkan TV terpasang tapi tiada yang menontonnya? - 2nd hand exposure - Masih dikira bahaya kerana 'distraction'. Dalam kajian makmal, menunjukkan 'flashing images' dan 'booming soound track' akan menggangu pemikiran dan tumpuan anak kecil termasuklan imiginasi mereka yang sangat hebat.

Saranan daripada American Association of Pediatrics:
" Pediatricians should urge parents to aoid televisions viewing for children under the age of 2. Although certain television programs may be promoted to this age group, reserach on early brain developments shows that babies and toddlers have a critical need for direct interactions with parents and other significant caregiver for healthy brain growth and the development of appropriate social, emotional, and cognitive skills"

Walaupun di pasaran terdapat banyak rancangan TV, internet, CD dan DVD serta game yang kononnya untuk 'educational' dan dapat meningkatkan IQ bayi, tapi kesan yang berlaku adalah sebaliknya.

Antara pertimbangan lain sebelum membuat keputusan untuk membiarkan anak kecil kepada 'screen world' dan TV adalah CONTENT (pengisian) yang akan anak anda dapat daripada menontonnya. Bayi dan anak kecil sangat hebat MENIRU apa yang dilihat. Bayi 13 bulan boleh mengingat sesuatu yang dilihat selama seminggu hanya dengan sekali tontonan. Dan apabila dia berumur setahun setengah dia dapat meniru selama 4 bulan hanya dengan sekali tontonan.

Tapi tidak semua tentang TV adalah buruk. Ia terpulang kepada kandungan rancangan TV yang ditonton serta mengikut umur bayi / anak kecil tersebut. Jadi saranannya:
1- Jauhkan TV daripada anak yang berumur 2 tahun ke bawah. Memang diketahui ia nya sangat sukar untuk dilakukan. Tapi sekurang-kurangnya limit exposure meraka kepada TV - seboleh mungkin.

2- Selepas umur 2 tahun, bantu anak anda memilih rancangan yang hendak ditonton. Fokus kepada rancangan TV yang membantu perkembangan intelektual mereka.

3- Tonton bersama rancangan TV yang anda pilih bersama anak anda akan membantu mereka untuk menganalisa dan berfikir secara kritikal apa yang mereka tonton. Jangan biarkan TV di bilik anak anda kerana itu boleh memburukkan keadaan.

Sumber: Brain Rules for Baby by John Medina

(Copyright Breastfeeding Zone)





........................................


aku memang tak bagi aisy tengok tv sejak dia dari lahir. Tapi dah besar sikit ni ada la kadang-kadang bagi dia tengok. huhu..Memang baby bila tengok tv or benda2 seumpamanya (ipad, tab, etc) memang leka dan 'senyap'. Aku cuba la untuk tak biasakan.. sebagai anak, dia berhak mendapat yang terbaik, dan sebagai ibubapa kita berhak berikan yang terbaik. =)


sekarang pun rasanya dah lama aku tak dapat tonton tv. setakat tengok2 tu adalah tapi takdelah duduk depan tv and betul-betul enjoy tengok. dalam kepala semak dengan assignments yang tak habis-habis selagi aku tak habis sem. kerja master memang double triple dari degree. jadi kalau ambik satu subjek boleh lagi handle..kalau dah 4subjek bayangkanlah macamana complicated otak aku dibuatnya. sebagai contoh, time degree kalau buat summary takat dua tiga chapter saja. tapi kali ni satu subjek biasanya lecturer mintak buat summary 20chapter(satu buku). huahuahuaa..tu belum dengan subjek lain. tapi dah nama belajar..standard la kan? think positive =)




tapi bab tengok tv ni aku suka kalau tengok dengan hubby. biasanya kami suka tengok cite2 kat hbo,fox etc. aku kalau tengok tv mulut memang pot pet tanya itu ini. haha..sonok kalau ada tukang layan. ;) sambil tengok tv makan kopok lekor. pergh! nasib baik aisy memang jadual tidur dia tetap sama dari awal dulu sampai sekarang.. lega..kalau boleh memang tanak biasakan dia tidur lewat. 





next 10days im gonna stay with aisy saja. my family are going to dubai leave me here. sob sob sob. eh and my brother too. sebab dia kerja. si bongsu saja ikut. haih..haih..haih..sedih betul kami berdua. ;'( rasa nak merajuk pergi batu belah batu bertangkup jek.huhuhu..



tapi takpelah, kalau aku kerja nanti, setahun mau at least 3 kali pergi bercuti. 




hehe..berangan je dulu kay




humm..oklah. i need to continue with my assignments.



2 comments:

aNIe said...

Ez...akak rasa ... anak2 terpikat dengan TV sebab pergerakan imej dlm tv tu laju kan...'arna 'arni pulak tu

~ez~ said...

btul2..sbb pergerakan yg laju tu tak elok tuk perkembangan otak dia..tu yg ez bc.huhu..tatau la akak..mana yg baik kita galakkan yg xbaik kita elakkan..btul x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails