Sunday, March 4, 2012

6 months

Assalamualaikum,



alhamdulillah..aisy sudah genap 6 bulan hari ini. Sekejap je nanti dah setahun. cepat betul masa berlalu.



belum check up lagi so tatau berapa berat suma. Rasanya tak naik banyak kot. tatau lah..hope dia membesar dengan baik, jadi anak yang soleh dan beriman hendaknya.. ameenn!


aisy dah boleh meniarap cuma dia memang tak suka betul kalau meniarap tu. Melalak laa menjerit suruh orang adjust balik kalau dia tak boleh telentang sendiri. hurm..tapi kalau letakkan kat stroller dalam posisi baring, dia boleh dah bangun sendiri. Benda ni terjadi masa aku ke ikea aritu..terkejut dia boleh bangun dan angkat kepala sendiri. ish sikecik nih..




pastu dia suka kalau dibacakan buku cerita. memang aku dah beli banyak buku untuk koleksi si kecik nih.. aritu masa dalam kereta on the way balik ke rumah, aisy melalak nangis suruh orang angkat dia dari car seat. tapi aku buat tatau je..pujuk dia suh diam. Aku tak kasi mak angkat dia. So mak pun dok bacakan cerita dengan bunyi yang macam-macam. bape saat lepas tu mata dia kuyu dan terus terpejam. tekekek aku dan mak gelakkan dia. hahaha..klaka betul.. aisy aisy..




tak sabar nak tunggu dia berjalan, sure berpeluh nak kejar dia nanti! :D

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails