Monday, February 13, 2012

monthly check up- 5month

Assalamualaikum,


aku ingat nak cerita benda lain. tunggu next entry.




Pagi tadi kami ke klinik untuk monthly check up Aisy. Owh si kecik sangatla behave hari nih. Siap sengih-sengih dok goda nurse lagi. Padahal nurse tu tak pandang dia pun. kihkih..Macam tahu je dia nak kena inject kan.


Berat: 7kg.
Panjang: 68cm


overall suma okaylah. BMI sedikit naik banding bulan lepas. Berat pun naik dalam 600gram sahaja. okaylah. Itu pun aku dan hubby dah naik kebas lenguh suma bila dukung dia lelama. hehe.. Bila masuk bilik untuk injection tu, Aisy dah start menangis. Dia dah sangap abis masa tu. Time dia nak tido. Jenuh aku pujuk ajak main bagi dia celik.



bila aku pangku, dia ingat aku nak susukan dia. Tak bagi mula la melalak tambah lagi aku pegang kaki dan tangan dia untuk inject tu. Meronta-ronta. Bila nurse cucuk je jarum, terus berhenti meronta dan suara menangis jadi kendur. Nurse cabut jarum, terus berhenti. hehe.. Macam takde ape yang jadi still sesengih bila papa dok agah-agah. Masuk kereta dalam beberapa minit, terus lena kat pangku aku sambil jari dalam mulut. seriously kelakar! tak sempat nak snap pic je. hehehe..nampak sangat dia mengantuk. Sebelum pegi klinik aku dah bagi susu siap-siap 4 oz. Takdela lapar sangat dia. =)




After that kami menghala ke ikea. Aku dah lama teringin nak makan meatballs tu. Dapatlah shopping sikit kat ikea. Aku nak beli buku tentang solid food untuk aisy. Plus buku-buku kisah nabi tuk bedtime stories collection tuk aisy. Buku-buku fairytales suma dah ada. Aisy belum ada dalam perut aku dah beli siap-siap.hehe.. Semalam baru mula bacakan tuk dia before tidur. Nampak dia macam suka. =) hopefully aisy suka membaca bila besar nanti..




Apapun sebagai ibubapa, aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sebelum itu, aku sendiri perlu berusaha untuk jadi contoh yang terbaik buat anak-anak. Kalau boleh mahu jadi role model buat mereka. Insyaallah.. =) harap-harap dapatlah improve..






0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers