Tuesday, February 14, 2012

excited mOmmy


Assalamualaikum,


Lagi dua minggu aisy akan masuk 6 bulan. Maka bermulalah episode makan untuk dia. Aku akan jadi super duper busy la kat kitchen nanti. hihi..busy la sangat kaaannn ;p



actually aku tengah dalam mode preparation untuk beri aisy makan. Walaupun ramai yang 'meracun' aku suruh bagi je aisy makan, tapi aku rasa better lah aku tunggu 6 bulan. Masa tu memang usus dan perut dia dah betul-betul ready. walaupun tanda-tanda aisy nak makan tu dah ada.


Aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat nak fully bf aisy since dari dia 4 bulan aritu. Asalnya sebab aku 'cedera' then berlanjutan sakit muntah bagai. Production susu jadi kurang. Aisy jadi lapar. Akhirnya mengalah juga lah aku dengan formula milk. Tapi sehari aku tak beri banyak mana pun. 3 kali maximum. sekali buat 40z. Biasanya aku bagi sekali dua sahaja. Kalau dia tak bising, aku fully bf saja. Still cuba nak tambahkan production. At least nak susukan dia sampai setahun lebih.



Before bagi aisy makan ni, aku cuba la tambah ilmu dengan baca tentang solid food for baby nih. Apa yang boleh bagi, ape yang tak boleh bagi. Apa yang elok, apa yang tak elok. Apa yang kena buat dan sebagainya. Sudu garpu pinggan mangkuk tuk aisy dah beli. Bila dah beli baru teringat ada gift dari kakak kepada my SIL. haih..takpelah, banyak pilihan tuk aisy. hehe.. buku-buku yang aku nak beli tak jumpa pula. Maybe nanti bila dah start kelas, boleh la aku usha kat kedai buku. Benda lain yang penting juga, blender. Aku ingat nak beli hand blender je. senang nak bawak travel sana sini. Tapi tak sure lagi. Sama ada beli yang boleh siap stim ke lagi senang. cuma sizenya agak bulky. itu je problemnya. Kalau rajin boleh je stim manual.




Aku prefer stim dari rebus. Khasiat tak banyak hilang kalau kita kukus banding rebus kan?



Aku juga planning nak draft menu sebulan untuk aisy. masih lagi google resepi untuk dia. =)



Cuma aku paling risau bila dia dah boleh makan ni, bila orang lain bagi makanan tanpa pengetahuan aku. Sebab banyak kes jadi budak tercekik la, salah makan lah, sakit itu ini sebab makan benda tah hape-hape. Bukan parents yang bagi tapi orang lain. baby ape tahu. semua benda dia nak masukkan dalam mulut kan? kita la yang kena pastikan dia tak makan benda yang bukan-bukan.



hopefully tak terjadi kat aisy. jauhkanlah..



baru ni aku terbaca kat somewhere, ada mak ni malas nak bangun malam bancuh susu. so dia bagi anaknya makan nestum malam-malam. baby tu dah lah baru 5 bulan. Bagi pulak makan malam-malam. It's not good for baby makan malam-malam. Sebab baby perlukan beberapa jam tuk hadam makanan-puree, bubur. Pastu bagi anak makan cheese pada baby bawah setahun. Sampaikan budak tu dah jadi obesiti dibuatnya.. ish ish..Aku tak kata maknya jahat ke ape, tapi dia perlukan nasihat/bantuan dan yang penting sokongan. Dengan kerja, nak masak tuk anak lagi..sure memenatkan.. kena tahu uruskan masa dengan baik. Aku pun tak tahu la mampu ke tak buat yang terbaik.. hmmm..




ntahlah kan..aku tatau la orang lain. Tapi aku selalu tekankan pada diri aku dan orang sekeliling,

...buat perkara yang datangkan kebaikan@manfaat pada baby/anak bukannya sesuatu yang menyenangkan ibubapa tapi mendatangkan kemudaratan buat sikecik tu...


aku selalu ingatkan diri aku dengan perkara diatas sebab ada waktunya aku juga hilang sabar, letih, tension@stress dan sebagainya. sian kat anak-anak kan?










0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails