Saturday, February 25, 2012

menu si kecik

Assalamualaikum,

hari ni dah masuk hari ke 8 aisy makan solid food.



so far okaylah. aku bagi makan oat dan buah-buahan yang dibuat puree. my mom berkali-kali tanya betul ke boleh makan macamni macamtu. hehe..sebab dulu-dulu dia bagi kami adik beradik makan bubur nasi je..mana ade puree puree nih..


masa hari pertama bagi tu memang kelakar betul tengok reaksi muka dia. Nampak betul lapar cam tak cukup makan je anak aku sorang ni kan.. ok let me share ape makanan yang aku bagi tuk aisy..


Day 1- Day 4

apple puree with oat.


actually aku blur juga nak bagi oat ape. Aku beli yang organik. Sekali tu bila baca kat mana tah yang instant oat ni ada bahan perisa suma. Yang bagus adalah rolled oat. Tapi dah terbeli dan terbagi. Oat ni aku blend halus. Mula-mula aku just letak air panas yang mendidih..Pastu nak lagi mudah, aku letak dalam non stick kuali yang paling kecik (tuk goreng telur tu..mmg kecik tapak tangan je) letak dalam seminit dua atas api dah masak elok oat tu.. oh terlupa. oat tu aku letak juga ebm (expressed breast milk).


apple tu aku tak stim pun. potong dan blend. Tapi sebab tak pakai blender khas untuk baby punya makanya ada yang tak hancur. Kalau ikut apa yang disuggestkan, lepas di blend kena tapis kasar. Aku takde tapis kasar so bagi jelah camtu. huhu..


kena bagi betul-betul halus sebab baby baru nak belajar makan. Usus baru nak matang. Pada usia 5 bulan ni belum berapa matang sangat. Jadi kena bagi betul-betul halus.


after 4 days..aisy takde alergik ke ape dengan apple. Aku bagi apple merah fuji tu. Ada yang kata bagi epal hijau. entahlah aku tak pasti. Apple fuji tu memang manis dan tak masam. Makan apple ni aisy poo poo selang sehari. =)



Day 5

apple + pear puree with oat

Masuk hari ke lima aku blur nak bagi ape. Yang sempat beli cuma pear..so aku campur la apple dan pear. Then campur dengan oat yang dimasak tu..


aisy buat muka geli geleman siap dengan ekspresi bahu skali bila pertama kali aku suap menu ni. haha..klaka betul. maybe masam kot untuk dia. Aku rasa ok je. so aku tak proceed menu ini tuk next day.


Day 6- Day 7

pumpkin with oat

Tengok ada balance pumpkin kat peti ais. So menu aisy seterusnya ialah oat dan labu!


kukus labu tu sehingga empuk. Kukus dengan kulit pun takpe. Lagi senang. Then blend halus. Biasanya aku tak campur sekali dengan oat yang dimasak. Aku asingkan dan suap selang seli antara dua tu kat aisy.


Alhamdulillah dia sangat suka dengan labu! dah la warna oren. sememeh anak aku makan..comot betul. Tiap kali makan mesti kena tukar baju..huhu


Aisy takde alergik dengan labu. Dan bila makan labu dia poo sehari sekali. Bila aku baca kat group fb solid food tu, ramai kata anak-anak makan dua tiga sudu pada awal-awal macam aisy. Tapi aisy berpuluh sudu! huu..banyak betul dia makan. Dahla lambat suap makan melalak nangis. Pastu merajuk. hishhh..Biasanya sebelum makan aku bagi minum susu..dalam 3oz. Still makan banyak. Lepas makan, dia akan tidur dan minum susu lagi..dalam 3oz.


hari ke 7 aku campurkan labu dan oat. so far ok je kalau asingkan dia suka..bagi campur pun dia suka. Oat tu kan takde rasa sangat..so bila campur lagi sedapla.


labu ni makanan sunnah nabi..tapi sebab ramai kata labu ni angin, so aku bagi hanya dua hari saja. sabar ye aisy..kita tukar-tukar menu ye..

Day 8-Day 11

avocado + apple + pear puree


ha..akhirnya aku dapat juga beli avocado. Mak aku dah pelik dah boleh ke budak makan buah ni. Sekali aku blend campur suma..memang sedap! aku makan gak la.hehe..avocado tu blend gitu tak sedap so kena campur buah lain.


fuh!!memang sekejap je licin menu nih! aisy loves it so much! pastu menjerit-jerit marah sebab dah abis. hahaha..banyak betul dia makan. Tak leh la nak bagi banyak sangat kan. Dia baru belajar makan. Sian kat perut dia.. =)


so next day sampai hari ke 11 menu yang sama..


menu seterusnya aku takde idea lagi..maybe pisang campur avocado ke..tatau la. hehe..sebenarnya aku dah draft menu dia tuk sebulan ni tapi sebab masih baru..so kena tukar. Maybe next month dah boleh draft balik.


bubur nasi maybe tunggu aisy masuk 6 bulan baru aku bagi.. insyaallah..


apa pun memang menyeronokkan menyediakan makanan tuk dia. Tak sabar nak tunggu dia besar lagi. sure macam-macam menu aku akan buat tuk dia.. =)




2 comments:

~Mrs Fred~ said...

Hi Ez,

wah semangat nak bg makan.. tp Aisy baru start makan kan, so try not to add many types of fruit in one meal. kena bagi satu type je dulu, dah lama2 sket baru mix k!

all the best!

~ez~ said...

kak emma,

tak leh ek?ok2 ez try tak campur buah2 tu.avocado tu saja campur sbb kalau bg gitu takut dia xnak.esok ez try bg gitu saja..

terpaksa bagi makan sbb mgg tu dia xmau isap botol lgsung..susu bdn direct je nak sampai dah abis kering pun xmau botol.mmg dia lapar sgt2 tp sanggup xmau minum..bila bg makan..baru nak minum susu..ez bg sekali sehari je..susu tetap byk dia minum..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails