Sunday, October 16, 2011

what's on my mind rite now?

Assalamualaikum,


Tiba-tiba terajin pulak nak buat dua entry untuk hari ni. Okey mari lihat apa persoalan dan perkara yang ada dalam fikiran aku sekarang..



1- Macam mana nak ilangkan hidung tersumbat @ selsema untuk baby. Macam-macam cara dah cuba ni. sian aisy..



2- kenapa ada segelintir ibu bapa yang sanggup letak anak di pangku sewaktu memandu? bahayalah! tak sayang anak ke??



3- berapa harga minimum original handbag birkin tu eh? :D *berangaann



4- penduduk dunia akan meningkat ke 7 billion, tetapi kadar kelahiran semakin menurun. Patutlah doktor tak habis-habis tanya cara apa yang aku nak gunakan tuk merancang keluarga. *erk?



5- iya, mood aku agak teruk dari minggu lepas. Tapi cuba berlagak cool depan orang. Cuma tak cool dalam blog. sorry. lepas ni kalau rasa mood yang negatif aku akan cuba jauhi dari mengupdate blog. :)
* aku mmg tak cool, sbb aku HOT. hahaha



6- memang sangat tak puas hati dengan drama tahajjud cinta. first, ending tergantung. kedua, banyak adegan yang rasanya tak perlu paparkan kalau betul nak ikut hukum Islam. Ketiga, non muslim mungkin tak dapat nak faham mesej yang cuba disampaikan. Tetapi, aku memang setuju yang bila dunia hendak akhir zaman, akan wujud ramai manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri. Banyak sangat dah contoh yang ada disekeliling.



7- hari-hari mesti ada saja kes bunuh membunuh kat Malaysia ni. Dah macam bunuh ayam agaknya. *hmm..ngeri



8- bila nak kurus slim cam form 2 dulu ek? ;p *hayyokkk



9- kenapa kalau dah bertahun-tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata, orang mesti salahkan si isteri. Lagi malang, si suami pun turut sama menyalahkan si isteri. Apa nak buat anak tu si bini nya sorang saja kah?? *dushh!



10- persoalan dari mulut-mulut orang memang tak kan berhenti. Kalau single ditanya bila nak kahwin, bila dah kahwin ditanya bila nak dapat anak, bila dah ada seorang anak ditanya bila lagi nak tambah, dan seterusnya. Mulut-mulut macam ni memang tak boleh dilayan. Lempang terus! hehe..tok sah tok sah.. buat abis pahala je layan manusia macamni.. tunggu apa lagi soalan aku nak kena lepas nih.. ;)



11- mengalah bukan bererti kalah, diam bukan bererti lemah. bersabar banyak ganjarannya.. *be cool



12- termimpi-mimpi stroller stokke xplory tu. aduh, boleh dapat tak ek? :D hihi *boleh, dalam mimpi jelah!



13- berazam nak buat balik pavlova. haish..diet diet.




14- apa exercise yang sesuai untuk orang lepas bersalin ye? ada yang kata jogging or berlari tak elok. hmm...cik google, tolong!




15- dulu aku pernah berangan nak anak lebih 10 orang. hihihi *chayyookkk!!




16- jangan asyik cari kelemahan, keburukan, kesalahan orang. Diri sendiri pun tidak sempurna. Jadi, jangan harap orang lain juga sempurna. *reminder for myself






okey. cukup lah tu. :)




0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails