Friday, July 1, 2011

tak baik tau!

Bila mood rajin datang dan tak tahu nak buat apa, biasanya aku akan berblogwalking. Bila baca kat blog beatifulnara, ada cerita pasal seorang artis yang dah bertudung, wardina. Tentang hal saman menyaman blogger yang telah memfitnah dan memaparkan keaiban beliau..



Dan entah macamana, aku terjumpa pulak blog yang dimaksudkan itu. Tak mahu letak link. nak baca cari sendiri.



entah la. aku rasa marah meluap-luap bila baca blog tu. well, itu la tujuan blog politik. Nak menaikkan kemarahan pihak lawan masing-masing. Perang psychology. itu memang tujuan mereka. siapa yang kuat, yes memang layak masuk dunia politik.



Bagi aku memaparkan keaiban wardina sewaktu zaman jahiliah beliau sesuatu yang sangat bodoh. bukannya beliau masih begitu. Jadi apa tujuan letak gambar dan gunakan perkataan yang menghina macamtu?? Beliau sudah berubah. Memang gambar itu dah jadi hak umum, tapi bukan jadi hak kalian untuk mengaibkan beliau..


Sian...ada anak suami dan keluarga yang tengok gambar-gambar tu.. alahai, sedihnya.



Tapi aku rasa blogger macam ni kalau disaman pun mereka tak heran. Buat habis duit dan masa je layan mereka nih. Aku rasa terbaiknya wardina senyap saja. tok sah dilayan perang psychology mereka. Tapi yelah, sapa pun boleh marah dan sedih kalau diperlakukan sebegitu..kan?


sob sob sob..



2 comments:

aNIe said...

Leeya...apa yang akak percaya...jika kita membuka aib orang...satu hari anti ALLAH akan membuka aib kita...

~ez~ said...

saya setuju dgn akak..biar Allah yang membalas perbuatan buruk mereka tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails