Monday, July 4, 2011

Routine Check-up

hari ni aku kena puasa makan minum start dari 10 malam tadi untuk buat MGTT test @ minum air gula tu laaa.... Pastu bila ingat balik appointment petang kul 2. Aku pun blur blur pegi jugak la petang tu...dengan keadaan yang teramat lapaaaarrr.. Petang semalamnya aku tak makan heavy food pun. Just 2 keping roti dengan susu kambing hi-goat tu. sob sob sob..


sebelum pegi tu siap call mak abah lagi tanya.. "mak, memang tak leh makan langsung ke nak buat test ni??" mak aku dah gegelakkan aku dah bila dengar aku cakap camtu..haha..



so dengan perut kebuluq tu drive le sensorang ke klinik. As usual la.. Husband jarang dapat temankan. :'( Rasanya beliau temankan pun sekali je dulu masa nak buat buku pink tu. Pastu aku pegi sendiri jelaaa...kalau teman pun time scan kat private. Nak buat camne kan... huaaaa!!!


ok enuf enuf. nanti jadi sedih berjela-jela mak buyong nih.


Aku nak cite pasal check up tadi ni.


masa pegi tadi aku bawak sesiap muffin gardenia dan air masak. Tunggu dekat 2 jam. Bila nurse panggil tuk ambik darah dan air kencing, aku tanya laa.. "bila nak bagi minum air gula tu??" nursa kata laaa... "test tu pagi je dik...."



huaaaa!!! nak nangis aku dibuatnya..nak kata puasa tapi tak niat pun plus tak sahur ke apa. Memang menggeletar dah tangan time tu. Nurse pun suh makan cecepat...sebelum pengsan.
Aku pelik gak nape masa check up last month nurse takde pesan suh datang pagi sedangkan set up appointment petang. siap di highlight kan lagi kat buku pink aku tu. Rupanya ada tampal note kecik kat depan buku pink tu yang aku kena puasa 10mlm till 8 pagi jek. haiyoooo!!! sendiri yang tak reti-reti check buku kaaannn..




dah tu, dia tulis kat note tu MGTT test. Mana aku tau pebenda tu. So aku buat tak kesah la..xpasan lak yang part puasa tu... huhu





Dah kebulur tu aku pun makan la muffin buat alas perut. Klinik kesihatan Kangar ni memang besar banding masa buat check up kat klinik kesihatan seri kembangan. Kat sini klinik ni je 3 tingkat. Dah macam spital. Selesa dengan aircond suma. Makanan ringan pun ada siap jual sementara menunggu...




Tapi yang tak syoknya, kat sini makin lama menunggu. Memang dari bulan lepas punya check up. 3 jam kena tunggu tau! dari datang sonok-sonok terus jadi stress. huhuhu.. letih yang amat bila balik tu. dah macam naga kebuluran aku dibuatnya...



Nasib baik beraircond. plus nurse suma baik-baik belaka. sangat berbudi bahasa la diorang suma nih! siap nasihat aku lagi, jangan tension-tension duk sini...huhuhu..



esok, aku ada check up lagi. minum air gula tu lah! first time...hopefully okay jelah sumanya...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails