Friday, November 5, 2010

Dia pergi jua akhirnya..

baru dapat panggilan tadi from my mom. Dia beritahu yang ibu mertua kepada my brother meninggal dunia.



innalillahiwainnailaihirajiun..



sebelum tu, aku tengah chatting dengan abang cakap pasal mak mertuanya yang tengah sakit teruk. Tiba-tiba my mom call beritahu yang mak kakak iparku sudah pergi mengadap Ilahi. Walaupun kami sama-sama sedang berusaha bawa berubat tapi Allah lebih menyayanginya.




Minggu lepas adalah kali terakhir aku melihat dan bersalaman dengan arwah. sedih. keluarga mereka juga part of our family. Kami sering ke Pahang melawat. Pertama kali aku jejak kaki ke Kuantan adalah sebab keluarga mereka. Kalau tak memang tak kesana.. Jadi kehilangannya turut buat hatiku sebak.




I just call my sister in law and tak boleh tahan air mata untuk mengalir. dengar suara kakak yang menangis menambah kan lagi sebak. Tak tahu kalau aku ditempat dia..bagaimana menanggung dugaan kehilangan orang tersayang..sudah tiada ibu bapa untuk selama-lamanya. Tapi sudah suratan Ilahi..semoga mereka sekeluarga tabah mengharungi dugaan ni..




Malam ni my family akan gerak kesana. Aku pulak tak dapat nak ikut sebab sudah terikat dengan job ambik gambar. takde pengganti untuk replace tempat aku.



doaku semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..




2 comments:

Amni said...

mudah-mudahan allayarhamaha ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. amin.. mudah-mudahan kamu sekeluarga tabah menghadapinya.. amin..

sheschocoholic said...

insyaallah..aminn..

tq so much amni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails