Sunday, April 25, 2010

Hatiku yang panas membara!!



Hari ni cuaca di tempat aku panas terik. Menambah lagi hati yang tengah mendidih.

MySpace


Bukan apa..geram dan sakit hati dengan sikap sesetengah pemandu tak kira lelaki atau perempuan yang membahayakan. Dan membuatkan darah aku menyirap!


arggghhh!!



wahh...emo nampak petang nih. huhu



MySpace

Ada satu insiden sewaktu mengambil adik bongsu dari asrama di seremban..kereta kami di 'cium' dengan sebuah kereta yang tiba-tiba masuk. Dari pintu penumpang sebelah kiri sampai ke tepi bumper belakang.



Kami memang ikut line jalan yang betul. Dan kebetulan budak-budak sibuk balik sekolah..jadi abah memandu dengan berhati-hati. Di tepi jalan, ada beberapa buah kereta tengah berhenti yang mungkin menunggu kepulangan anak masing-masing.



okay fine.


then, entah macamana..salah satu kereta yang berhenti di tepi tu tiba-tiba nak masuk jalan..dan melanggar kami yang berada di jalan tu. Nak kata buta, entah macamana pula boleh bawak kereta kan? Kami yang elok-elok tengah jalan..dia masuk tak bagi signal..dan terus langgar sepanjang badan kereta sebelah kiri.


aduhh!!




Yang buat aku geram tu..dia keluar kereta boleh maki-maki abah aku dan kata abah aku yang salah.


fuhh...aku punya hangin masa tu jangan cakap la...


my dad boleh lagi bertolak ansur dan kata tak pela..dah jadi. Sedangkan memang jelas dia yang salah dan langgar kami. bengang betul..perempuan tuuu!!!


My dad dengan berkopiah terus datang check kereta dia.Bukan hiraukan kereta kami yang dah teruk kena gesel. kereta dia dah memang uzur pun. Pastu boleh marah-marah my dad.

gerammmmm!!!


Till now kalau ingat insiden tu memang menyumpah-nyumpah aku perempuan tu.



Budak-budak yang ditepi jalan suma ada untuk jadi saksi.



Tapi my dad malas nak kecoh dan layan orang gila katanya..so kami terus blah.



Sebelum tu aku sempat la sound akak tu..tapi tak puas sebab adik dan mak terus tarik aku masuk kereta. Silap haribulan boleh pulak ada wrestling kat situ.


haha..



Sejak insiden itu..bila ada kereta yang menghimpit nak masuk secara tiba-tiba..tambah lagi kalau tak bagi signal..memang boleh buat jantung aku berhenti sekejap. Tapi aku ni jenis tangan memang dah sepantas kilat menekan hon. Rasanya dah beberapa kali kena macam tu.. kereta kita dah bersebelahan dengan kereta dia..boleh pulak nak himpit masuk.




tak nampak ke hape???



hish..




ikut kan hati..nak je suruh berhenti..nak tarik-tarik telinga tu!




Kalau bawak kereta tu hati-hati. Tengok kiri kanan dulu. Ini membabitkan nyawa sendiri dan boleh membahayakan nyawa orang lain jugak.



huhuhu..



sakit hati betul..



jangan sampai jadi macam ni.




MySpace

Nyawa bukan boleh di beli kat kedai ke apa kan? sama-samalah jadi pemandu yang berhemah..



0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails