Saturday, February 15, 2014

pengalaman mengandung anak kembar

Assalamualaikum,

hehe sambung kembali bersiaran tatkala anak-anak sedang tidur. kenapa aku tak tidur?sebab tunggu masa nak pump susu. kang kalau tidur nanti bangun budak-budak tu bangun sama jadi tak dapat nak pump pulak. okay nanti aku nak story pasal breasfeeding journey ku dalam entry lain.

entry ni nak story secara pukal pengalaman mengandung anak kembar. dah beranak baru nak story. hehe..okaylah kan sebab dah keluar budaknya..hihi


ada kawan tanya, berbeza ke mengandung anak kembar dengan anak sorang? as for me memang sangat berbeza!

dari awal mengandung aku dah mula morning sickness yang sangat teruk. tapi isu ni tak mengejutkan aku sebab masa mengandungkan aisy pun aku sakit teruk sampai warded 9hari. this time doctor dah offer nak warded ke tak tapi aku cakap tak mau sebab fikirkan aisy. tak sanggup! jadi, aku paksa diri aku untuk minum air sebanyak yang boleh untuk ganti muntah-muntah tu..

punya teruk sakit tu ada satu malam tu aku pengsan di bilik air! (ada cerita kat entry lepas) pertama kali sebenarnya dalam hidup aku totally out. pitam-pitam tu biasalah.


masuk trimester ke 2 aku dah rasa sarat yang teramat sangat. rasa berat je nak bawak badan. berat memang naik agak banyak juga tapi tak sebanyak masa mengandungkan aisy. hehe..maybe sebab aku dok buat kerja rumah so terbakar la juga kalori.

masuk 7bulan, aku kena naik pentas untuk konvokesyen. alhamdulillah.. setelah berhempas pulas habis juga belajar. fikir-fikir balik allahuakbar macam tak percaya mampu melalui semua ni. masa first year mengandungkan aisy..dah nak konvo ngandungkan twins pulak. hehehe..

banyak gak cerita menarik  masa konvo ni. kalut sebab datang lambat..tertinggal mortar board lagik. haha..macam-macam. rezeki aku kali ni dapat first session dengan sultan selangor. sebab perut besar jadi orang ingat aku dah 8 atau 9bulan. memang jadi perhatian sebab aku jalan macam penguin! suma staff/petugas tanya aku okay ke tak. siap ada yang nak pimpin lagi tuu..hahaha.. sampaikan masa jalan atas pentas nak amik scroll tu pun aku nampak sultan sengeh tengokaku lambat gila jalan. hehehe..tapi entahlah..tak enjoy sangat moment konvo this time sebab maybe dah pernah konvo pastu takde sape yang datang konvo aku melainkan husband and aisy aje. tu pun ada sorang kawan datang kejap. abis konvo terus balik. tak tahan cuaca panas sangat.

bila dah nak masuk 29minggu aku decide nak balik kampung sebab takut sangat terberanak awal. entahlah, naluri hati kuat mengatakan aku akan beranak awal!


bila dah balik kampung, aku kena jumpa pakar kat hospital sini macam biasa. doctor kata aku kena operate juga sebab babies songsang dan menegak. eh budak-budak ni memang tak mau jugak pusing kepala ke bawah tau..doctor kata dalam 37minggu nanti akan operate di sungai buloh. sebenarnya aku sangat berharap dapat beranak normal. takut betul nak operate ni..


pada hari sabtu minggu ke 34, aku ikut parents pergi kenduri di kelana jaya. sebab  nak jumpa cousin je sebenarnya.hehe..then hari ahad malam isninnya, waktu nak tidurkan aisy..dengan tiba-tiba aku terjatuh kat bilik air!

ape jadi lepas tu?? sambung nanti! anak dah berbunyi tuu..tata!

4 comments:

suezen said...

best kan babe...kembar..cuti lama laa ko kan...jelesnyer aku...:D

Nur Diana said...

Waaa suspen betul citer ni. Tahniah.. rezeki kembar dapat dua sekali :) Senang2 datang jenguk blog kindhearty.blogspot.com. Tq :)

nurul nazrah said...

salam puan. menarik cerita ni. boleh contact saya tak? saya berminat untuk masukkan cerita puan dalam majalah.
nurul.nazrah@gmail.com

Arinie Ghazali said...

Bestnya dapat ank kembar. Tapi tang cabaran mengandung tu byk jgk kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails