Thursday, July 5, 2012

baby cough and flu

Assalamualaikum,



sudah lebih seminggu juga aisy selsema dan batuk. Hari ini, aku bawak dia untuk check up 10months. nurse suruh jumpa doktor untuk check selsema dan batuk aisy. as expected doktor tak bagi apa-apa ubat. dia share sedikit info untuk aku. katanya, baby bawah 2 tahun tidak digalakkan makan ubat-ubat berunsurkan dadah nih. kalau baby batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan akan baik sendiri. alhamdulillah aisy sudah kelihatan beransur kurang dan baik.



Mula-mula dia batuk berkahak tu aku agak risau. Masa tu baru balik dari training. Terus google dan buat 'research' sedikit tentang cara/petua nak sembuhkan baby cough and flu ni. Berdasarkan pengetahuan sebelum ni, baby tak sesuai dan tak digalakkan utk makan ubat-ubat eps yang beunsurkan dadah nih. even ubat demam.



masa aisy demam teruk few months back, aku dapat pengalaman untuk tidak terlalu menggelabah bila anak sakit. Biasalah baru jadi parents ni kadang-kadang anak sakit sikit terus menggelabah bawak pergi klinik. So based pengalaman lepas, doktor-doktor ada juga share tips macamana nak tengok condition anak yang dikira serius. kalau demam memang kena cepat bawak pegi klinik or hospital. demam memang bahaya esp kalau suhu tinggi. kalau batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan boleh baik dengan sendiri. cuma ambik masa. Kalau baby antibodi kuat, baik cepat. sebab tu disuruh minum susu badan. itu lebih baik dalam menguatkan sistem imunisasi badan baby.




after few readings, aku jumpa 'petua' yang sama untuk kurangkan dan hilangkan kahak baby.

aku dah cuba dan berkesan.




aku copy paste saja lah ye..




1.ambik rice cooker letak air(tggu memdidih dan kuarkan wap)
2.kita duk atas kerusi mkn pegang baby tu..halakan muka pada wap tu jgn terlalu dekat,agak2 la ye..(fungsi utk mencairkan kahak)
3.kemudian bila dah agak lama baby diwapkan mukanya..alihkan rice cooker tu td kemudian
terbalikkan muka baby mengadap kita..tepuk tepi dada belah kanan seminit dan belah dada kiri seminit..kedudukan tangan kita semasa menepuknya mcm ni..tgn mesti mcm ni..mcm mana ye nk terangkan..luruskan kelima jari tgn,gerakkn hujung ibu jari ke tgn 1/2 jari telunjuk mcm tu kedudukanya mcm menceduk.
4.kemudian tiarapkan baby ulang proses sama mnepuk pada bahagian belakang kiri dan kanan
5.kalu kurang kuar kahak jolok jari kita pada mulut baby biar muntah..sedut guna mulut pada hidung baby kalu berani.

Ni plak cara lain

teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) :


  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


sumber dari sini



ada juga yang suggest guna daun kaduk. boleh baca disini ye



aku cuba juga cara wap tu. memang lepas buat sekali berkesan mengurangkan kahak aisy. tapi sebab sikecik aku ni sangat lasak dan aktif, susah sikit nak buat tepuk belakang dia 15mins tu. dapat tepuk kejap jek. huu..selsema pun nampak kurang. aku guna teknik bersin untuk bagi dia keluarkan hingus-hingus tu. macamana nak bagi bersin? carikkan sedikit tisu dan gulung nipis. cucuk kat lubang hidung dia bagi bersin. tisu tu kena nipis la jangan tebal-tebal. senang je.hehe..bersin terus keluar semua hingus-hingus ni. =) lagi satu, aku perasan bila aisy berada dikawasan bukan aircond/sejuk, hingus dia makin banyak meleleh. huu..kena duduk di tempat yang dingin jek. tapi tak leh sejuk sangat. nanti hidung sumbat.


kalau baby hidung sumbat, tidurkan dia dengan bantal yang agak tinggi dari badan. letak BabyBalsam ni untuk baby 3M+ (ada tulis pada kotak/botol) macam pic dibawah ni. ataupun minyak yuyi kat belakang badan dia. sapu kat kaki, tapak kaki. bagi dia tidur dengan selesa.



dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni anak-anak memang mudah dapat penyakit kan?







kalau anak sakit, maknya boleh jaga. kalau maknya sakit?sapa pulak nak jaga.hehe..so jaga diri baik-baik ye..



salam nisfu syaaban.



=)


2 comments:

aNIe said...

Salam Ez...dulu masa anak akak kecik... akak tak boleh tidur sebab diorang selsema...

Teringat sedut lendir dari hidung mereka...terbelahak akak dibuatnya...

~ez~ said...

wslm kak anie,

itu la..saya tak brani nk sedut.suruh hubby.tp payah nak buat kt sikecik saya sgt2 lasak.huhu..leh duduk diam.last2 bg dia bersin jek.


malam2 mmg susah nk tdo.sian je dgr dia srot sret hidung..huu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails