Monday, December 5, 2011

3 bulan

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, semalam aisy dah genap 3 bulan. alhamdulillah..cepat je dia membesar. Sekarang dah pandai senyum gegelak suma..pandai dah nak ajak orang bercakap. while aku menaip entry ni dia dok menendang-nendang kakinya sambil cakap bahasa dia..hehe..comel comel. Pastu tau marah kalau tinggalkan dia sensorang...




Aisy memang tak banyak sangat masalah..kalau bawak keluar tu aku dah boleh faham ragam dia..kena make sure bawak susu ebm nak bagi dia cepat kenyang so dia takde la nak melalak suh aku 'selak baju' kan. hehe..tapi memang aisy ni kuat ngempeng..tatau ape ngempeng tu sila google.. aritu bawak aisy tengok papanya lawan futsal. Bising-bising pun dia bleh lena tdo. sebab dah kenyang dengan 8oz susu.hehehe..




aisy masih tak pandai lagi nak meniarap sendiri. adalah masa dia dua bulan aritu dua kali pusing sendiri tapi takde dah lepas tu. bila aku cuba tiarapkan dia, menangis tak suka. maybe tak selesa kot. even orang kata baby nyenyak tdo kalau tiarap but bukan tuk aisy. plus aku baca tak elok sebenarnya tdo meniarap coz baby boleh mati lemas. nauzubillah.. rasanya masih awal lagi..perkembangan setiap baby tak sama kan..



moga semuanya baik-baik aja.. :)

6 comments:

suezen said...

ngempeng itu bgs!!!!

~ez~ said...

hehehe..yeahh!! abis aku xleh buat mende lain.haha

aNIe said...

ez...takpe biar aisy belajar tiarap sendiri... ade budak laju je perkembangan mereka...ada yang lambat...

~ez~ said...

kak anie,

itulah..perkembangan baby xsama kan..ada yg nnt cakap dulu baru pandai jalan..hehe..mcm2.insyaallah ok semuanya..

zino said...

mesti comel tu kan...

~ez~ said...

comel comel.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers