Thursday, October 13, 2011

Rezeki

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Selamat hari khamis. Sejak duduk rumah sepenuh masa ni,hari pun sudah tidak dipeduli. Bangun pagi,sementara ada masa terluang, sementara ada buah fikiran, update la entry untuk hari ini. Lagi pun, tidak elok tidur semula sesudah subuh kan? Nak murah rezeki,elakkan lah tidur lepas subuh.


Sebut tentang rezeki, kita sebagai manusia dikehendaki berusaha sebaiknya dan kemudian berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Insyaallah..rezeki Allah ada dimana-mana. Didatangkan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ada orang dimurahkan rezeki dengan anak, ada pula dimurahkan rezeki dengan harta benda. Yang penting, hendaklah tahu bersyukur.


Teringat kata-kata seorang blogger yang menulis diblognya, 'kalau bukan rezeki kita, nasi yang didalam mulut pun boleh terluah semula'. Betul kan?


Berusahalah macamana pun, kalau ditakdirkan Allah memang bukan rezeki kita, memang bukanlah. Sabarlah wahai hati. Redha. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.


Rezeki Allah ada dimana-mana.


Inilah yang dinamakan kehidupan..


.................................................

Notakaki: menjeruk rasa , memujuk diri.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

aNIe said...

Betul betul betul...setuju sgt...kalau dah bukan rezeki kita.. yang dimulut pun boleh terluah...

Semoga ALLAH melapangkan dan melimpahkan rezeki pada kita... ameen

~ez~ said...

ameen..insyaallah kak anie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails