Tuesday, October 18, 2011

EBM

Assalamualaikum,


Emm, 'berjalan-jalan' di facebook menemukan aku dengan seseorang yang agak familiar. Bila tengok mutual friends, oh kawan seuniversiti rupanya. Yang menarik perhatian aku untuk lihat profil beliau adalah sebab gambar profile EBM (expressed breastmilk) yang sangat banyak dalam freezer dia. Seriously jeles yang teramat!




Memang nak sangat bf baby aisy sepenuhnya. Tapi semangat aku tak kuat agaknya. EBM aku tak pernah dapat banyak. Paling banyak dapat simpan dalam 4 botol. Pastu dah tak gigih dah nak pam. huhuhu..Mungkin faktor takde pengalaman kot. entahlah. Baby aisy pulak sangat kuat menyusu. Kalau tengok dia menyusu, memang rakus habis anak aku nih. Selagi tak kenyang, dia tak akan diam. Mesti merengek aje. Satu hari dia boleh abiskan around 15oz susu. Ni nak pam 4oz pun terkial-kial.



Aku rasa mungkin usaha aku tak bersungguh agaknya. Nampaknya kena lah berusaha lebih lepas nih. Usaha tangga kejayaan. Sebenarnya nak bf sepenuhnya ni pun makan kos yang agak tinggi juga. Kena beli breastpump, milk storage lagi, cooler bag bagai suma. Aku cuma pakai breastpump pureen saja. Beli yang bateri punya tapi sebab makan bateri kuat so aku suruh adik cari multipurpose punya adapter so jimat tak yah pakai bateri lagik. cuma masalah bunyi nya la cam enjin bot pulak. hehe..



Bila google gambar, aku save la beberapa EBM orang untuk jadi pembakar semangat. Orang yang fulltime bekerja pun boleh bf baby sepenuhnya. Inikan aku yang tak bekerja kan? Insyaallah, harap-harap boleh la bf aisy sepenuhnya till dia 2 tahun.



chayookkkk!!!


.....................................................................



notakaki: tetiba rasa bersemangat pulak! :D

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails