Thursday, October 20, 2011

Dunia oh dunia

Assalamualaikum,


hmm..apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni? dimana keadilan, dimana rasa kemanusiaan? manusia yang bertopengkan syaitan berada dimana-mana. Binatang juga ada rasa belas kasihan..


1-isu budak yang dilanggar dan dilenyek dengan van. Orang yang melanggar tu satu hal, yang lalu lalang tak menolong pun satu hal. Katanya kalau di China, kalau tolong orang yang ditimpa kemalangan macamtu, segala belanja perubatan akan ditanggung. peraturan yang merepek. entahlah, aku tak sanggup nak tengok video tu. cuma nampak kat berita.


kalau tengok kucing mati pun aku dah down sedih. kadang-kadang terlanggar bangkai kucing yang dah lama mati pun aku rasa seriau. apa lagi tengok orang langgar budak kecik macamni.. ;(



2- isu bayi yang dikelar? ya rabbi. yang ni memang meleleh air mata bila tengok. sedih. itu pun aku tak click. cuma nampak kat news feed yang dishare oleh kawan-kawan facebook. itu lagi satu hal. kenapa benda macamtu nak dishare? kan mengaibkan. Ya Allah..


isu-isu macam ni sebenarnya banyak dah berlaku disekeliling kita. kalau tengok berita tu, ada saja berita bunuh membunuh, bayi dibuang sana sini. Malaysia pun dah tak aman damai dah. hmm...


apa pun aku sentiasa berdoa dan berharap agar kita semua dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.




dunia dah akhir zaman..



................................


notakaki: apesal blogger aku ni mengong. dah buat entry dan publish tapi tak kua-kua..huhuhu


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails