Monday, September 12, 2011

day 9

haih..buntu aku nak update kat blog nih. hari-hari rasanya nak cerita pasal baby jek. Takpelah..nanti baby da besar dia leh baca blog mama dia nih. huhu..



hari ke 9 ni baby dah tanggal tali pusat. lambat betul tanggal..my mom kata lambat tanggal pusat ni penjimat orangnya. hehe..



btw, hari ni ke klinik kesihatan tuk test darah and kuning babyku naik lagi. huhu..makin tinggi. risaunya hati Tuhan ja yang tahu. trying so hard untuk kuatkan semangat demi anak tersayang..orang duk laa cakap macam-macam..bagi petua macam-macam yang aku rasa banyak karut marutnya..as for me, aku percaya susu ibu adalah yang terbaik.





apa pun, doakan babyku cepat sihat dan kuat. sedihnya tengok dia camni..tapi tetap terhibur dengan keletah comel dia. suka sangat tido. jenuh kejut nak bagi bangun..lap-lap dengan air berkali-kali pun rilex je dia lelap..malam pulak ikut mood. kalau mood tak okay, memang meragam jelah..mintak dipeluk dipangku. manjaaaa..




kadang-kadang aku memang dah tak larat sungguh dah, tapi syukur banyak-banyak my mom ada teman. bila aku exhausted, mak tolong pangku dan ngaji tuk baby. huhu..malam aku biasanya bagi susu yang dah dipam siap-siap waktu siang. pam sekali banyak..sebolehnya cuba dapatkan lebih dari 4oz lah..tu pun sekejap je dia boleh abiskan. biasalah baby boy ni kuat minum susu kan..




kalau orang lain mungkin tak suka time berpantang, tapi bagi aku takde masalah. cuma part sakit sakit ni je yang cam tak tahan sikit. Aku sakit takpe, tapi baby ni. huhu...part makan, macamana pahit sekali pun aku selamba leh telan. hari-hari makan ulam pegaga dan lempoyang. start hari ni, cuma makan nasi, kicap dan ikan bilis goreng. tak mau makan apa-apa lagi sebab takut effect lagi kuning baby..





actually aku nak cerita part by part start dari kelahiran si kecil ni tapi kekangan masa dan juga mood tu yang membataskan keadaan..




insyaallah, kalau semuanya okay nanti aku cerita balik..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails