Monday, August 23, 2010

Budak umur 12 tahun di tangkap berkhalwat dengan 2 orang lelaki. Dah gila ke hape???!!

okay. tarik napas dedalaaamm dulu.



fuh fuh fuh!!




sakit jantung den dibueknyo.


Terbaca di Harian Metro tentang BUDAK DARJAH 6 ditangkap berkhawlat dengan 2 orang lelaki. baca disini




Aduhai.. hape nak jadi nih. Baru darjah 6. Baru je nak baligh. Dah pandai buat seks. Bukan dengan seorang tapi dua orang lelaki. Apa punca semua nih? siapa yang harus dipersalahkan??



(pic from google)

Budak-budak sekarang makin cerdik, makin advance. Tapi makin bebal dan makin sengal. One of my friend cakap, budak-budak sekarang dah takde moral value. Makin biadap dan kurang ajar esp dengan yang lebih tua. Sebab tu banyak sangat dah kes pukul cikgu, bunuh belasah mak bapak.


Yang perempuannya jadi makin berani. Jadi tak reti malu.

(pic from google)


Akal dah serupa takde fungsi bila nafsu setan mempengaruhi. Agama dan iman dicampak ketepi. Bila dah terbunting baru la menggelabah sana sini. Pastu buang bayi dah macam buang bangkai. Takde langsung rasa bersalah. Dah buat dosa berzina tambah lagi dosa membunuh.



Mana mak bapak yang sepatutnya melindungi dan mendidik anak-anak. Mungkin disebabkan desakan hidup, ibubapa sibuk bekerja hingga lupa beri perhatian pada anak-anak. Dah jadi macamni baru nak mengamuk sana sini.



TV, Internet dan media cetak semuanya beri pengaruh yang besar. Kalau tiada kawalan dari ibubapa...macam-macam boleh jadi.



Yang paling aku menyampah iklan PAD yang terang-terangan ada kat TV. Yeah, maybe motif company tu nak bagi tau yang tak perlu malu kalau sebut pasal period@datang bulan. Everyone should know.



Tapi ada fikir kesannya?




Dahlah iklan tu diberitahu sejelas-jelasnya. Bentuk nya laa...cara pakai nya laa..size laaa.. gila ke hape korang nih??? Banyak lagi cara lain nak tunjuk ajar. Dulu, kalau nak beli pad kat kedai, tokey tu siap balut lagi dengan paper tau!



Kalau kat sekolah, ada lah beberapa company datang bagi talk dan pamplet. Masa tu nak sebut pad pun malu. Tah macam-macam nama gelaran pakai supaya kaum adam tak tahu.




Makin canggih zaman sekarang ni makin banyak kita kehilangan benda yang berharga. Sungguh mencabar mendidik anak-anak zaman sekarang. Ibubapa memang tak boleh lepa sedikit pun..




Pastu sibuk la sana sini buang bayi. Manusia dah takde harga diri. Lebih teruk dari binatang. Perikemanusiaan entah dimana..agama dan keimanan memang dah takde. Wujudla manusia-manusia yang sibuk nak cipta kitab dan agama sendiri. Tak malu-malu menayang pada dunia betapa jahilnya diri sendiri. Manusia-manusia ni patut direjam disula sampai mati.



hmm..hape nak jadi la dunia hari ini.




4 comments:

Mademoiselle Ctiey said...

wah menakutkan la budak2 zaman skang nie..

~ez~ said...

ha..tu la kann..sgt2 menakutkan..huhu..kalau ada anak, kena jaga bebaik..cabaran sgt hebat skrg..

aNIe said...

Leeya...dalam hal ni mak bapak juga memainkan peranan untuk memantau anak2...jgn dibiarkan bebas lepas sahaja...dan jgn diguna pakai segala apa yang dicakapkan...

Kadang2 ada ibu atau bapa yang terlalu percaya pada anak2...dan memberikan mereka kebebasan yang sepenuhnya...tanpa bertanya di mana mereka berada pada sekian2 waktu

~ez~ said...

betul tu kak anie..bagi saya ibubapa kena main peranan yang sgt penting. tak boleh lepas tangan harap pada cikgu2 je. kadang diorang fikir dah hantar anak kesekolah abis da tanggungjwb..entah betul anak tu skola atau ponteng bukan nya nak ambik tau..

terlalu percaya dan terlalu beri 'muka' pun jd punca..tu yg anak2 bebas buat ape saje..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers