Friday, August 20, 2010

musim kecelakaan?

wahhh..ganas sudah title entry ku.

Bulan puasa ni semua orang berpusu-pusu serbu jalan nak balik rumah, berbuka puasa bersama dengan keluarga. Saat yang sangat bahagia dapat bersama-sama berbuka puasa (sob sob sob sedih xdapat blk kg).

Bila dah semua orang serbu jalanraya serentak, sesak makin bertambah. Peratus kemalangan makin meningkat. Semua orang jadi tak sabar tambah pulak dengan keadaan lapar memburukkan keadaan. Sebenarnya itu semua ujian sebab puasa kan untuk menguji ketahanan kita..
Tapi itu bukan bermakna, boleh memandu sesuka hati macam orang gila b*b*.


Potong Q selamba laanndd tak pandang kanan dan kiri.


Bukan hanya bahayakan nyawa sendiri.


Orang sekeliling terlibat sekali nanti.


Langgar lampu merah sesuka hati.

Buat orang lain rasa macam nak maki-maki ( tapi tak boleh sebab hilang pahala posa..).


(Aik. Dah jadi macam gurindam pulak)


Apa-apa pun jaga keselamatan diri.

Bawak kereta berhati-hati jangan ikut nafsu setan dalam hati.


Kelak merana diri.

Nyawa bukan boleh dijual beli.


Time raya nanti lagi la kena lebih berjaga-jaga. Memang ajal maut ditangan Tuhan. Tapi bukan bermakna boleh bawak kereta macam nak bunuh diri.

Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Yang Esa. ameeennn!!!

on the way balik tadi ternampak accident ni. Di pintu belakang UPM. Terkuzut aku. Memang kat sini kerap sangat ada accident. Sebab simpang empat ni takde traffic lite dan orang main jalan je tak tengok kanan kiri. Tak pasti ape punca kereta ni leh terbalik macamni. Aku agak lady driver sebab nampak sorang perempuan bertudung tengah menangis dan diusap-usap rakannya. Rasanya takde yang cedera. Syukur.


hati-hati!


kemalangan tidak berbau! (badan sendiri yang berbau..)


(^_^)





Thursday, August 19, 2010

Roslin Hasyim bercerai lagi??

opps! bukan nak jaja cerita buruk @ hal dalam kain orang. Bukan juga nak jadi busybody. Tapi apa yang berlaku pada Roslin Hasyim ni buat aku tertanya-tanya juga apa punca semua ini.


Perkahwinan tu macam beli kek kat kedai secret resipe ke?
(mood tengah craving cheese cake SR nih..)


Dulu 12 hari. Sekarang sebulan. Lepas ni? owh..cukup-cukuplah. Tolongla hormati 'perkahwinan' itu.



Berdasarkan apa yang aku baca, isterinya menuduh si suami ada skandal dengan produser tuuutttt. Baca la sendiri kat sini. Geleng kepala aku tengok mereka-mereka ini.



Zaman sekarang ni tak kira isteri orang ke..suami orang ke..semua sama sahaja. Kalau dulu mungkin kes banyak kepada si suami yang curang dan berskandal sana sini. Tapi sekarang tak. Isteri pun sama. Kalau iman dan agama ditolak ketepi, begini lah jadinya. Dah tak takut dosa dan api neraka.



Isteri orang bersekedudukan dengan suami orang.



Nauzubillah!!


Perkahwinan memang satu cabaran. Bukan untuk sehari dua. Kalau boleh mahu hingga ke hujung nyawa. Memang jodoh ajal maut ditangan Tuhan. Tapi Tuhan tak menyuruh kita berserah tanpa ada ikhtiarnya. Untuk dapatkan sesuatu yang baik, perlu ada usaha dan kemudian baru kita boleh berserah pada yang Maha Esa..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga-moga, apa yang terjadi ini memberi pengajaran pada kita semua. Usah dicemuh usah dikeji. Kita tidak layak menghukum mereka. Kita bukan Tuhan. Doakan mereka-mereka itu sedar akan kesilapan yang dilakukan..



(suka tengok arni nazira sekarang yang dah bahagia dengan suami dan kehidupan barunya. Alhamdulillah..teringat bagaimana kesnya satu ketika dahulu. Hikmah disebalik kejadian. Memang tak disangkan kan?)


..........................................

'kalau berlari hingga kehujung dunia sekali pun kalau dah tetap jodoh, akhirnya bersama juga...'


Wednesday, August 18, 2010

roti jala lalalalalalalalalalalalllaaaaa!!!

tajuk tak semenggah!


hari ni confuse aku dibuatnya. Datang kelas 230. Tunggu hampir sejam tapi tak muncul-muncul kelibat classmate dan lecturer. Aku salah dengar ka? kata last week takde kelas. Takkan minggu ni sekali. Agaknya lecturer cancel kelas sepanjang bulan puasa kot?


Pulak tu aku takde ambik contact number. aiseh man.




consufe. Tapi dalam hati suka.




keh keh keh




Dah takde kelas. Balik la rumah. Singgah pasar borong selangor nih. Teringin nak beli periuk belanga. Opps..bukan, barang-barang nak buat kuih. Tapi microwave pon takde. cehh!




Takpe. Beli dulu. Cukup bulan, agak-agak moOd husband okay leh paw dia oven satu.hihihihi




Tiba-tiba teringin nak buat pai tee. Tapi bila dah sampai rumah dan google resepi, bahan-bahan penting takde pulak. so cancel. Buat la roti jala. Ternampak my mum on YM.



YER kawan-kawan. Mak aku dah aktif balik dengan YM dan FB. abis dikomen kat semua. Terus la tanya mak camna nak buat roti jala yang bombastic tu. Rupanya senang ja! Tu laaa..duduk dengan mak bukan nak ambik port camna dia buat. Dah duk sendiri baru terkial-kial nak belajar.



bak kata orang putih..
better late than never!




hahahaha..


Bahan-bahan ROTI JALA :

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
air secukupnya
sedikit garam
pewarna kuning
ada yang suka buh santan or susu cair. Tapi aku punya version simple je. hihi
blend suma bahan-bahan tu. senang dan jimat masa!



;)

pastu apa lagi..



menjala laaa kat kuali tu.


Okay. Roti jala ni sedap makan dengan kari.


memang terbaik lah! tapi sebab aku malas nak masak kari hari nih. Makan dengan sambal ikan bilis dan rendang daging yang dah jadi macam serunding.


okay hape?


still sedap juga.

(gambar sambal ikan bilis takde ambik sebab masih dalam kuali. siap ada daun pisang lagi youuuu!! )

hehehe





selamat berbuka!




.........................................................

buat kesekian kalinya gue terpaksa berbuka sorang-sorang lagi. aduhhh....





layan la video ni sementara nak tunggu waktu berbuka..sure tak bosan..hehehehe..jangan tahan gelak ye!



Tuesday, August 17, 2010

my first album

Baru balik dari KL ambik mock up album dan gambar yang ditempah last week.


Actually ni the first mock up album yang aku buat. Sebelum ni tak pernah buat. Lama bertangguh nak siapkan album customer. Akhirnya siap jugak. Hasilnya memuaskan hati dari segi kualiti album dan gambar. Hujung minggu ni dah boleh hantar.

Yay!

Lepas ni boleh buat album sendiri pulak. Tapi nak try buat custom album.


alhamdulillah. Sekarang aim nak buat promosi lebih sikit. ;)


moga-moga dimurahkan rezeki. Ameen..


sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


...............................
updated (18/08/10)
baru dapat upload pic

ni covernya..




album ni size 13x13 inc
muat untuk hampir 150++ keping gambar size 4R

ini antara isi dalamnya..

aku suka pic kat sini. Agak susah nak suruh mereka posing. Acuh tak acuh..tapi ok la..berjaya gak dapat ambik scene yang menarik. ;)



peringatan di hari selasa

Blog ni kalau kita tanak sebarang orang baca..selain dari close je terus..kita boleh privatekan. Aku pernah beberapa kali tukar dan privatekan blog. Yeah, tanak orang-orang tertentu baca. Kadang-kadang orang salah sangka. Kadang-kadang orang dengki. Manusia sekarang memang banyak yang ada PHD.



penyakit hasad dengki.




FB pulak..kita boleh remove dan juga block that person dari view page kita. Kalau dah block tu memang takleh nak search sekali pun. hmm...yeah, i know ada orang block aku dari FB dia. Dunno what's the purpose. Agaknya kalau boleh memang dia nak remove terus dari hidup. Try to think positive dari itu tapi tak boleh jumpa positivenya. Sebab aku kalau block orang memang aku nak remove orang tu dari hidup. Yeah, fb is about our life kan? apa kita buat selalu update kat situ.



Manusia ni hanya pandai bercakap dan berkata-kata. Selalu rasa diri sendiri tu betul. Kalau dah kena batang hidung sendiri baru tahu macamana rasanya. Jadi, kalau kita tak pernah mengalami sesuatu tu, jangan pandai-pandai nak mengata orang. Kita tak tahu apa yang ditanggung orang tu kan?




Hidup ni tak perlu nak sombong dan bongkak. Ibarat menongkat langit. Tuhan bayar cash je sekarang. Tak mustahil. Hari ni kita buat orang, esok lusa kita pulak kena. Allah Maha Adil. Apa yang diberi untuk kita sekarang ni hanya PINJAMAN dan SEMENTARA. Bukan hak kamu selamanya. Allah berhak tarik bila-bila masa sahaja.



fikir-fikirkan.
Align Center




....................................................................


entah kenapa emo betul hari selasa ni.

Monday, August 16, 2010

hari ke 6

Hampir seminggu kita sudah berpuasa. Kejap je kan? Kalau tak sebab entry nih, aku pun tak kira dah berapa hari puasa. Memang cenggitu la tiap-tiap tahun. Tak pernah pun kira puasa dah berapa hari..berapa hari lagi nak raya. tup tup dah raya..


hehehe..


Sebut pasal raya, rasanya ramai yang dah mula buat preparation sejak dari sebelum puasa lagi. Kan? mungkin masing-masing ada alasan tersendiri. Tak nak bersesak-sesak. Tak suka shopping last minute. Macam-macamlah..aku tak suka nak keluar shopping time bulan puasa. Confirm sesak kat Jalan TAR tu. Dah pernah pergi masa jadi student dulu. Pastu tobat dah nak pergi lagi.hehehe..tak tahan sesak macamtu. Rimas!!


Lagi satu, aku kalau keluar shopping, memang akan sakit kepala macam nak meletop. Cuaca panas dan kering..lagi pulak kalau tengah puasa..tak puasa pun sakit ape tah lagi kalau puasa. Yer..aku kan puteri lilin.kalau nak keluar, time cuaca nyaman dingin. Macam hari hujan lebat ribut suma ada. Pun tak boleh keluar jugak.



keh keh keh


Sebut pasal persiapan sambut raya..aku tak prepare apa-apa pun. Baju masih ada beberapa pasang yang aku tempah tapi tak sempat pakai. Makcik aku pun ada bagi hadiah sepasang baju kurung siap bersulam sempena wedding hari tu. Tak pakai lagi. Kebaya pun ada lagi dua pasang tak pakai. Beli masa bercuti ke Bandung awal tahun aritu. so takde la beria nak cari baju. Pakai yang ada sudah.. :)



Cuma....ingat nak beli sepasang sandal raya. tu je kot. Nak pakai kasut wedding macam vogue sangat pulak kan. hahaha..



okay. cukup pasal raya. Baru 6 hari puasa..malu pulak nak cerita beria pasal raya. Apa-apa pun bersederhanalah ye..



Hari ni aku berbuka puasa sendirian lagi. Sob sob sob. Masak macam-macam tapi takde sape sudi nak teman hamba berbuka puasa. huaaaa!!!



Husband request nak makan nasi ulam. Padahal dia kata tak dapat berbuka sama. Hamboi...tanak balik awal pandai request pulak dia ye. Takpelah, demi suami tercinta ku buatkan juga laa nasi ulam dia tu..


Pegi pasar beli la macam-macam ulam. Tapi hanya beli ulam yang aku kenal je.hihi..daun selum, ulam raja, daun pegaga, kacang botol. Tu je yang beli. Pon dah cukup banyak. Pusing sana pusing sini..last-last terfikir nak buat sata skali. Bahannya pun lebih kurang ja. Kebetulan aku beli ikan kembong..



Dan mula la sesi berkung kang kung kang di dapur. Dengan angin yang kuat dan hujan yang lebat..macam nak terbang dah dapur aku tu dibuatnya.



Lagi 5 minit nak azan baru la siap semua menunya..


nasi ulam, sata ikan, ikan kembong goreng, sambal belacan, ikan masin. plus kuah kacang semalam tak abis + rendang daging...
wahhhhh!!! yang makan aku sorang ja. huhuhu


msg adik aku yang dah tak reti nak balik rumah nih suh datang and tapau semua makanan bagi kat kawan-kawan di hostel dia squatting tu.


setel!

.................................................


gambar malas nak upload. Nanti aku upload ye. hihihi


Sunday, August 15, 2010

Mereka lebih kejam dari binatang!

Ya Allah...

apa sudah jadi sekarang ni?? Sana sini orang buang bayi. Merata-rata tempat. Dah masuk bulan puasa pun tak kira jugak. Ada sekali tu, mayat bayi terjumpa tertiarap/telangkup dalam longkang.

astaghfirullahalazim...


sakit dada menahan marah. hati rasa kecewa.


sudah la dosa berzina. Tambah lagi dosa membunuh bayi tak bersalah.


kejam!!!


Elok mereka ini semua disula @ direjam sampai mati. Apalah dosa bayi itu. Dibuang seolah-olah lebih hina dari binatang. Kita yang bela kucing ni kalau kucing tu mati pun kita tanam elok-elok kan? ini pula manusia. Dibuang merata-rata.



ingat korang buang bangkai tikus ka????


Dimana sifat perikemanusiaan?



aduhai. Sungguh. Tolongla gazzette kan hukuman mati mandatori untuk mereka yang buang bayi hingga meninggal dunia tu secepat mungkin. Tolonglah!






aku tak sanggup nak attach gambar bayi-bayi yang dibuang tu. Tak sanggup nak lihat!



Aku harap mereka yang membuang bayi tu dibalas dengan hukuman yang setimpal. Kalau terlepas dari hukuman dunia, tapi hukuman dari Allah pasti tidak!

..................................................



Friday, August 13, 2010

ketika cinta bertasbih


(pic from google)


Korang semua dah pernah tengok ke cerita tu? aku tak pernah tengok dan tak pernah pulak berminat nak tengok. Dari ayat-ayat cinta..and now ketika cinta bertasbih.
Dah siap masuk siri ke 2 lagi kan?


memang ketinggalan keretapi la aku nihhhh...!!

Tak pasti la sebab apa. Aku memang jarang sangat nak tengok movie Indon atau Melayu kalau takde yang mengajak. Bukan riak sombong atau tak sedar diri yang aku juga orang Melayu.

Bukan! bukan! Biasanya cerita-cerita begini sedih dan mungkin sad ending. Im so typical kalau tengok cerita ni and mesti nak happy ending. Kalau tak, tak mo tengok. heee..

Husband ada sebut banyak kali yang dia sangat suka cerita ketika cinta bertasbih tu dan suruh aku tengok. Tapi malas pulak nak download. Dalam kepala macam sedih je cerita tu. Tak mau tak mauuuu!!!


Entah macamana malam tadi buah hati tu dapat pujuk suruh tengok. Katanya ada save dalam thumbdrive. Maka tengokla aku cerita tu. Tapi baru beberapa minit, mulut dah membebel.... tak paham la abang ape diorang cakap..tak paham tak pahaaaammmm!!! huuuu..


sungguh! memang kurang faham kalau diorang cakap bahasa indon laju-laju. Blur sudah kepala. Yalah, walaupun keturunan jawa, tapi tak reti dan tak berapa faham bahasa jawa dan indon nih. Walaupun lebih kurang je. huhuhu...



Tapi dapat tengok separuh je sebab mata dah kuyu. Tengok cerita tu jam 1 pagi lebih. Mau tak nyaaa..last last kami berdua tak bangun sahur walaupun alarm berbunyi. Ngantuk laaaa kaann..penangan ketika cinta bertasbih.


walaupun baru tengok separuh, bagi aku cerita tu sangat menarik dan unik. Patutla husband sangat suka dan beria-ia suruh aku tengok. Agaknya dia bayangkan diri sebagai mas azam..hehehehe..dan bayangkan aku anna althafunnisa.. :))

hihihi

Baru aku tau dari mana dia dapat nama anna althafunnisa tu..Beria nak namakan anak perempuan kami nanti dengan nama tu.. ;) ish ishhh..


tiba-tiba teringat satu status husband masa kami baru berkenalan..

"telah ku temui anna althafunnisa..syukur2"




erm..nak sambung tengok malam ni cerita tu tapi husband tertinggal pulak thumbdrive kat opis..so dun tell me ape ending nya ya..hehehe..


tiba-tiba rasa tak sabar pulak.. (malas nk tengok kat youtube..sangkut sangkut je)

(^,^)



Thursday, August 12, 2010

Haramkan Blackberry?

erk..aku ketinggalan beberapa hari tentang isu ni. Tu la pasal tanak tengok berita. On je tv tapi mata khusyuk ngadap laptop.

berdasarkan ape yang diberitahu disini penggunaan bb di malaysia tidak akan diharamkan. Hanya negara Arab Saudi dan UAE yang mengharamkan penggunaan bb. Tapi ada pulak yang kata mereka belum haramkan. erk, confuse la..

Tapi bila terbaca info dari seorang 'friend' di fb yang beritahu Malaysia akan haramkan penggunaan bb dalam tempoh seminggu..buat aku tak senang duduk.


biar betol????!!!

Aku baru pakai dua bulan bb ni. Husband belikan sempena hadiah perkahwinan untuk aku. sedih siut kalau tak boleh pakai dah. sob sob sob


terus bbm husband tanya betul ke tak info tu. (biasanya dia mesti dapat tau news lebih awal dari orang lain..). Dia kata takkan diharamkan..so no need to worry.



Tapi harap-harap memang betul la takkan diharamkan. Kalau betul mengancam keselamatan negara, mesti ada solution lain selain diharamkan. Sebab function bb ni lebih kurang je macam phone lain..abis tu takkan nak diharamkan pulak semua phone..

(pic from google)

Wednesday, August 11, 2010

menu pertama berbuka puasa

tick tok tick tok tick tok


ada lebih kurang sejam setengah untuk berbuka puasa.


ape menu korang hari pertama berbuka?


mungkin ramai yang beli di bazaar ramadhan je kan. Lagi mudah dan simple.


me?



masak apa?



mula-mula rasa nak masak char kueh teow. Sebab mungkin berbuka sorang-sorang. Tapi bila bbm husband, dia kata nak makan nasi jugak. Maka, kena fikir menu lain. Tapi hati degil nak jugak makan char kueh teow tu. Haish..

so keluar la ke pasar borong selangor yang besar ni mencari bahan. Sekali tu nampak siakap besar. Tetiba nak buat 3 rasa pulak.hehehe..meleleh da air liur terbayang siakap sweet sour. Dah siap beli barang, terus la bersilat kat dapur.


kung kang kung kang..siapla semua menunya..


siakap sweet sour dengan char kueh teow.


tamak siut!



hehehehe


Bahan-bahan untuk SIAKAP sweet sOur:

cili blend
(aku memang suka blend byk-byk cili kering campur bawang putih dan merah, senang kalau nak masak)
sos tomato
sos cili
sos tiram
garam secukupnya
Sedikit gula (sikit ja)
1 sudu serbuk pati ayam knorr
3 biji tomato
daun saleri@ sup
bawang besar
cili hidup
mula-mula mesti la kena goreng dulu ikan tu. Aku suka goreng sampai garing. Baru sedap. Then, tumiskan cili blend tu sampai naik bau. Masa tumis tu aku campur dengan tomato yang dipotong dadu besar, sedikit hirisan bawang besar dan cili hidup (yang lebih nak buat hiasan). pastu, buh la sos tiram, sos tomato dan sos cili. Sukatannya lebih kurang je la. Agak-agak je..hehe


jangan lupa buh air..ikut la nak banyak mana kuahnya kan..

then, dah agak-agak masak tu masukkan la ikan tu. Kalau nak tuang je kuahnya pun boleh. Tapi aku suka kalau masak sekejap dengan ikan tu..bagi meresap sikit kuahnya dalam isi ikan tu kan..


dah tu taburkan la daun sup, lebihan tomato, bawang besar dan cili.

aku tak suka bawang goreng so tak bubuh la.hihihi


tadddaaaaa!!!!


bahan untuk menu aku simple je..tapi rasa confirm sedap..hehe.tak sampai 15 minit dah siap dah. lagi cepat dari kat kedai. hihi..


menu char kueh teow tu nanti aku update resepinya ya.


selamat berbuka!


........................................................................

husband baru je call bagitau tak sempat balik berbuka sama. maka haruslah aku berbuka sorang-sorang. sob sob sob :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers