Friday, August 24, 2012
Salam Mubarak!
Friday, July 20, 2012
ramadhan tiba lagi
Monday, August 1, 2011
1 Ramadhan
Sunday, July 31, 2011
Ahlan wasahlan ya ramadhan


Monday, July 25, 2011
one more day


Wednesday, June 29, 2011
sebulan lagi sebelum ramadhan menjelma
Monday, September 6, 2010
first reunion
Semalam me and husband ada iftar bersama-sama kawan sekolah menengah di Aroma Ikan Bakar, Jeram. MasyaAllah, punya la ramai umat manusia kat ctu. Nasib baik makanannya sedap walaupun servicenya hampagas.
lama tak jumpa kawan-kawan..walaupun tak la ramai mana yang datang tapi okaylah untuk kali pertama..insyaAllah lepas ni leh plan lagi..aku suka je..hehehe
ada kawan-kawan yang memang tak jumpa langsung sejak abis sekolah..hampir 10 tahun dah..of course memasing dah berbeza..dah bekerjaya..ada life sendiri..
apa-apa pun memang enjoy sangat semalam..tak puas borak..hehe
;)
Friday, August 27, 2010
Jumaat Istimewa
Hari ini merupakan 17 ramadhan, dan hari ini juga merupakan hari nuzul al-qur'an yang membawa seribu erti kepada kita..
Mari kita sama-sama baca artikel yang ditulis oleh Dr. Samsu Adabi Mamat
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
....................................................
sementara hayat masih ada, sementara tenaga masih kuat, sementara masih mampu bernafas, marilah kita sama-sama merebut segala ganjaran dan pahala yang Allah akan berikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga-moga kita masih diizinkanNya untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang..
Monday, August 16, 2010
hari ke 6
hehehe..
Sebut pasal raya, rasanya ramai yang dah mula buat preparation sejak dari sebelum puasa lagi. Kan? mungkin masing-masing ada alasan tersendiri. Tak nak bersesak-sesak. Tak suka shopping last minute. Macam-macamlah..aku tak suka nak keluar shopping time bulan puasa. Confirm sesak kat Jalan TAR tu. Dah pernah pergi masa jadi student dulu. Pastu tobat dah nak pergi lagi.hehehe..tak tahan sesak macamtu. Rimas!!
Lagi satu, aku kalau keluar shopping, memang akan sakit kepala macam nak meletop. Cuaca panas dan kering..lagi pulak kalau tengah puasa..tak puasa pun sakit ape tah lagi kalau puasa. Yer..aku kan puteri lilin.kalau nak keluar, time cuaca nyaman dingin. Macam hari hujan lebat ribut suma ada. Pun tak boleh keluar jugak.
keh keh keh
Sebut pasal persiapan sambut raya..aku tak prepare apa-apa pun. Baju masih ada beberapa pasang yang aku tempah tapi tak sempat pakai. Makcik aku pun ada bagi hadiah sepasang baju kurung siap bersulam sempena wedding hari tu. Tak pakai lagi. Kebaya pun ada lagi dua pasang tak pakai. Beli masa bercuti ke Bandung awal tahun aritu. so takde la beria nak cari baju. Pakai yang ada sudah.. :)
Cuma....ingat nak beli sepasang sandal raya. tu je kot. Nak pakai kasut wedding macam vogue sangat pulak kan. hahaha..
okay. cukup pasal raya. Baru 6 hari puasa..malu pulak nak cerita beria pasal raya. Apa-apa pun bersederhanalah ye..
Hari ni aku berbuka puasa sendirian lagi. Sob sob sob. Masak macam-macam tapi takde sape sudi nak teman hamba berbuka puasa. huaaaa!!!
Husband request nak makan nasi ulam. Padahal dia kata tak dapat berbuka sama. Hamboi...tanak balik awal pandai request pulak dia ye. Takpelah, demi suami tercinta ku buatkan juga laa nasi ulam dia tu..
Pegi pasar beli la macam-macam ulam. Tapi hanya beli ulam yang aku kenal je.hihi..daun selum, ulam raja, daun pegaga, kacang botol. Tu je yang beli. Pon dah cukup banyak. Pusing sana pusing sini..last-last terfikir nak buat sata skali. Bahannya pun lebih kurang ja. Kebetulan aku beli ikan kembong..
Dan mula la sesi berkung kang kung kang di dapur. Dengan angin yang kuat dan hujan yang lebat..macam nak terbang dah dapur aku tu dibuatnya.
Lagi 5 minit nak azan baru la siap semua menunya..
nasi ulam, sata ikan, ikan kembong goreng, sambal belacan, ikan masin. plus kuah kacang semalam tak abis + rendang daging...
wahhhhh!!! yang makan aku sorang ja. huhuhu
msg adik aku yang dah tak reti nak balik rumah nih suh datang and tapau semua makanan bagi kat kawan-kawan di hostel dia squatting tu.
setel!
.................................................
gambar malas nak upload. Nanti aku upload ye. hihihi
Wednesday, August 11, 2010
menu pertama berbuka puasa
ada lebih kurang sejam setengah untuk berbuka puasa.
ape menu korang hari pertama berbuka?
mungkin ramai yang beli di bazaar ramadhan je kan. Lagi mudah dan simple.
me?
masak apa?
mula-mula rasa nak masak char kueh teow. Sebab mungkin berbuka sorang-sorang. Tapi bila bbm husband, dia kata nak makan nasi jugak. Maka, kena fikir menu lain. Tapi hati degil nak jugak makan char kueh teow tu. Haish..
so keluar la ke pasar borong selangor yang besar ni mencari bahan. Sekali tu nampak siakap besar. Tetiba nak buat 3 rasa pulak.hehehe..meleleh da air liur terbayang siakap sweet sour. Dah siap beli barang, terus la bersilat kat dapur.
kung kang kung kang..siapla semua menunya..
siakap sweet sour dengan char kueh teow.
tamak siut!
hehehehe
Bahan-bahan untuk SIAKAP sweet sOur:
cili blend
(aku memang suka blend byk-byk cili kering campur bawang putih dan merah, senang kalau nak masak)
sos tomato
sos cili
sos tiram
garam secukupnya
Sedikit gula (sikit ja)
1 sudu serbuk pati ayam knorr
3 biji tomato
daun saleri@ sup
bawang besar
cili hidup
mula-mula mesti la kena goreng dulu ikan tu. Aku suka goreng sampai garing. Baru sedap. Then, tumiskan cili blend tu sampai naik bau. Masa tumis tu aku campur dengan tomato yang dipotong dadu besar, sedikit hirisan bawang besar dan cili hidup (yang lebih nak buat hiasan). pastu, buh la sos tiram, sos tomato dan sos cili. Sukatannya lebih kurang je la. Agak-agak je..hehe
jangan lupa buh air..ikut la nak banyak mana kuahnya kan..
then, dah agak-agak masak tu masukkan la ikan tu. Kalau nak tuang je kuahnya pun boleh. Tapi aku suka kalau masak sekejap dengan ikan tu..bagi meresap sikit kuahnya dalam isi ikan tu kan..
dah tu taburkan la daun sup, lebihan tomato, bawang besar dan cili.
aku tak suka bawang goreng so tak bubuh la.hihihi
tadddaaaaa!!!!

bahan untuk menu aku simple je..tapi rasa confirm sedap..hehe.tak sampai 15 minit dah siap dah. lagi cepat dari kat kedai. hihi..
menu char kueh teow tu nanti aku update resepinya ya.
selamat berbuka!
........................................................................
husband baru je call bagitau tak sempat balik berbuka sama. maka haruslah aku berbuka sorang-sorang. sob sob sob :(
Monday, August 9, 2010
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!
Kami sekeluarga selamat sampai rumah dari Johor petang td\. Maghrib sudah tiba dirumah. Seronok sangat dapat bawak husband jumpa family di johor. Sangat happening. Dapat makan macam-macam jenis buah-buahan yang tengah masak..rambutan, dukong, nenas..

oppss!! doyan xde ye..hahaha..dah abis musim kot..syoklaaa..tak yah duk pening kepala tahan bau doyan kaann.. ;)
pastu perot memasing dah buncit tak hingat..makaaan je kerja nya. Yang paling syok tu dapat makan my feveret food, MEE BANDUNG MUO yang super duper delicious laaa!!!
yang kali ni dah dibuat penambahbaikkan pada kuahnya..hihi..penuh dengan isi-isi seafood yang nyum nyumm..udang, sotong, kupang..memang puas hati woo..
(mee bandung muo)lepas ni dah tak boleh makan siang dah. :)
harap-harap puasa kali ini dapat puasa penuh. dapat tarawikh tiap-tiap malam. ameen..
