Showing posts with label Daily Activities. Show all posts
Showing posts with label Daily Activities. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

mari memasak di dapoq masterchef!

Assalamualaikum,

hari keberapa puasa?dari dulu sampai sekarang, itu tak aku kira.tup-tup dah nak habis puasa. huhu..


alhamdulillah, pertama kali selepas dua tahun dapat berbuka puasa bersama-sama hubby dari hari pertama dan insyaallah sampai ke penghujungnya nanti. hehe..sebelum ni dia sibuk kerja kat opis. dah kerja kat 'state' ni jarang balik sampai malam.


okay, sebenarnya nak cerita tentang cara memasak yang pantas ibarat memasak di dapoq masterchef tu. kan ada timingnya. 30minutes or 45minutes. kat rumah jarang kita dapat masak secepat itu kan? hehe..sebab tu dorang yang kat masterchef suma kelam kabut masak macam puting beliung.


aku tak lah hebat mana masak. cuma aku suka masak. suka berada kat dapur. boleh berdiri berejam kat dapor semata-mata nak masak. sekarang ni hari-hari masak. masak tuk sikecik, masak menu berbuka dan sahur, buat cake lagi. phew~


ada beberapa cara yang aku gunakan untuk jimatkan masa memasak;


1- aku akan buat stok cili blend untuk jangka masa yang lama. me and hubby hantu sambal. hari-hari mesti kena ada sambal. haha..sambal ayam, sambal daging, sambal ikan, sambal telur, sambal ikan bilis, name it! haha..so aku perlukan stok cili blend yang banyak. ini aku belajar dari my mom yang simpan stok cili dalam peti ais untuk memudahkan cara memasak. cili kering tu gunting halus. ikutla nak berapa banyak. ku buat 100gm pun dah banyak tahan untuk stok 2-3minggu. depends pada kegunaanla ye. ada orang tak campur dengan bawang tapi aku campur siap-siap senang kerja nanti. bawang merah dan bawang putih kena agak-agakla.aku lupa berapa gram. biasanya cili mesti lagi banyak dari bawang. bila kita campurkan tu kena cili lebih banyak kalau tak nanti tak pedas. tapi jangan terlebih banyak pulak. sebabtu aku kata agak-agak.hehehe..kalau nak masak asam pedas pun dah senang, tinggal tambah kunyit dan halia tumbuk saja.


2-siang siap-siap bahan basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan sebagainya. aku beli terus siang dan simpan.walaupun ada yang kata tak fresh tapi semua ni memudahkan kerjaku didapur. bukan ada sapa yang boleh tolong siangkan betul tak? benda yang paling aku tak suka ialah siang benda2 ni lah. benci betul tapi kena la buat. kalau kat kampungku, abah yang akan siang siap-siap.hehehe..


3- kopek bawang merah dan putih untuk stok seminggu dua dan simpan dalam peti ais. kalau nak menumis sayur ke hape ada dah bawang yang siap dikopek. kalau kat pasar pun ada jual bawang siap kopek kan?kerja-kerja ni biasanya aku buat malam-malam.hehe..but make sure jangan basuh bawang tu.dah kopek terus simpan dan elakkan kena air.kalau tak nanti cepat busuk.


4- defrost ayam rasanya lambat kan?biasanya kalau aku nak pakai cepat, ku rendam dengan air panas.hehe.. tak pun keluarkan malamnya dan letak dibahagian sejuk dingin tu. so tak la keras. esok pagi dah boleh masak.


ha..tu jela kot teknik yang biasa aku guna pakai. kalau memasak, aku tak suka dapur bersepah. even dapur sekarang kecik (standard la umah sewa kan..) tapi aku make sure tak bersepah. sakit mata. even tengah memasak pun.hehe..so let say aku dah siap masak sayur, dan tengah tumis cili, sambil tunggu cili tu betul-betul masak dan pecah minyak, aku akan basuh siap-siap kuali/periuk yang dipakai masa masak sayur. macamtu la contohnya. yelah, space limited nak letak semua benda kotor kat sinki kan?



i guess that's all la kot. ;)





maaf la takde gambar. next time maybe.







selamat memasak!





ps: esok misi nak menyiapkan 4 jenis cake--> red velvet cake, cheese cake, carrot cake, moist choc cake. hopefully ada tenaga dan menjadi sedap la semuanya.. esok malam juge nak balik kampungku! yay!! ;)

Sunday, December 5, 2010

loneliness can kill you.

alhamdulillah. arrived home safely. had a very nice trip ;)


suddenly i missed being with families. my kepohci family members. sangat seronok dapat lepak-lepak dan bersembang-sembang with my aunties, cuzins. we are loud and talkative too. ;)


maybe sekarang aku tengah buhsan and sunyi. ;( yeah, loneliness can kill me. huhuhu


Banyak benda kami boleh share. Dari isu keluarga..isu semasa sampaikan ke isu global. Sebelum balik tadi we had conversation about brain drain. hahaha..gila ganas topik kami seh! ;)



Aku laa yang bukak topik tu. Pasal tu satu dari isi coursework aku. haha


nak tau ape brain drain tu??



definition : The loss of skilled intellectual and technical labor through the movement of such labor to more favorable geographic, economic, or professional environments. (google)



senang kata, our expertise yang bekerja di luar negara laaa..biasanya those students yang blaja obersi tapi lebih suka keja sana dari balik malaysia.



ala, korang google jek senang. ;)



erm..dont think will write too long coz dont have much idea rite now.


i think i want to watch back How I Met Your Mother from season 1 till 5.



okay what??im in HOLIDAYYYY!!



besh!



dun be jealous! ;)

Saturday, December 4, 2010

happy family time





ni cerita yang aku hutang last two weeks. ;)



masa minggu raya haji..my SIL and her siblings came over to my kampong. I didnt know till my mOm called and asked me and husband to come back. Diorang datang dengan 3 kereta.




Terus happening cam nak runtuh rumah ku itu. hehehe..yang paling seronok bila nampak muka my mOm yang sangat-sangat happy. Dia keep sayin
g yang dia ada ramai anak perempuan. hehehe..aku pun tumpang seronok laa..




Diorang sampai sabtu malam ahad. My mom dah prepared
delicious meals for all of us. Sian mak masak sensorang. Aku sampai rumah lambat. Tak sempat nak tolong. huhuhu..rasa bersalah. ;( Malam tu kami beborak la sampai dah tengah malam. Orang pompuan kalau dah berkumpul kan?? hehehe..




Pagi ahad tu mereka suma plan nak 'visit' sawah padi. Kebetulan tengah musim menuai. Aku macam biasa bawak mereka ke sawah padi abah. Yelah, orang kat situ memang dah biasa tengok aku bawak 'pelancong' ke sawah. hehehe.. besh besh..posing-posing di tengah sawah. Cuma kami tak dapat nak stay lama sebab tengah panas terik. habis kang rentung muka.. ;)


(pic from a.kamal and dia yg edit. hihi..aku crop nama-nama 'pelakon' kat atas tu..)


too sad aku tak bawak kamera sendiri. balik dalam keadaan kelam kabut. Nasib baik ada yang bawak kamera..hehe..



after lepaking kat sawah dan ambik buah durian belanda abah yang kebetulan tengah masak, kami ke sungai besar. Saja nak tunjukkan tempat tu kat diorang. Takde plak plan nak shopping ke ape. Nak bawak makan tepi laut tapi kedai tutup pulak. Malang betul. huhuhu..last-last minum abc ja kat sg besar tu.



Lepas jenjalan sikit kami terus balik rumah and makan tengah hari.. Malam ahad tu kami ke pasar malam pulak. hehe..pasar malam situ nOt so bad la. Ada gak benda yang menarik. aku tak beli ape-ape pun. Agaknya memang macam tu kot. aritu masa bawak MIL and family pegi shopping aku tak beli ape-ape pun. huhuhu..



Aku balik malam tu jugak. After husband tengok match badminton yang msia kalah dengan musuh tradisi tu laaa.. ;)


................................


Right now...tetengah malam buta..aku tengah kiwi muffin. nyum nyum!!!




Selamat aku bantai satu cup. hehehe..camno nak kurus cenggini ek??huuuuu


Dah kata, aku ni aktif tetengah malam buta. hahaha..



Buat ape muffin tu?



esok aku nak ikut family balik johor. together with my sil and her siblings. so excited!


of course yang best nya part makan-makaaannnn!!!! ;)


mee bandung muo, nasi beriani kambing, putu piring special, kucing kacang, mee rebus, lontong, garlic nan yang nyummy! etc



memang suma delicious laahhh!



hehehe..bab makan memang susah nak lupa. hihi



but too sad coz my husband tak boleh join coz kerja. ;(
hmm..but what to do kan?



uh, will update later. hopefully with something delicious! ;)



Friday, December 3, 2010

bernafas dalam lumpur??!

finally! boleh la bernafas dengan senang. Semput sikit dua hari ni. Bukan pasal hidung aku tersumbat laaaa..


Pasal dua hari ni broadband ni tak leh connect. Rupanya dah kena block. hehehe..


Dah bayar tadi maka boleh bertenet dengan bebas! ;)


will update later k

Tuesday, November 30, 2010

Kalau Allah izinkan...

segala yang rumit menjadi mudah..


betul kan?



Kalau Allah tak izinkan..



yang mudah pun tak menjadi jugak.



Insiden 1 :

Hari ni aku perlu uruskan dan selesaikan beberapa perkara penting berkaitan adik-adik aku di beberapa Jabatan Kerajaan di Putrajaya. Aku ni memang lemah sikit kalau bab-bab nak cari tempat. Sorang-sorang lagi. Lagi pulak aku tak tahu kemana perlu dituju. Tapi alhamdulillah.. Khawlah and Eapul banyak membantu aku. Semuanya di permudahkan. Semua urusan dapat diselesaikan dalam masa dua jam lebih. Kalau aku keseorangan memang mustahil nak siap semuanya..Semuanya dengan izin Allah..Alhamdulillah..aku sangat-sangat bersyukur..



Kadang-kadang apa yang kita rancang dan mahu tak semua boleh di capai..walau sehebat mana kita berusaha kalau Allah tak izinkan ianya untuk terjadi, maka ianya tidak akan terjadi..



sama juga dengan jodoh..



kalau sudah dia jodoh kamu, berlarilah hingga ke hujung dunia, tetap akan bersama.. Tapi kalau Allah dah tentukan yang dia bukan jodoh kamu, cuba la macam mana pun tetap tak kan bersama....


Tetapi, apa yang Allah dah beri pada kita bukan la untuk kita riak dan menunjuk-nunjuk. Sebab setiap apa yang diberi hanya pinjaman semata-mata.



Insiden 2:

seseorang mengatakan yang kelahiran anaknya memberikan kemenangan kepadanya sebagai wanita normal..





Dan aku tertanya-tanya...apakah wanita yang masih tak dapat melahirkan baby tu tak normal?? walaupun dah buat ujian semuanya..tapi kalau dah Allah belum nak beri rezeki lagi kan..so kira tak normal???


Bukan ke Allah yang beri anak tu, yang beri rezeki tu...



Macam mana kita cuba pun kalau Allah belum izinkan..memang tak kan jadi.



semua tu beyond our control..



Apapun...



Hanya Allah tahu yang terbaik buat kita..





Monday, November 29, 2010

mertua vs menantu II



okay kita masuk part dua pulak. Part I boleh baca kat entry lepas. ;)


On friday..



Lepas subuh aku terus masuk ke dapur. Bermula lagi sesi bersilat kungfu laa di dapur. Dah dapurku ini kecik comel makanya aku tak suka orang lain kaco. wah! statement riak disitu. hahaha..kecik la weh..sempit kalau ramai-ramai masuk. Aku pulak jenis buat kerja nak cepat je.. ;). Lagi pun aku dah haramkan mak and MIL aku kaco aku masak. hahahaha..dah depa suma jadi guest aku kan.. tuan rumah la kena layan.. hehehe




Menunya..nasi goreng kampong, mee goreng basah, kentang goreng, etc. Memang macam-macam lauk sampaikan tengahari aku tak yah masak. Dalam kul 8 lebih my parents keluar terus menghala ke N9 melawak adik bongsu aku di skolah. Nak SPM ni dok sibuk mengidam nak makan KFC la ape suma.. hubby and adik aku yat suruh dia fly panjat pagar..hampeh kan abang-abang dia nih..xleh pakai katanya. hahaha..so parents aku kesana la membawa KFC tuk dia..




After my parents pegi, kami ingat nak keluar tapi sebab fikir hari jumaat so better kua lepas solat jumaat..




Dah katanya MIL aku datang kejap je kan, so cuba padatkan dengan aktiviti jenjalan. Nasib baik MIL aku suka jenjalan dan sporting. Senang ku hangkut kesana sini. Husband pun cuti on friday tu. Pepagi kami hanya lepak di rumah..hubby and BIL pi mandi swimming pool. Aku tertido bersama MIL depan tv. hahahaha..hokay ape?? tido bersama buleh mengeratkan hubungan korang dengan MIL. Tak caya cuba try test. ;)





Husband bawak kami semua ke M.A.H.A yang hanya 5min je dari rumahku. Dekat sesangat. Orang kata belakang umah je lah..kebetulan baru hari pertama, jadi memang meriah juga la..




macam-macam ada ko...........








longgar la gak lutut nak berjalan walaupun dalam tu disediakan tram, bas suma..memang tersangat la besar dan luas. Berbeza masa pertama kali M.A.H.A di anjurkan dulu..




Aku sangat geram dengan bunga-bunga yang ada tu. Niat hati nak beli tapi tengok rege cam mahal sangaaat je. Aku selalu gak belikan mak bunga kat sungai buloh tu tapi idok ler semahal itu. Maka, hanya cuci mata aje laaa ;)




MIL beli buah-buahan dan aku beli buku resepi choc. hehehehe..Pastu kami lepak makan petang kat foodcourt dia. makananannya memang wallla! nyummmmyyyyy! walaupun harganya agak mahal. huhuhuhuuu...





lepas habiskan sepetang di MAHA, kami gerak ke KL pulak. Husband bawak ke SOGO. Nak shopping sakan. hehehe..husband belikan diorang macam-macam.. seronok je tengok.. hehe..memang tengah sale kaw kaw punya laahhh.. tapi yang hairan bin ajaibnya...aku tak beli ape-ape pun...huhuhu..till now rasa pelik. ;) buleh jadi alasan nak datang lagi tu.. hahaha





Lepas habis skru lutut kaki dah longgar, kami ke uptown pulak. Sambung shopping lagik di situ. hahaha.. memang jalan dan shopping sakan!




end up aku masih tak beli ape-ape lagik. hummmm.... ;)




pas habis shopping pi pekena nasi lemak mali's corner. tapi as usual, aku makan char kueteownya lah.. nyummy!




sampai rumah jam 1 pagi lebih. memasing terus kebabommm tido..




part 3 nanti aku sambung ye..




..............................................................



skg tengah nak menyiapkan album story board customer nih..huuu





Friday, November 26, 2010

mertua vs menantu I

sementara tunggu husband ambik mak dan adik-adiknya di LCCT, aku di rumah sibuk memasak for late supper. sian my MIL tak makan lagi. my parents sudah selamat kebabommm! tido! ;) mereka memang tak leh tido lewat. kul 10malam tu dah kira lewat da..



menu for supper


udang besar masak lomak cili api

kangkung goreng belacan

ikan selar digoreng garing


hehehe..nyummmy!


for dessert plak, blueberry cheesecake. ada resepi kat previous entry.


terharu MIL tengok menantu kesayangan dia nih masak macam-macam walaupun dah pagi buta! hahahaha..tetengah malam aku dok ketuk lesung batu tu ha..sian my parents tido tak lena. hehehe

pukul 2 baru la MIL n adik-adik husband selamat sampai dirumah. flight adik delay dari KK. biasalah airasia nih. kalau hujan sikit terus delay. takpe..yang penting mereka selamat sampai.


kalau ikutkan plan MIL, dia nak stay semalam je. jumaat malam dah nak balik ke kangar semula. sebab banyak jemputan kenduri semua. Tapi aku dan husband pujuk suruh stay sampai ahad. tapi tak dapat. sabtu malam mak dah balik. kira okaylaa kan..hehe


apa aktiviti kami on friday and thursday???


besh wo!


will story bout it later k!


happy weekend peeps!

Thursday, November 25, 2010

H.A.P.P.E.N.N.I.N.G!!!



Sibuk lagi minggu ni. Sejak cuti sem ni makin sibuk aku dibuatnya. hehe..nasib baik tak keje lagi. Kalau keje, aduhhhh..mesti tercungap-cungap. Now i wonder camne wanita yang bekerjaya..nak urus suami..anak-anak lagi. huhuhu..memang hebat kalian semua!


baru laaaa sekarang ni ada masa nak buat entry. huhuhu..dari pagi tadi non stop buat kerja. dengan tempahan chocolates yg datang last minute. huhuhu..kemas rumah sehabis-habis nya..my mom in law nak datang uuu!!!!


mesti laa kena super duper bersih kan..ha
haha ;)


plus my parents are here!


now husband pick up MIL and his siblings at LCCT. me at home w
ith my parents. sesambil makan cheese cake yg aku buat petang tadi. sempat lagi tuuu! ;) hahahaha..


pakai bb je sempat snap..huuu..


actually ni first time buat baked cheese cake.


tadi ke kedai bakery aku main ambik je semua bahan yang aku rasa perlu. takde resepi lagi time tu. dalam kepala nak buat blueberry cheese cake. hehehe..


taddaaaa!!!!






hehehe..habis semua blueberry aku tuangkan. nyum nyummm!!!


tapi tu belum siap lagi haaa..blum bubuh whipping cream



haaa...ni da siap. takla cantik sangat kannn.. budak baru belajar la katakan.. ;). aku buh mocha whipping cream kat kek tu..hahaha..saja gatal nak buat mocha punya perisa..hehehehe..


pastu tadi suh my dad n mom makan..


memula my dad cam tanak since dia kenyang and on diet.. tapi bila da rasa sepotong, terus nak lagiii!!!!!!!!!


serius beb! hahahahaha


pastu siap cakap.. SEDAAAAPPPPPPPP!!!! berkali-kali ulangggg..



hahahaha..abahku sangat kedekut wehhh dengan pujiaannn.. MAHAL dowh pujian dia. tak caya tanya my mOm. hahahaha..tu maknanya memang sedaaapppp!!


memang rasa cheeeese!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


sapa nak???


hehehe



aku bagi bahan-bahannya ja la ya.. ;)


cream cheese (aku letak dalam 500gm)


200ml full cream milk


100ml whipping cream


120gm gula


telur 3 biji


5sudu tepung gandum


2sudu kecil perahan lemon (aku xde lemon so bantai buh sanquick! hahaha)


pukul semua bahan atas tu sampai kembang.. ;)


pastu tuang dalam loyang..


cara bakarnya pulak, letak loyang yang nak dibakar tu dalam loyang lain yg lebih besar dan isikan air.. mcm double boil tu la.. ;)


hehe..


aku bakar dalam 40mins ja..tu pun rs cam agak lama gak..


tgk agak-agak dah masak tu ok la kan..


resepi ni aku ubah ikut taste tekak aku. ala, ikut suka la nak tokok tambah ape..haha..


pas siap bakar, jangan terus kuarkan dr loyang..biarkan sejuk dulu dalam oven tu..eh, aku bakar dalam microwave ja.. ;)


then, tuangkan semua blueberry paste atas tu..then buh whipping cream yang dah dipukul dalam 10mins

masukkan dalam peti ais dulu kek tu..baru sedap makan!!!



selamat berhujung minggu!


;)

Wednesday, November 24, 2010

my choc+im sick!




huhuhu..masih belum dapat 'kudrat' lagi nak mengarang cerita. huhu..moOd masih tak ok. physically tired, emotionally broken. aiseh. tunggu gua pulih dulu ya! ;)


sementara tu..layan laa pic pic chocolates ku ini..

hehehe..

comel x? sedap itu pasti!! ;)



ini nak tunjuk gambar choc ke gambar pasu bungatu?? ;)



feel free to add me at facebook Shes Chocoholic / sheschocoholic@gmail.com




or click here

Saturday, November 13, 2010

baiti jannati II






okay, as promised, this entry is going to have a lot of photos. while waiting for husband get back home from futsal match with his officemates.




er, actually im waiting for my nan also. ngeee ;)




oh, and yes its 2 plus am. still awake segar bugar walaupun we have exam tomorrow.




we??




YES!




me and husband are going for mtest tomorrow.




tak tahu mtest tu hape??





alaaaa, test tuk kpli tu la which every year i took. even though im now in master programme. saja terai test la kan..dah la tu apply for sjkt. hehehe..a bit funny and
cute, my husband also apply for it. hahahaha..basically my mOm beli
the pin number for all of us. me, husband and my younger brother.



my hubby saja nak terai test kehebatan dia menjawab soalan-soalan tu yang saja apply. walaupun lepas beberapa minit isi borang kpli dah sibuk fikir pasal nak jadi cikgu. camne nak mengajar budak-budak. hahaha..comeellll!!





opps! ive gone too far away from the main topic that im going to tell u here. hehe..




on the day we were hunting for a house. our home. erm, 3 weeks after get married. i was quite terkuzut dan silent a lil while when husband told me that he planned to move
out and find our rumah kelamin. sedih sangat-sangat tapi i didnt tell him my feeling instead just agreed.








but, yes when u get married, kena la ikut husband kan. pity him kena ulang alik from office and my home for almost 2hours. sampai rumah kul 2-3 pagi. pastu pagi dah keluar lagi pegi opis.




actually, i had no idea where to stay and
just agreed with husband's suggestion. he wanted to stay
at kota damansara and i agreed without any objection coz it's TOO NEAR with IKEA+ THE CURVE!!!!




hahahaha!!!





i was planning to go there everyday tau!




but sadly, the house TOO EXPENSIVE for us to rent. actually for me. coz, i need to pay a lot for my master fees since i don't apply or get any sponsorship or loan plus im not working. But husband said it's ok and no need to worry. Tapi dia lebih kesian kan at his wife yang terpaksa ulang alik too far from U. so he suggested to find a house near my U then it would be easy for me to ulang alik. Biar dia yang jauh but not his wifey.

hehehe..suweeett! ;)





after google and search online, we found this house. actually husband dah contact the tuan tanah and planned to meet her at 700pm on the same day. this is the first house me came and i totally fell in love with this house! love the environment. very sejuk dan
nyaman! plus bersih dan masih baru!







see! cantik kann??? this is the view in front of my house. walaupun balkoni kami menghadap swimming pool and not this area tapi keluar pintu rumah still boleh tengok dari tepi.. ;)






inside the house..








the kitchen!







sangat berhabuk dan berdebu! rumah ni sangat baru and no one pernah menyewa sebelum nih. we are the first one! sedih betul kena kemas rumah nih. mengemop sampai sakit pinggang. huhuhu..pun masih tak hilang-hilang habuknya..kena beberapa kali baru hilang dan ok.




okay. all the pic are before we enter the house. hari pertama masuk. now, kita masuk bab hari pertama atau minggu pertama di rumah baru.



JUNE 2010



if im not mistaken, kami tengok rumah on wednesday
and on saturday terus
pindah masuk!






sedih my mom masa tu. she kept calling her sisters mengadu. hehehehe





our living room. hahaha..sedih siut. pakai bidai yang kami beli awal-awal sebelum masuk plus langsir aku masa kat hostel U dolu dolu..

dear hajar n fatin, mesti korang ingat lagi dengan langsir biru nih ka
n?? together with my blue pooh bedsheet. hahaha!!




i told you!! i love blue not pink! read here


ini kitchen ku.


sedih je tengok. hahaha..pakai alas kotak je.

oh, tu suma hadiah kahwin. tengkiu so much to all my friends yang
bagi hadiah. semua best-best dan masih ada yang tak dapat nak pakai lagi. yolah, sampai 3 rice cooker aku dapat. hahaha..xpe-xpe. sangat bersyukur! ;)





we had several friends yang datang rumah ni on the first week and now. i love invite friends to come and treat them with delicious food walaupun masakan ku tak la sesedap mana. plus with chocolates! hehehe




sapa-sapa yang pernah datang dari masa hanya ada tikar dan meja study abc yang kecik as a dining table dan ruang tamu yang hanya berlantaikan tiles mesti rasa teruja dengan rumah kami sekarang... hehehe




as i warning them, kalau datang our home now mesti korang semua tanak balik!



hahahaha!!





okay, this is my lovely 'aquarium'





cumeelllll!!




haruslaa sendirik puji laa kannn ;))






plus my favourite magazines. ini meja kopi kami. agak besar dan panjang and kena letak ditepi coz nak bagi ada ruang sedikit depan sofa..





jam tu hadiah dari my dearest fatin. ;) dan bekas lilin warna merah tu dari husband's friend, maria. bekas lilin depan tu aku tak ingat dari sape..tapi my friend juga rasanya. hehehe..banyak sungguh hadiah kami dapat. besh besh! yang lilin aku dah bakar tu beli kat ikea for hantaran. letak di dulang hantaran untuk husband. hehehe..ada gunanya lilin tu. my mom in law pakai aritu takde karen masa banjir teruk kat kangar. huhuhu..



ok. lets move..




and now....






presenting to you






jeng jeng jengggg..!!!!!








tarrraaa!!!





my favourite bantaaallll!!! haruslah ada pink kan??? ;) oh, nasib baik tak jumpa sofa pink. kalau tak mahu ku sujud merayu kat hubby suruh beli..





muahahahhaha!!!








sofa ini pilihan aku sebab mengikut tema kaler dinding yang memang dah sedia cat warna coklat kekuningan sikit.. my husband didnt really like this sofa sebab warnanya tak berapa cantik dimatanya. haha..





actually my husband prefer sofa kulit or pvc yang bg aku agak keras dan tak sesuai nak buat lepak-lepak or tido-tido. hehehee..




husband nak sofa yang nampak exclusive.




but i reaallly love this one coz its too comfy and i prefer to sleep here instead in the bedroom! yelaahhh, aku kan kena selalu tinggal sensorang. so boleh la jadi bedroom juga hape kat ruang tamu nih. hehe..








this carpet aku beli kat kampong masa husband ke Padang last week. sangat selesa karpet ni tau! tak caya tanya yang dah datang rumah aku. hehehe... statement poyo la pulak. ;D




btw, carpet ni sama dalam satu movie boat trip. kebetulan! hehehe..murah je pun. tak sampai RM100. tapi sedih bila rumah banjir hari tu dan karpet ni habis basah lencun. tak jadi suprise kat husband. ;(







our new tv. takde lah nak beli sampai 50 inci ke hape kan. dapat 32 inci pon dah bersyukur! ;) on the same day aku picked up husband kat lcct tu, kami terus shopping suma-suma nih.






cantik tak bunga nih??? hehehe..beli kat romantika, shah alam. lampu ikea tu beli sebelum kahwin for my pelamin. ada dua. satu tinggal kat kampung. ;D



langsir ni aku beli masa minggu pertama ke kedua ntah. di jj depan rumah with my friends. tak tahan woo pakai langsir jarang n bidai tu saje. huhuhu..orang boleh nampak dari luar.




actually, aku lupa nak snap our living room sebelum transform jadi macam ni. ada tv kecik yang di sedekah kan oleh adik aku. haha..tv kecik dia buat main ps.



rasanya ada pic tapi malas pulak nak korek cari-cari. nak upload dan siapkan entry ni pun dah sejam lebih. now dan 3 plus am. huhuhu




while watching my favourite tv show, how i met your mother! ;)


oh, forget to mention, i have my own workstation!!! ;) hehehe..husband beria sangat belikan meja, lampu study dan kerusi for me. yayyyy!!! plus ikea maliiiiii!! ;)


nanti i update lagik ye!




okaylah all. im going to sleep now.




wish us luck for tomorrow!


hihihi





Thursday, November 4, 2010

surprise tak menjadi?

uh, aku ni suka tul buat title entry dengan ada question mark. hahaha..


hari ni pepagi bangun kalut nak ke fakulti. ada diskusi. dari pagi sampai laaa ke petang. letih!


actually, since husband takde, aku merancang nak surprise kan sedikit kat dia. Bukan apa, just ubah beberapa barang dalam rumah, beli beberapa barang baru dan susun jadi lebih menarik kedebaboomm!


uh, dun wory. aku rasa dia takde masa nak baca blog aku ni kat sana. ;)


hahaha...tapi sofa belum ada ye. later later la sebab aku rasa sofa akan menyempitkan lagi ruang yang cukup kecik ni. sementara masih berduaaa ;)



aku ada beli balang kaca bulat plus seekor ikan emas yang boncit tu...comel je kaannn..


naakkk sangat bela kucing. huhuhu..anak kucing kekecik tu. comel je kalau ada kucing kan..besh..tapi sape nak sedekah anak kucing kat aku ek??


kalau ada anak kucing comel, bagila kat aku..sekor pon jadilaaaa


oh, balik citer pasal ikan tu...


tapi belum sempaat laaa husband aku balik tengok, ikan tu mati daaa pagi tadi masa aku dok kalut-kalut tu. huaaaaa!!!!! sedih plak. sebab ikan tu laaa jadi kawan aku. dia pemalu. kalau aku datang dekat dengan balang tu dia akan menyorok. hehehe..tapi dah mati la pulaaakkk.. huhuhu..kalau sempat boleh beli lagi ikan tu tapi aku tak tahu kedai ikan kat mana area rumah nih.. sedih betol.


nak ambik gambar pun tak sempat tau! sob sob sob



akan ku cari pengganti mu ya ikan! ;)


Wednesday, November 3, 2010

Hobi dan cuci mata



Tadi keluar ke kedai. Mencari surat khabar. Ingat kat husband. Dapat baca cerita dan tulisan dia pun jadi la. hehe. Tapi, dah pukul 6 petang baru nak cari memang susah la nak jumpa. Paper ni pulak memang cepat aja habisnya.



Tapi, kalau dah kata rezeki di beri dan diizin Tuhan, ada aja kan? hehehe


Jumpa la kedai majalah.siap ada jual buku lagi. Sekali tu terjumpa beberapa majalah pasal photography. adeh. sangkut dah mata kat situ. sebab aku keseorangan dan tak suka nak lelama masa tu, makanya aku rembat hampir 5 majalah pasal photography. Tapi bila selak-selak balik, aku ambil mana yang betul-betul banyak infonya. Dari 5 turun jadi dua.






Tapi, bila dah sampai rumah, yang aku baca bukan dua majalah tu tadi. tapi yang ini!







hehehehe...cuci cuci mata dulu. eh, banyak hape info berguna dalam ni..kan kan?? hihihi


Sent from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers