Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Kena ambil kesah

Assalamualaikum,







seorang wanita berkata,


"saya kini sudah tidak bertudung, tapi pakaian sahaja yang berubah, iman saya tidak berubah! hati saya tetap baik"






seorang ustaz menjawab,


" oh..macam tu, takpe lah. Neraka tu tak bakar iman, tapi bakar badan!"





#Kempen Aurat Saya Maruah Saya

Tuesday, March 20, 2012

Dulu dan Sekarang (v.1)




Assalamualaikum,



Tiba-tiba dapat idea nak buat satu entry bersiri. eceh! Biasanya wordless wednesday kan? untuk siri baru ni aku letak "Dulu dan Sekarang" dan berkaitan tentang apa saja isu yang terfikir oleh kepalaku.





to all ladies, ingat tak dulu-dulu macamana korang semua pakai tudung?masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang? cuba ingat balik.







aku malas nak snap pic aku sendiri dalam album lama-lama tu. so aku google. jumpa la gambar-gambar ni..










lebih kurang macam ni la fesyen kita bertudung dulu kan? sempoi je..





pakai pin kat tengah, then simpul depan dengan kerongsang khas. sekarang takde jual kot kerongsang cam cincin tu. masuk tengah-tengah. kadang-kadang xpakai pin kat leher pun..sarung je kerongsang cam cincin besar tu sampai kat leher. ingat tak?




tak pun fesyen ikat tudung kebelakang. klaka je rasa. nak cepat so pakai jelah macamtu.






sekarang dah datang balik fesyen ni kan?pakai tudung nampak leher. tak pun, pakai ikat belakang (mcm turban tu) then tutup leher dengan selendang lain.










pastu masuk universiti pakai tudung bawal. masa tu macam-macam trend tudung bawal ada. tudung siakap je takde. bawal 1 la..bawal 2 la..bawal korea la..bawal kelantan la..bla bla bla..pastu dari bersulam sampai ke berbatu kilau. dari selapis jadi berlapis-lapis batunya. pastu lawan tudung sapa paling nipis kan?paling banyak batu..sebab tudung paling nipis, paling banyak batu dan paling besar sulamannya adalah yang paling MAHAL. hehe..


sulaman tu panggil kerawang la..lupa plak




huhu



macam juma pakai ni kan? sempoi je sebab tak banyak sulaman dan batu.











sekarang dah macam-macam fesyen tudung yang ada. kalau rajin, pakai la belit-belit pusing sana pusing sini.. kalau nak senang dan sempoi, pakai tudung sarung je. Yang berawning la..yang awning separuh la..macam-macam!



suka tengok yuna pakai macamni..









aku suka juga pakai selendang. tapi sejak ada anak ni, kadang-kadang je rajin nak pakai. most of the time, pakai tudung sarung yang takde awning. trend tudung sarung sekarang yang lembut je takde awning..senang takde nak kelepet ke kemek ke..dan jimat masa untuk bersiap! gosok pun tak payah!











cantik wardina dan catriona ross (eh betul ke ejaan camni?) pakai tudung macam ni kan? lagi cantik sebab tutup sampai kedada.



subhanallah..



yang baik jadikan ikutan, yang buruk jauh-jauhkan.


insyaallah (^,^)





p/s: semua gambar diambil dari google.



Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday (v.19)





so true!




p/s:sehari dua kali entry wordless wednesday..hehe

Wednesday, February 29, 2012

whyyy laaaa?!?!!

Assalamualaikum,



antara perkara yang berlegar-legar dalam kepala otakku..




1- why it is so hard for people to remember my name correctly. or even pronounce correctly. it is not so hard. IZANI, IZYANI, IZAN, ape lagi yang keluar dari mulut diorang. Nama aku hanya I.Z.Y.A.N. that's it! susah sangat ke?confuse betul aku. *sobs



sebab tu aku prefer orang panggil ez (sebut as ezy laa..) kalau tak reti gak tatau la nak kata ape lagi dah..





2- why eh everytime sesi introduce diri..my name bla bla bla..im not working and fulltime housewife bla bla bla. people will ask me this question --> ur husband kerja apa ek?




takde soalan lain ke nak tanya??haih..



sebab nak tau laa camne aku leh mampu sambung master fully self-sponsor ek??



sebab bila sesi taaruf antara satu sama lain, aku tak pernah tanya laki kau orang kerja apa ke bla bla..so kenapa nak tanya laki aku kerja ape the moment aku cakap im not working?? whyyylaaaa??





3- whylaaa aku boleh 'berkenalan' dengan manusia yang sebeginiiiii?? sorang 'cik akak' ni boleh nak tanya aku macam-macam padahal baru je jumpa first time masa dalam kelas.




" nape u amik master hrd ek?sedangkan degree u more to admin?"




"u nak kerja ape?ape future plan u??"




"kalau nak masuk HR, mesti dorang amik budak degree HR. kalau u master HR pun payah diorang nak amik u masuk sebab degree pun bukan HR. master HR tak berani diorang nak amik. by luck la kalau u boleh kerja bahagian HR" - ini jawapan dia bila aku cakap nak cuba apply kerja dalam bidang 'industry'.





"kalau u jadi lecturer ape subject u boleh ajar??"-aku pun dengan lurusnya jawab ape subject yang boleh aku ajar dan ape yang aku tak boleh ajar..ini pun lepas aku bagitahu aku pernah jadi cikgu.




pastu siap cakap dengan nada sinis..




"ai tak tahu la u all muda-muda ni sambung belajar master..budak tu (refer to one of young phd student) muda-muda dah amik phd mesti orang takut nak amik dia kerja. tatau la kalau dia boleh jadi lecturer.."



masa tu aku blur je. Bila dah dalam kereta drive balik rumah, termenung panjang aku memikirkan ape cik akak tu cakap. =(



macam-macam la manusia ni kan..




4- pasal si erykah badu? tatau la kalau ada konspirasi orang sengaja nak sabotaj konsert dia by sebarkan gambar dia bertatoo nama Allah tu kan. Tapi dia tetap sudah menghina ISLAM dan ALLAH. whyyyy artis sebegini di'approve' concertnya di Malaysia at first. whyyyy tak buat 'kaji selidik' dulu??


then, whyyyylaaaaa sesetengah artis malaysia ni dok bela dia? dia dah hina Islam, hina Allah...kalian bela untuk apa? untuk tunjuk keterbukaan kalian?it's about music and art?? kalau dah salah tetap salah. haram tetap haram. apa pun tidak akan menghalalkan sesuatu yang memang sudah terang haram dan berdosa. enuf said.





hmm...






Tuesday, February 21, 2012

isteri saya tak bekerjalah!

Assalamualaikum,


satu status facebook yang menarik untuk dikongsi bersama. dishare oleh my friend. status ini diambil dari Eija Imran..



ISTERI TIDAK BEKERJA?

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Isteri pula? ... ...

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah.

Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!



apa pun, kenalah hargai isteri tu.. bekerja bukan kewajipan untuk dia. walaupun sekadar suri rumah tapi itu tetap satu pekerjaan yang sangat mulia =)


have a nice day!



Sunday, February 19, 2012

Jujur aku dayus?

Assalamualaikum,


sebenarnya dah lama aku tak berkesempatan nak tengok drama. Tengok tv pun jarang-jarang sebab aku bukan kaki tv. Selalu layan movie ni bila dengan hubby. Dia dah duk jauh so aku pun tak berminat nak tengok..melainkan sesekali bila dah tatau nak buat apa..


malam sabtu, tengok title cerita macam menarik. layanlah..


dah lebih separuh jalan cerita masih tak faham-faham lagi. ape punya cite nih?? tapi hati still lagi nak tengok sampai habis..



dah nak hujung cerita baru faham..



Ya Allah....bagusnya suami tu. Rupanya dia menahan gelodak jiwa tentang aib si isteri. Pengajaran yang sangat bagus!



sinopsis cerita:

Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.



sumber dari sini (silah lah download kalau suka)



rupanya yang menyebabkan si suami accident tu bila dia balik tengok isteri sedang tidur dengan lelaki lain (xbf isteri) atas katil mereka. huhuhu...lepas lafazkan cerai pada si lisa (nora danish) dia cakap kenapa dia accident suma tu..then lisa pun cakap la (flashback) apa sebenarnya yang terjadi ketika tu..dia diberi ubat tidur@dadah ke ape tah masa jumpa mamat tu..dan tak sedar kena rogol. huhuhu..si suami jadi macam hilang akal dan berdiam diri tanak cakap ape pun punca dia berubah..semata-mata menyembunyikan aib si isteri..




semoga sama-sama kita ambil iktibar.. =)





Monday, January 16, 2012

Random Ramblings

Assalamualaikum,


I've various kind of stories to share today..



1- just went to clinic for aisy's monthly check up. Untuk check up 4 bulan takde injection so it took only 5-10minutes to settle. even on monday :D. Alhamdulillah..everything just fine. Berat aisy naik ke 6.4kg. Tinggi@Panjang naik ke 66cm. Oklah kan..now lil pumpkin tengah lena tidur.
aisy masih tak berapa nak isap botol. jenuh dah aku pujuk..kadang-kadang mahu. datang gedik dia nak ngempeng je dengan maknya. jenuh aku nak tinggal nanti kang. hari ni aku bagi dia minum dengan picagari khas tuk baby..meronta-ronta dia menolak picagari tu tapi banyak gakla yang diminum. My mom kata dia ikut perangai aku la ni sebab aku dulu pon tak mau isap botol juge..kihkihkih.. aisy aisyyyy..





2- seriously i need to do something bout my weight. arghh..duduk kat perlis makan sesedap. Balik selangor bila timbang, naik juling mata aku tengok kat nombor tu. Hopefully boleh la turun balik dengan jayanya..tengok gambar aku beberapa bulan before kawen, alahai....kurusnyaaaa!! beza la dengan sekarang. Itu pun dulu aku rasa aku dah cukup gemokkk nak kawen. pas kawen dan beranak ni berat bukan main. Hubby looks younger and younger everyday..aku pulak nampak macam dah tua sangat. ok, i need to exercise a lot. maybe start with boxing kot?hahaha..coz kat rumah ni ada punching bag dan ape namanya sarung tangan dia tu..adik bongsu ku punya.. boleh la kuruskan aku sambil lepaskan tekanan.. eceh! ;)





3- satu pengajaran untuk kita semua. let me share the story k. ada seorang isteri ini telah kematian suaminya secara tiba-tiba ketika sedang tidur. Begitu senang kematian arwah ini. Bukan itu yang aku nak highlight kan ye.. sebab semuanya secara mengejut, si isteri ini memang tak bersedia dari segi mental dan apa saja bila si suami pergi secara tiba-tiba. Semua sedara mara dan adik beradik si isteri datang menziarah dan solat jenazah beramai-ramai. Lepas sahaja dikebumikan, semuanya pakat balik yang tinggal hanya kakak si isteri yang tinggal berdekatan. Jadi kakak isteri itu lah yang banyak menolong buat persediaan untuk tahlil dan sebagainya.. Yang lain macam takde datang jenguk ke ape lagi dah. Masing-masing duduk taklah jauh mana pun..


Bukan nak burukkan (coz i did not mention siapa kan? untuk PENGAJARAN) tapi masa si suami masih hidup, mereka agak jarang balik kampung menziarah orang tua. Kadang-kadang bapa isterinya sakit sampai masuk hospital tak jugak balik jenguk. Bukanlah jauh mana pun. itu ibu bapa. Apatah lagi adik beradik. Jumpa pun kalau time raya yang setahun sekali. Abang kakak sakit takde nak balik ziarah ke ape..memang life mereka hanya keluarga mereka saja. Tak ambil peduli lansung dengan hal keluarga..

Jadi bila dah macam ni, adik beradik isteri semuanya macam tak kesah atau ambil peduli pada dia. Bukan sebab nak balas dendam, tapi dah mereka sendiri tak nak jaga hubungan @ silaturrahim, jadi orang lain pun macam ingat-ingat lupa lah pada dia kan. hmm...pengajarannya, sementara kita masih hidup ni..hargailah keluarga dan sedara mara kita. Kalau abang sakit, baliklah ziarah. Even kakak ipar kita meninggal ke, baliklah ziarah. Kena jaga hubungan tu baik-baik. Tak kira la keluarga isteri ke keluarga suami ke.. Silaturrahim tu jangan dikeruhkan. Jangan benda kecil diperbesarkan sampai jadi dendam antara satu sama lain. Adik beradik sepatutnya bermuafakat. sama-sama ambil iktibar..







4- Baru-baru ni tengok drama MR. LABUCI. Salah sorang pelakonnya cik ta ni. Pakaiannya memang tak kena langsung. Ketat bukan main. Aku rasa dah jadi trademark cik ta ni pakai baju ketat-ketat. Baru-baru ni juga dia pakai mini skirt lagi nampak paha. hmm..kalau dah terang lagi bersuluh yang anda tu memang salah dengan pakai seksi belah sana sini. Tayang paha dada bagai, tak yah la cuba nak pertahankan tindakan anda itu betul. meh aku nak share satu status kawan aku ni..


Ini antara jawapan cliché orang yg berpakaian seksi,xkire la artis ke bkn artis..same je..:

"Selesa berpakaian begitu" - NANTI PAKAI PAKAIAN DARI NERAKA SELESA KE IDOK?

“Jangan nilai seseorang melihatkan pada pakaian” - DARI PAKAIAN LAH BOLEH TAU NILAI PERIBADI & IMAN SESEORANG WANITA MUSLIM

“Keluarga lebih mengenali saya” - KELUARGA AWK 2 X 5 JE ..

“Saya tidak mahu hipokrit, inilah diri saya yang sebenarnya” - U LA HIPOKRIT..DIRI SEBENAR MUSLIMAH TAK MCM TU..

” Maaf, saya mengikut kehendak pereka fesyen” - BILA NAK IKUT KEHENDAK AGAMA??

“Jangan menilai kita daripada pakaian sahaja” - ITU PENILAIAN PERTAMA DIBUAT BAGI MENGGAMBARKAN PERIBADI MUSLIMAH ..(AWK ORG ISLAM KAN? KE DAH TUKAR AGAMA??)

“Seksi itu subjektif” - NERAKA ALLAH OBJEKTIF ..NAK MASUK ATAU TAKNAK??

“”Itu urusan antara saya dengan Tuhan” - ORANG ISLAM YANG LAIN WAJIB MENEGUR!! NNT KO DAH MATI , KAMI2 GAK YG NAK URUSKAN JENAZAH KO..BKN KO BLEH MASUK KUBUR SENDIRI PUN!!

“Saya berpakaian seksi tapi saye bukannya pelacur, saya tahu jaga nama baik keluarga saya” - DAH MCM PELACUR JE..JAGA NAMA BAIK KE KALAU ORG DOK CKP MAK BAPAK X AJAR??

“Apa yang saya pakai, itu hak saya” - HAK ALLAH BAGAIMANA???

Ada VIP offer saya jadi teman ranjang, tapi saya masih tahu nilai-nilai sebagai wanita ISLAM…Jangan ingat kerana saya berpakaian seksi saya tak tahu halal haram..!” - WAH3!!!! PAKAI SEKSI TU HALAL KE HARAMM???




betul jugak kan? entahlah..doala semoga ramai artis ni berubah kembali ke pangkal jalan. Mereka ni banyak yang dijadikan idola oleh anak muda. Tapi kalau macam ni gayanya..memang bawak pengaruh yang negative.



ok lagi satu isu pasal dalam drama MR. LABUCI tu, suami jadi surirumah dan isteri keluar bekerja. Satu topik yang menarik. Aku pernah juga tengok rancangan Dr. Fadzilah Kamsah pasal isu nih. hmm..aku pun tatau camne reaksi aku kalau hubby tak bekerja. Agak payah jugakla sebab aku pun tak bekerja. Mau kami makan pasir gamaknya. haha.. Tapi ada betul nya juga kalau isteri yang keluar bekerja dan suami duduk rumah, lama-lama nanti isteri jadi tak hormat pula pada suami. Sebab tanggungjawab cari nafkah adalah suami. Melainkan kalau suami tu ada kemudaratan seperti sakit yang kronik ke kan.. Boleh je kalau suami tu duduk rumah tapi at least buatlah sesuatu untuk cari nafkah. Sekarang zaman dah moden, duduk rumah pun boleh jana pendapatan beribu-ribu kalau kena gayanya. SHOPPING ONLINE pun dah jadi pilihan orang ramai sekarang kan?



kalau suami duduk rumah tak bermakna isteri boleh pijak kepala. Suami tetap perlu dihormati. Dan suami pula jangan take for granted bila isteri dah bekerja. Kena ada give and take lah. Saling tolong menolong. Suami duduk rumah tolong jaga anak dan kemas rumah..isteri keluar bekerja. Rasanya takde masalah. at least buat sesuatu. Sama jugalah..kalau si suami keluar bekerja, isteri duduk rumah tak buat ape. Anak tak terjaga, rumah macam tongkang pecah. Bini dok ngorok tidur tak pun gila berinternet. sure berbulu je laki tengok camtu kan? so kena lah saling tolong menolong...itu namanya perkahwinan.


Dan bila dah dua-dua bekerja pun kena la sama-sama buat kerja rumah. Jangan hanya lepas tangan kat isteri. Nak cari nafkah pun isteri, nak jaga urus anak pun isteri, nak kemas rumah pun isteri. Suami hanya goyang kaki mintak..... yangggg!! kopiiiii!!!!


betul tak?



jangan beri alasan, ala....kerja rumah tu kan tanggungjawab isteri. Habis tu tanggungjawab beri nafkah?pakaian, tempat tinggal, makanan untuk anak bini suma bukan tanggungjawab suami sepenuhnya? ha...isteri bekerja tu dah cukup bagus nak tolong bagi keluarga hidup selesa, jadi janganlah 'dera' isteri mental dan fizikal macam tu kan?



oklah..sama-sama kita ambil iktibar ye :)




notakaki: si kecik ni tak leh tido lama btul. jenuh aku nak siapkan satu entry nih..










Wednesday, January 11, 2012

private hospital vs govt

Assalamualaikum,


tiba-tiba timbul idea nak buat entry tentang tajuk ni. puncanya tadi ada junior tanya soalan ni mana yang lebih baik, hospital kerajaan atau swasta untuk bersalin nanti.. dan aku pun berikan pengalaman aku untuk jadi timbang tara beliau..


ini pendapat aku berdasarkan pengalaman yang dah aku lalui dan juga mungkin pengalaman kenalanku. Kita semua ada pengalaman berbeza kan..


actually, aku tak berpihak sangat mana-mana. Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Kalau aku ada banyak duit, takde masalah nak abiskan beribu-ribu kat swasta. Paling koman 4-5 ribu tu dah pasti. depends which private hospital u prefer.


kita cerita dulu pasal govt hospital. if based on my previous experience, of course aku tak mahu beranak di hospital gomen kat kampung aku ni. i admitted 9 days during my early pregnancy. Masa tu masuk wad bersalin jadi aku tahu how they treated perempuan nak bersalin and their newborn babies. Banyak perkara yang aku tak suka. Macam masuk wad tentera pun ada gayannya. Kena jerkah, maki, herdik, etc. Aku cuaklah..dah la ada yang baru pertama kali beranak kan. Takde pengalaman nak pegang baby macamana. Nurse bukan nak ajar, tapi diherdiknya si ibu. Bukan semua nurse begitu, hanya segelintir. Tapi tang segelintir tu yang aku tak gemar. Dan aku dah kenal kebanyakan nurse kat wad tu. Ada yang sangat baik, tapi kebanyakannya memang begitu mereka treat pesakit.


Makanya, aku bercakap berkali-kali after keluar hospital tu yang aku tak nak beranak di hospital tu. Never ever!


Tapi dah aku buat check up kat kk area ctu juga makanya doktor ctu suruh aku admit wad bersalin di hospital yang aku dah penah masuk dulu. aku berkali-kali merayu kat doktor tu tanak..nak ke hospital sg buloh jugak. tapi doktor kata takut tak sempat. huhuhu..so dengan muka tensi nya aku ke hospital tu juga....


hmm...aku duduk situ sehari semalam. still takde bukaan walhal doktor kat kk kata sudah 3cm. doktor kat hospital siap marah aku kenapa aku datang situ..sengal kan? nasib baik doktor kat kk tu dah bagi surat siap-siap. hishh..


then, after sehari semalam still tak beranak, aku cakap please send to sg buloh. then doktor setuju tuk induce aku di sungai buloh. Makanya aku naikla ambulance dengan hubby. Mungkin Tuhan tak izinkan aku beranak kat hopsital tu..aku memang doa tanak beranak kat ctu..nak kat sungai buloh jugak..



bila sampai sungai buloh, aku masuk satu tempat ni macam emergency room di wad bersalin ctu. buat ctg dan seluk bagai..aku disuruh tunggu sebab labour room penuh. masa tu aku dok usha-usah la wad tu..memang luas, selesa dan sejuk. husband boleh jumpa aku anytime. takde la kena marah and halau dengan guard. kat hospital aku masuk dulu tu siap kena halau dengan guard aje. bukan jumpa dalam wad pun. diluar wad pun kena halau. betul-betul aku tak paham..


bila labour room dah kosong, aku diarahkan masuk. memang selesa dan luas. aku sorang aje dalam bilik tu. memang macam swasta. doktor ramai masuk. nurse pun sama. bila dah mula rasa sakit tu aku dibiarkan sorang-sorang..tapi sekejap-sekejap nurse akan datang check. aku tak kesah pun ditinggalkan sebab belum nak beranak pun. pastu nurse siap suapkan air lagi bila aku kehausan. huhuhu..


yang tak best nya bila nak meneran dan beranak tu..doktor dan nurse pelatih dok marah dan perli-perli aku kata aku tak reti meneran la ape. tak boleh cakap macamtu sebab effect psychology kita kan...bila doktor pakar datang..senang je baby keluar..dia siap support aku lagi..dan suruh hubby support sama..huhuhu..


yang bestnya..suami memang boleh masuk dan digalakkan masuk teman isteri dalam labour room tu.. da abis kua baby suma, time menjahit...aku rasa agak kemas la jahitannya walaupun doktor pelatih yang buat..


bila diwad, aku diberi bilik 2nd class yang agak selesa. hanya 4 orang dalam satu bilik yang agak luas. ada privacy sebab boleh tutup langsir keliling katil kita.. bab makanan memang tip top lah. macam kat hotel. aku bantai je semua even lauk yang orang bersalin kena pantang. hehe.. doktor tuk check baby pun ok. cuma ada la yang kurangnya tapi not major things pon. bagi aku amat puas hati dengan service kat ctu. doktor datang check pun oklah..sangat peka. aku ada masalah jantung sebab hilang darah banyak..jantung laju. tapi takde ape yang serious pun..



bayaran yang hubby bayar cuma 92 ringgit untuk seminggu kat situ.. total kos aku disitu sebenarnya 2k lebih tapi sebab katanya ada subsidi ke ape tah..so bayar 92. kalau aku bagi surat student boleh free tapi ala bayar jelah kan..xbanyak mana pun. yang keje gomen bagi GL dah tak yah bayar pape.


kalau ada duit banyak takde masalah nak masuk private.. tapi make sure la hospital tu betul-betul bagus servicenya sebab dah bayar mahal..kalau service tak bagus lebih baik masuk gomen je.. lagi pun kalau kita boleh dapat service baik di gomen, bagi aku tanak la membazir masuk private. cuma tu lah...kalau diswasta, hubby boleh temankan setiap masa.. macam aku aritu pas beranak duduk lama kat wad..aku sangat perlukan hubby ada setiap masa. aku sangat lemah pas beranak aritu..tambah demam urat/bentan..pastu badan tak kuat..nak kena dukung baby bila dia nangis suma..jadi agak susah lah.. huhuhu.. cuma aku agak bertuah sebab ramai nurse termasuk nurse pelatih yang rajin tolong aku jaga aisy masa kat wad. Kadang-kadang aku memang tak larat dah nak pujuk dia..nurse datang tolong dukung dan pujuk aisy sampai tido.. so okay lah.. :)


tapi bila tanya cousin, ada yang dapat pengalaman tak best kat hospital sg buloh tu. tatau lah aku kan.. tapi aku bersyukur sangat ok je bila time aku. sikit-sikit kurang tu takpelah asalkan tak serius mana..



jadi kesimpulannya, kalau nak bersalin kat hospital gomen, make sure la hospital tu okay servicenya.. sebab tak semua hospital gomen bagi service yang sama.. :) begitu juga swasta.. kena survey dan tanya orang keliling. kalau takat beranak, then pas baby poo and kencing boleh balik takde masalah. kena macam aku ni berkampung dekat seminggu..kalau service tak okay mau meroyan sorang-sorang kat spital tu kang... :D




hehe.. so all the best kepada yang bakal bersalin tu ye!


Sunday, December 18, 2011

Parenting is about Parents

Assalamualaikum,


aku jumpa ni di Official fanpage Wardina. Boleh search di facebook. Ini merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk kita kongsikan bersama, agar menjadi pedoman buat aku dan hubby serta kalian semua.. Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Menjadi contoh yang baik buat mereka..insyaallah.




....................


Benarlah kanak-kanak sangat jujur. Ketika dalam kereta Amna menegur saya, "Amna perasan Umi dah tak baca Quran sperti sebelum ni" katanya. Allah! Memang dia perasan, mereka selalu memerhatikan kita. Sejujurnya 1-2 hari ini saya sungguh sibuk! Terdiam saya, terima kasih Amna ingatkan Umi! "Betul Amna", jawab saya.Terima Kasih ingatkan Ummi" Saya pun berbual lagi dengannya, katanya "Untuk Amna jadi baik, Umi perlu tunjukkan contoh yang baik dulu" Allah, dah macam Ustazah. :) "Betul Amna" kata saya. "Maaf kalau Ummi buat salah" sebelum tu baru marah adik-adiknya tak reti duduk diam dekat belakang. "Apa lagi yang perlu Umi perbaiki?" tanya saya.

Kesimpulannya ada 3 perkara. Saya menulis untuk berkongsi dan pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan diri:-


1. Umi perlu bermain dengan lebih kerap dengan anak-anak Umi. :) (secara fizikal dan lebih banyak aktiviti "bersama" mungkin..)
2.Umi perlu menjawab apabila anak-anak Umi panggil (malunya, memang betul, kadangkala kita menyuruh anak-anak menyahut, tapi kita yang buat tak tau je bila mereka memanggil...Insafnya rasa)
3.Umi kena tunjukkan lebih kasih sayang pada Tiger (kucing kesayangannya, errrr....saya tak pernah ada kucing!)

Baik Amna! Terima kasih. Kesimpulannya, benarkan anak-anak menegur kita, kerana mereka sangat jujur! Minta maaf atas kesalahan kita, kerana percayalah kita memang BANYAK melakukan salah kepada mereka. Takut kita ni menjadi ibu bapa derhaka kerana tidak menunaikan amanah yang sepatutnya, seperti menunjukkan contoh tauladan yang baik melalui PERBUATAN. Teruskan memperbaiki diri , kerana mereka melihat setiap apa yang kita lakukan!

Remember...parenting is about PARENTS!

Thursday, December 8, 2011

aww!!! suweetnyaaaaa..!!

Assalamualaikum..


meh nak share satu story. rasanya ramai yang dah baca kot. takpe nak share jugak untuk simpanan aku. nanti bila bosan boleh baca lagi..



..........................

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.




Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.



Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.



“Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”



Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?



Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?”

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.


Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”



Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:

.
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.”


Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

.
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

.
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

.
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

.
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”



“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.




Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers