Showing posts with label TV Show. Show all posts
Showing posts with label TV Show. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Jujur aku dayus?

Assalamualaikum,


sebenarnya dah lama aku tak berkesempatan nak tengok drama. Tengok tv pun jarang-jarang sebab aku bukan kaki tv. Selalu layan movie ni bila dengan hubby. Dia dah duk jauh so aku pun tak berminat nak tengok..melainkan sesekali bila dah tatau nak buat apa..


malam sabtu, tengok title cerita macam menarik. layanlah..


dah lebih separuh jalan cerita masih tak faham-faham lagi. ape punya cite nih?? tapi hati still lagi nak tengok sampai habis..



dah nak hujung cerita baru faham..



Ya Allah....bagusnya suami tu. Rupanya dia menahan gelodak jiwa tentang aib si isteri. Pengajaran yang sangat bagus!



sinopsis cerita:

Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.



sumber dari sini (silah lah download kalau suka)



rupanya yang menyebabkan si suami accident tu bila dia balik tengok isteri sedang tidur dengan lelaki lain (xbf isteri) atas katil mereka. huhuhu...lepas lafazkan cerai pada si lisa (nora danish) dia cakap kenapa dia accident suma tu..then lisa pun cakap la (flashback) apa sebenarnya yang terjadi ketika tu..dia diberi ubat tidur@dadah ke ape tah masa jumpa mamat tu..dan tak sedar kena rogol. huhuhu..si suami jadi macam hilang akal dan berdiam diri tanak cakap ape pun punca dia berubah..semata-mata menyembunyikan aib si isteri..




semoga sama-sama kita ambil iktibar.. =)





Tuesday, November 29, 2011

saya suka MLM!! mai mai!!

Assalamualaikum,


anda suka MLM??





saya sangat suka dengan MLM. meh nak promote kat anda suma!! meh join mehhhhh!!!





manyak syookkkkkk!!






ada untung tadak rugi maaaaa....















bukan Multilevel Marketing doh!



Maharaja Lawak Mega. setiap Jumaat malam sabtu. hehe..dulu layan Maharaja Lawak and now MLM pulak. At first, aku memang tak suka nak layan show nih. plus kat kg aku takde pakej mustika nih. Tapi bila duk umah mother in law, ada channel ni so melayan la reramai. memang syok lah. Masa maharaja lawak la best. jambu, jozan dan ape tah lagi kumpulan lain. hehe..lupa dah.



bila lawak memang syok gelak tapi bila tak lawak aku rasa macam nak baling je kat tv tu dengan buah pelam. apakah? yelah kadang-kadang layan show tu sambil ngap buah pelam. tapi nanti jahanam pulak tv. hehe..





bila maharaja lawak ni pun sama..kebanyakan yang masuk adalah pelawak yang memang dah ada nama. sama ada pelawak baru atau lama..masing-masing cuba tunjukkan skill masing-masing. Paling aku suka kumpulan BOBOI, Osbon, PiMai. Yang lain agak kureng lah..memang stress jadiknya bila memasing macam over confident. Yelah, pelawak yang dah ada nama, ada pengalaman, so diorang rasa mungkin diorang tu lawak kot.






Bukan nak condemn, tapi sebelum buat lawak..fikirkan implikasi idea yang bakal dipersembahkan tu. Ada bagi bad impact or not. Yang gunakan agama sebagai modal untuk berlawak, tah hape-hape.Janganlah sebab tengok video ustaz bagi ceramah dok buat lawak maka anda rasa yang isu agama boleh dibuat lawak. kemonnnlahhh.. Kalau pelawak buat lawak pasal agama di pentas Maharaja lawak tu merepek namanya..tak kelako tapi rasa nak bagi penampo ado lah..



lagi satu, nak buat orang ketawa bukan mudah. silap silap dah jadi macam perbodohkan diri pulak. Dok kutuk dan menghina orang selalu dijadikan modal tuk berlawak. Mungkin ada yang boleh terima tapi ada yang tak. kena tengoklah orang yang di jadikan lawak tu. huhuhu..Then, janganlah plak gunakan pentas sebagai platform nak balas dendam kat orang yang kutuk bila lawak tak menjadi. Macam kumpulan gebu dan bp kot kalau tak silap. Bila orang condemn lawak anda, patutnya improve dan tunjukkan idea yang terbaik. Bukan pi bantai depa balik. Nak bantai, pi bantai kat channel lain cam fb ke blog ke paper ke. haddoiiii...!





wahh..jadi juri plak aku. hahaha..





tapi apa yang chef wan cakap tu rasanya banyak yang betul. Tapi ada part yang aku rasa lawak tapi dia rasa tak lawak. Cuma mungkin lebih baik kalau dia cakap bahasa yang lebih baik. Kasar sikit bagi aku cara dia cakap. Nanti jd macam adlin. Dulu bukan main jadi juri guna bahasa kasar mengutuk orang last-last bila dia perform sikit pun tak lawak. Takde sekali pun dia perform yang aku rasa lawak. Maybe ada la sikit bila dia jadi perempuan india tu. huhuhuh... Aku suka Jatt dr singapore tu yang komen. cool dan direct. taklah menyakitkan hati sangat kan.. ;)




ala..saja nak review show nih. kalau nak layan pi search kat youtube. syok layan boboi..last week best bila harun salim bachik jadi najwa latif. hahahaha.. penat aku gelak even berkali-kali ulang tengok. sengal sengal





apa pun ni pendapat peribadi aku yang hanya seorang penonton biasa.. lain orang lain pendapat. ye kan?







Sunday, August 28, 2011

iklan raya

ok. dah banyak entry cite pasal raya ni. hehe..so ada la cket mood nak raya tu. cket je ye. tak banyak pon. ;)


biasa time nak raya ni, iklan raya kat tv la kita suma suka nak tengok kan? tapi aku rasa kali ni cam kureng la iklan raya. tak syok sangat.


ni ada satu short film raya by CST Production.


layan...





SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Friday, July 29, 2011

Malaysia vs Singapore


lambat update pasal ni. malam tadi sedih punya pasal. huhuhu..sedih pasal Tiger kalah laa..kuciwa hatiku tidak terkata.. (eceh..)


Pertama kali dalam sejarah aku layan bola sensorang. Yes, sorang-sorang aku meroyan melalak terjerit. Takde sapa kat uma time first half time tu. My dad n mom pegi ke masjid dan balik lewat sebab ada tahlil kot. tetiap malam jumaat memang ada program. masa kedua baru abah join. Mak dah tak mau tengok dah..



so layan la sorang-sorang. perghh!! kagum tengok stadium ramai gila penonton. sebab dah pernah ada kat sana sebelum ni so boleh agakla meriah dan bingitnya camne..hehe


sapa kata penyokong kita tak patriotik. Walaupun tiger kalah teruk masa lawan kat singapore dulu pun masih ramai datang menyokong. Yang tengok kat rumah cam aku ni pun bape ramai lagi kan?? so bukan alasan laaa...



Tapi betul la..masih banyak lagi yang team msia perlu baiki dan improve. sebelum berangan-angan nak masuk world cup ke olimpik ke..Banyak sangat kelemahan. Suka berharap kat sorang player jek. Kalau safee tu dpt bola memasing cam diam takde nak tolong back up ke ape. payah la dia nak goal kan.. adehh..


tapi apek memang terbaik laaa..kalau keeper yang masa kat singapore tu jaga sure dah 6 goal da singapore dapat.


entahlah..aku tak reti nak ulas. tapi bagi aku, player singapore adalah pelakon terbaik!!!



memang mereka ni singapura-pura btul. sikit-sikit jatuh sakit. lempang kangg??? no wonder pelakon singapura-pura cam aaron aziz tak leh cari makan kat sana. football player pon ramai pelakon..camne??



apa pun, perbaiki lagi mutu permainan ye wahai team malaysia. Jangan berangan je lebey.. defend tu kasi kukuh mantap sikit. Ini tak, kejap-kejap kena bolos dengan si boncit qiu li tu. tak pon si tua mat saleh tu. hah..banyak btul gelaran aku bagi nih. huhuhu..geram gerammmmm!!!



mulut aku tak henti-henti mengomel..geram btul. last-last abah kata.....


"pi tukar channel lain! "



hahaha..geram tengok plus aku tak henti-henti membebel. hahahaha..

Sunday, June 26, 2011

Congrats to Jimmy Shanley and wifey

wahh...cam blog gossip artis pulak kan tetiba nak citer pasal artis nih. hehe..tak tak.. ni nak share benda baik..


Just now tertengok kat Astro Awani, rancangan Gala ke ape tah not sure. Jimmy dukung babynya.. Alhamdulillah....syukur! menangis terharu si Jimmy tu. Rasanya satu Malaysia tahu pasal masalah rumah tangga mereka kan? sian juga. Tak back up mana-mana pihak. Cuma memang berharap takde la sampai cerai-berai..huhu.. alhamdulillah, dah selamat terima baby girl. Kalau tak silap nama baby tu zahrah shanley. ada tulis kat tv tadi. tapi mata ai ni rabun so cam nampak tak nampak sangat..hehehe..rasanya betul la tu..


apa pun congrats..semoga semuanya aman-aman saja lepas ni... insyaallah.. :)


.............................................

lupa laakk nk snap photo masa dia duk dukung baby sambil nangis tu..sedih lak tengok.. sob sob sob

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak

rasanya ramai yang layan Maharaja Lawak ni berbanding dengan Raja Lawak. Yelah, yang masuk tu adalah finalist Raja Lawak musim-musim yang lepas. Actually, aku bukan la peminat atau penontok Raja Lawak sebelum nih. Tak pernah pun tengok show tu dari musim pertama sampai la musim sekarang. Adik aku suka layan but aku tak suka. Entah kenapa laa..aku rasa macam tak lawak pun diorang ni. hehe..


Then, bila mula Maharaja Lawak, aku pun tak menonton sangat. Adalah bukak sesekali tapi macam tak best jek. Mungkin bila aku bukak tu tengah peserta yang tak hebat macam JOZAN, SEPAH, NABIL. Ataupun masa episod awal-awal tu mereka tak berapa hebat sangat..entah.


Bila ML di tukar ke channel warna yang memerlukan melanggan pakej Mustika, memang laaa aku tak tengok langsung. Pakej tu pulak tak best mana pun. Memang my dad tak langgan la. Husband duk asyik tanya tak layan ke..sonok dia kata..aku tak heran pun masa tu. hehehe..


bila balik perlis, umah MIL memang ada pakej tu dan diorang suma suka layan. So aku pun jadi terjebak sama... tetiap kali show mesti nak tengok. Kalau dah tengok pun mesti nak tengok lagi. haha..masa aku mula tengok tu dah minggu ke 4 atau 5 rasanya. Masa tu Jambu memang kelakar habis laaa..senak woo perut aku gelak.. hehe


Tapi bila makin lama, Jambu dah macam jemu pulak tengok lawaknya. Kurang menjadi la...sepah makin menjadi-jadi pulak menggeletek perut aku. Jozan pun sama..hehe..antara dua tu aku suka la..Nabil pulak aku kesian tengok sebab susah peserta solo nak compete dengan kumpulan kalau tak betul-betul hebat..


Honestly, aku rasa sebenarnya susah nak buat orang gelak. takut nanti jadi macam memperbodohkan diri sendiri. Macam peserta amir. aduhai..stress aku tengok mamat sorang ni tau. bila tengok ulangan Raja Lawak dimana dia jadi finalist pun aku rasa macam pelik je dia nih..hishh..tapi bertahan lama tu.... tak paham tak pahammmmm


final malam tadi tak dapat tengok pun sebab kan ada kat kampung aku. kat sini memang tak langgan pakej tu. Abah kata tak yah la langgan just nak tengok final..hehe..so aku pun ok jelah. nanti tengok je kat youtube or kat perlis nanti. sure ada ulangan banyak kali..hehe


Bila tengok kat youtube, aku suka sepah dan jozan kurang mengancam lak performance diorang. so memang patut pun Sepah menang..hehe..si shuib tak habis-habis dengan dafi..hehe..


takpelah, yang penting dah habis pun. so takde la nak gegelak lagi tiap jumaat malam.hehehe..


ni review aku jek. tok sah emo kalau tak setuju.. :) hehe








yang lelain cari la sendiri kat youtube ye..hehehe




hahaha..aku suka time nih..kelakar habis. hahahaha..



............................................................................

baru nak suruh my mom layan benda nih. hope buleh laa buat dia gegelak ..huhu

Tuesday, October 5, 2010

enggak bisa



korang suka layan tak drama atau cerita dari seberang???




mesti suka kan kannnn???




Dulu glamer dengan Bawang Putih, Bawang Merah..sekarang ni ada macam-macam drama bersiri Indonesia. Episodnya sampai beratus pun ada. Naik muak dah tengok. Sejak bila mula drama bersiri dari seberang ni pun aku tak pasti...





(pic from google)






Yang pasti, aku tak berapa suka nak layan cerita-cerita ni. Dulu ada la layan sekejap bawang putih bawang merah tu..pastu dah malas dah nak tengok. Buat aku sakit jiwa je. hehehe.. iya, pelakon-pelakonnya begitu mantaaappp sekali lakonannya.. kalau bawak watak jahat tu memang mengundang berbakul-bakul aje makian masa tengok tu..hehe..





sebab tu malas nak tengok. hihihihi..






entahlah. tak tahu kenapa tapi cerita dari seberang ni tak banyak yang boleh aku suka. Yang aku suka sebelum ni ada satu, eiffel, im in love!





(pic from google)





ha..satu tu je yang aku beli dvd nya..and kadang-kadang layan lagi bila bosan. hehehe..



tengok jela cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..dah berkurun baru la aku nak tengok. Tu pun husband dok paksa-paksa tengok. hahahaha..dah tengok, terus suka. ;)






Lagu-lagu dari sana pun aku kurang gemar. Setakat nak dengar ke..nak karaoke tu boleh la...tp bukan jadi kegemaran..uh, ini bukak entry@statement berlagak ke ape.. cuma aku tak berapa gemar dengan drama@lagu dari sana..walaupun karya mereka hebat-hebat belaka. Lain orang lain tastenya..







Pernah aku tanya husband (masa tu br jd tunang) dia suka ke layan lagu Indonesia tu..sebab bukan main banyak lagu dia tahu..siap boleh nyanyi sekali..hehehe..






sekarang ni banyak sangat dah band dan lagu-lagu dari sana. Janganla tanya aku..langsung tak tau.hehehehe..






tapi kalau bab shopping dan joli sakan..haaa..aku sukaaa!!! suka shopping kat Jakarta @ Bandung...atau kat mana2 part of Indonesia..waduhhhh!!! syokkkk!!!! Datang sana terus jadi jutawan gitu.. ;)





hehehehe...




opsss! sudah lari topik..hehehe..nanti kita buat entry lain citer pasal jenjalan and shopping-shopping ni ya! ;)




Friday, November 20, 2009

Bikin suspen...

Malam Nur Kasih.....

Orang yang tak suka tengok drama melayu pon boleh jadi 'cair' dengan siri yang satu ni.

hehe..

Tengok iklan kat tv untuk episod malam ni.

Alamak!! Adam mati ke?? Ada van jenazah dan dialog antara aidil dan emaknya pasal nak ambil nur jadi wife. Erk!

Biar betul?

Suspen..suspen..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers