Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

~short & sweet~

short & sweet merujuk kepada Elia Jejariruncing


Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah putus tunang mereka yang dipaparkan di muka depan surat khabar dan juga blog-blog gossip. Yelah, putus tunang diberitahu melalui surat khabar, apa kes???


entry terbaru elia tentang peritnya dugaan yang terpaksa diharungi dan ketabahan beliau menghadapinya. Sedih memang sedih.. Rasanya tak ramai boleh faham. Yes, putus tunang @ putus cinta masing-masing ada merasainya. Aku pun sama. Tapi bila putus tunang melalui surat khabar, dengan orang yang terkenal, it's different. Sebab kena terima juga fitnah, makian, kata-kata kesat dan keji yang turut sama dilemparkan..





Lagi pulak rata-rata menyalahkan sikap elia yang terlalu over expose tentang kisah cintanya. Dan juga cerita dia melepaskan amarah di facebook. Tapi bila keluar pulak bukti gambar khairul fahmi berpegangan tangan @ dating dengan skandalnya tu, masing-masing tak pulak hamburkan makian ke apa. Semuanya kata, "tak ape lah..takde jodoh.."





tak adil betul.






hanya sebab yang curang itu dari pihak lelaki, dan terkenal pulak dengan bakatnya bermain bola..maka, yang salah hanya dipihak perempuan? dan okay pulak? cuba kalau pihak perempuan yang macam tu, sure dah macam-macam makian keluar kan?





Yes, of course ada salah dari dua-dua pihak. Bukan apa, tak perlu laa nak maki, hina, kutuk ke apa. Tak kesah la dia over expose ke. Lantak dia. hanya sebab ex tunang dia orang terkenal..makanya itu yang jadi masalah. Cuba kalau orang biasa, ada orang pedulik?? takde kan??





apa pun, aku turut simpati pada elia. kesian. rasanya tak tertanggung dugaan ni. Walau setabah mana pun cuba menerima, sedikit sebanyak hancur remuk jugak la hati tu.. Tak kesah la salah sapa pun, tapi tak perlu nak kutuk-kutuk or maki-maki.



Tak baik..cuba kalau kena kat diri sendiri..camne??




Lagi satu, aku memang pantaaaangg betul kalau bab curang-curang nih. Tak kira baik lelaki mahupun perempuan. CURANG tu memang satu perkara yang tak boleh dimaafkan! (huhuu...). Yelah, dah sayang sangatkan, pastu pasangan curang pulak, siapa boleh sabar??








haih, entahlah.







emo betul aku bila baca kisah diorang nih. emo sebab tengok orang-orang yang meroyan mengutuk tak tentu hala... Tapi yelah, perangai manusia ni macam-macam. Kadang-kadang dah tak macam manusia pun iya jugak.





apa pun, semoga elia semakin kuat dan tabah harungi dugaan ini. Aku tak rasa dia baca pun blog aku nih.. hehehe.. but aku doakan dari jauh. ameen..insyaallah.






Thursday, July 28, 2011

jimmy oh jimmy

sebab aku ada buat entry pasal dia sebelum ni , so nak update sikit la. huhu.. ternampak kat cover paper HarianMetro pasal wife Jimmy buat pendedahan tentang punca sebenar keretakan hubungan mereka..baru bape hari kahwin, dah kena tampar. sian sian... nak didik isteri bukan mudah, nak lembutkan hati suami bukan senang. Kalau tampar, pukul tu cara nak mendidik, siapa yang boleh terima? Masing-masing ada salah dan silap kan? kena belajar terima kelemahan dan keburukan pasangan. Cari cara yang berhemah nak betulkan mana yang tak kena..


huhu...marriage is not easy dude.


kalau aku pun jadi marah bila dah kena tampar. Baru je beberapa hari kahwin kan?? tapi respect jugak kat wife dia ni sebab selama ni dia duk kunci mulut senyap je tak defend diri ke apa walaupun mak dia sendiri marah dan back up si Jimmy nih. Mungkin ada silap wifenya. Dua-dua mesti ada salah punya. Entahlah, aku tak berpihak mana-mana. Sebab apa pun yang terjadi hanya mereka berdua saja yang tahu...Cuba ambik pengajaran dari kisah mereka berdua nih..


Aku terbaca kata-kata ni kat twitter..


"Discuss your relationship issues only with who you're in the relationship with. Stop including third party opinions.."


Bila dah banyak pihak masuk campur, maka nak jernihkan yang keruh memang susah. Makin berkeruh-keruh la jadinya. (bahasa apakah ini ez oi??)

sian kat Zahrah Shanley yang comel tu masih tak tahu apa-apa. Bila dah macam ni, masing-masing akan cuba pertahankan hak masing-masing. Anak juga yang jadi mangsa...kan?

Bila dah kecoh satu Malaya. Aib sendiri terbuka, sapa juga yang malu...

Nak baca kisah selanjutnya klik web beautifulnara nih.


Kalau boleh tak yah la cerai-cerai. Sian kat anak... huhuhu

Friday, July 1, 2011

tak baik tau!

Bila mood rajin datang dan tak tahu nak buat apa, biasanya aku akan berblogwalking. Bila baca kat blog beatifulnara, ada cerita pasal seorang artis yang dah bertudung, wardina. Tentang hal saman menyaman blogger yang telah memfitnah dan memaparkan keaiban beliau..



Dan entah macamana, aku terjumpa pulak blog yang dimaksudkan itu. Tak mahu letak link. nak baca cari sendiri.



entah la. aku rasa marah meluap-luap bila baca blog tu. well, itu la tujuan blog politik. Nak menaikkan kemarahan pihak lawan masing-masing. Perang psychology. itu memang tujuan mereka. siapa yang kuat, yes memang layak masuk dunia politik.



Bagi aku memaparkan keaiban wardina sewaktu zaman jahiliah beliau sesuatu yang sangat bodoh. bukannya beliau masih begitu. Jadi apa tujuan letak gambar dan gunakan perkataan yang menghina macamtu?? Beliau sudah berubah. Memang gambar itu dah jadi hak umum, tapi bukan jadi hak kalian untuk mengaibkan beliau..


Sian...ada anak suami dan keluarga yang tengok gambar-gambar tu.. alahai, sedihnya.



Tapi aku rasa blogger macam ni kalau disaman pun mereka tak heran. Buat habis duit dan masa je layan mereka nih. Aku rasa terbaiknya wardina senyap saja. tok sah dilayan perang psychology mereka. Tapi yelah, sapa pun boleh marah dan sedih kalau diperlakukan sebegitu..kan?


sob sob sob..



Sunday, June 26, 2011

Congrats to Jimmy Shanley and wifey

wahh...cam blog gossip artis pulak kan tetiba nak citer pasal artis nih. hehe..tak tak.. ni nak share benda baik..


Just now tertengok kat Astro Awani, rancangan Gala ke ape tah not sure. Jimmy dukung babynya.. Alhamdulillah....syukur! menangis terharu si Jimmy tu. Rasanya satu Malaysia tahu pasal masalah rumah tangga mereka kan? sian juga. Tak back up mana-mana pihak. Cuma memang berharap takde la sampai cerai-berai..huhu.. alhamdulillah, dah selamat terima baby girl. Kalau tak silap nama baby tu zahrah shanley. ada tulis kat tv tadi. tapi mata ai ni rabun so cam nampak tak nampak sangat..hehehe..rasanya betul la tu..


apa pun congrats..semoga semuanya aman-aman saja lepas ni... insyaallah.. :)


.............................................

lupa laakk nk snap photo masa dia duk dukung baby sambil nangis tu..sedih lak tengok.. sob sob sob

Thursday, August 19, 2010

Roslin Hasyim bercerai lagi??

opps! bukan nak jaja cerita buruk @ hal dalam kain orang. Bukan juga nak jadi busybody. Tapi apa yang berlaku pada Roslin Hasyim ni buat aku tertanya-tanya juga apa punca semua ini.


Perkahwinan tu macam beli kek kat kedai secret resipe ke?
(mood tengah craving cheese cake SR nih..)


Dulu 12 hari. Sekarang sebulan. Lepas ni? owh..cukup-cukuplah. Tolongla hormati 'perkahwinan' itu.



Berdasarkan apa yang aku baca, isterinya menuduh si suami ada skandal dengan produser tuuutttt. Baca la sendiri kat sini. Geleng kepala aku tengok mereka-mereka ini.



Zaman sekarang ni tak kira isteri orang ke..suami orang ke..semua sama sahaja. Kalau dulu mungkin kes banyak kepada si suami yang curang dan berskandal sana sini. Tapi sekarang tak. Isteri pun sama. Kalau iman dan agama ditolak ketepi, begini lah jadinya. Dah tak takut dosa dan api neraka.



Isteri orang bersekedudukan dengan suami orang.



Nauzubillah!!


Perkahwinan memang satu cabaran. Bukan untuk sehari dua. Kalau boleh mahu hingga ke hujung nyawa. Memang jodoh ajal maut ditangan Tuhan. Tapi Tuhan tak menyuruh kita berserah tanpa ada ikhtiarnya. Untuk dapatkan sesuatu yang baik, perlu ada usaha dan kemudian baru kita boleh berserah pada yang Maha Esa..

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga-moga, apa yang terjadi ini memberi pengajaran pada kita semua. Usah dicemuh usah dikeji. Kita tidak layak menghukum mereka. Kita bukan Tuhan. Doakan mereka-mereka itu sedar akan kesilapan yang dilakukan..



(suka tengok arni nazira sekarang yang dah bahagia dengan suami dan kehidupan barunya. Alhamdulillah..teringat bagaimana kesnya satu ketika dahulu. Hikmah disebalik kejadian. Memang tak disangkan kan?)


..........................................

'kalau berlari hingga kehujung dunia sekali pun kalau dah tetap jodoh, akhirnya bersama juga...'


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers