Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Friday, August 24, 2012

Salam Mubarak!


Assalamualaikum,


lama sungguh tak berupdate. berhabuk blog dibuatnya..



masa lapang yang agak limited dan kekangan idea buat takde entry.hehe..alasan! ;)


macamana raya korang?banyak duit raya?hehe..dah ada anak ni jangan haraplaaa nak dapat lagi. but aku still dapat lagi dari embah. hee~


actually plan asal nak beraya di perlis dulu, kendian baru balik kampungku. Sebabnya aku mahu lama sikit kat kampung so takpelah mengalah beraya kat perlis dulu walaupun ikut giliran turn kampung aku. tapi last minute hubby bagi tau dia cuti raya awal. sampai raya ke 4. so kena lah balik kampungku..syoklah kann..walaupun dapat sampai raya ke 4 jadiklaaa~



my parents tak masak apa langsung utk raya kali ni. memang record lah. depa busy memasak sepanjang bulan ramadhan kat masjid. sampai last day puasa pun my mom sibuk kemas-kemas masjid. Alhamdulillah.. aku dah kabo dah nak balik sehari sebelum raya rupanya my mom salah dengar. terkuzut depa tengok aku dah tercongok anak beranak kat uma. kihkih..merengek jugak kat abah suh buatkan ketupat anyam..ngidam. tapi abah tak buat juga sebab makanan berlambak. dengan orang bagi lagi..dengan yang masak di masjid lagi. takpe lah dapat makan ornag punya pun jadilah. next year boleh buat lagi.. =)


petang raya pertama kami balik johor jumpa adik beradik mak yang masih ada. seronok dapat jalan. tapi jam sana sini tu yang buat tak seronok. kan?


apa pun masih dalam moOd raya lagi. meh datang umah meh. hee~


maaf zahir batin kalau ada salah silap ye!

Tuesday, August 30, 2011

first day of raya

so how was ur first raya day?


as for me, ada a lil bit different. Malam raya, tak boleh tidur langsung. The whole body kesakitan yang amat. huhu..sampai ke siang. as usual dikejutkan dengan our alarm clock-my mom's voice. After sarapan, kami terus bermaaf-maafan. Dengan tak mandi nya hape (aku jek tak siap2 lagik.hehe) suma dah salam-salam. Biasanya after balik solat raya baru salam. Kali ni ubah tradisi pulak. Then, belum sempat kami ke rumah embah, segerombolan tetamu dah datang. aiks?


so haruslah stay aje dirumah melayan tetamu. But me, melayan tah* mata lah. too tired weh! tak tido semalaman.


This year, most of our family members pakai jubah as baju raya. kecuali dua orang adik aku je pakai baju melayu tahun bila tah. haha..me, mom, dad and pak arab pakai jubah. Of course la aku disebabkan dah takde baju yang muat. Tu pun banyak gak jubah yang tak bleh pakai. So bayangkan betapa gemoknyaaaa mak buyong nih! ;(



aku selalu jadi bahan utk dikenakan adik-adik aku tiap kali raya. This time issue nya pasal aku nak beranak. Setiap kali aku duk mengaduh sakit, memasing cam pura-pura menggelabah as if aku nak beranak. kalo aku duk senyap dalam bilik pun, ada la yang akan ketuk pintu tanya aku dah beranak ke ape senyap je. cis! tapi bila aku tunjuk video yang dapat aku rakamkan bila baby menendang-nendang perut, baru tau takut geli nak tengok. hahaha..



Tak kemana sangat kami raya pertama, just pergi rumah embah-embah saja. Cousin abah datang beraya dari JB. jadi harusla utamakan tetamu dulu. Trend family aku, suka pergi bercuti @ jalan-jalan time raya nih. I mean, holiday. hehe..dulu pernah pergi berkelah kat Teluk Batik la, ke Langkawi la. After raya ke 3 lah biasanya. Tadi masa beraya, abah dah berbunyi nak ajak berjalan. hahaha..but not sure la kemana. Ada mak buyong ni limited cket nak berjalan.



Yang kelakarnya, bila ada tetamu yang tanya my dad dah ada cucu ke tak lagi and he answered,


"coming soon!"



hahaha..seriously comel je. :D



there you go my first day of raya..


Sunday, August 28, 2011

iklan raya

ok. dah banyak entry cite pasal raya ni. hehe..so ada la cket mood nak raya tu. cket je ye. tak banyak pon. ;)


biasa time nak raya ni, iklan raya kat tv la kita suma suka nak tengok kan? tapi aku rasa kali ni cam kureng la iklan raya. tak syok sangat.


ni ada satu short film raya by CST Production.


layan...





SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, August 27, 2011

raya oh raya II

apa budaya @ style anda sekeluarga dalam membuat persediaan menyambut raya?


aku nak cerita serba sedikit style kami sekeluarga beberapa hari sebelum raya. mau kasi feel raya lebih cket. hehe


1- beberapa hari sebelum raya tiba, kami akan masak menu yang special dan lain dari kebiasaan masyarakat kat kampung sini untuk diberi kepada jiran tetangga. budaya ni lebih dikenali dengan nama 'munjung' dalam bahasa jawa. entah begitu ke idak ejaannya aku tak pasti. saya jawa tak reti cakap jawa. hehe.. macam harini, masing-masing sibuk kat dapur masak nasi dan lauk beriani untuk diberi pada jiran petang nanti. Biasanya orang di sini bagi ketupat rendang bagai. Kami up sket ye. hehehe..coz my parents expert masak nasi beriani. :D sedap wo!



2-banyak atau sedikit kami pasti akan buat ketupat nasi pakai daun tu. tapi takde sapa pun dalam family aku yang reti buat kecuali my parents jek. Aku pernah terer buat..pastu lupa dah camne. hehehe..ketupat palas (pulut) biasanya akan ditempah saja. Rendang mak akan buat sama ada ayam atau daging. dan seperti biasa, rendang mak ni hanya tahan sehari dua saja walau sebanyak mana dimasak. Memasing perut cam naga tak makan sebulan kat rumah nih. hehe..of course la sebab Sedaaaaapppp! :D



3- abah sejak dah pandai buat dodol, memang tetiap tahun akan berusaha sedaya upaya kerah keringat dalam kuali (erk, tak tak! ) untuk buat dodol. hehe..dodol abah ni pelik dan lain cket dari yang lain. camne nak explain aku tak reti..tapi ada rasa crunchy cket..sbb rasa rangup gula..entahla.camne nak explain.hehe..tapi sedap la..lembut je. ramai suka dodol abah.. :D
rasanya esok adalah operasi mengacau dodol!



4- biskut kurang popular untuk kami sekeluarga. beli sikit untuk hidang kat tetamu. Biasanya kami suka makan kek. contoh, kek lapis atau kek buah. aku tak kesah. semua aku baham. hoho



so far ini je yang aku dapat fikir buat masa sekarang. if ada nanti aku update lagi. hehe..


raya oh raya

semua sibuk dah nak balik kampung. Rasanya masing-masing dalam perjalanan balik ke kampung. Aku dah memang duduk kat kampung so tak kemana lah. Sejak balik kampung ni memang life dalam rumah je. Jarang dapat keluar berjalan ke apa. Orang takde suami la katakan. Nak keluar dengan sapa pulak kan..


Rite now, semua adik-adik dah balik dan ada dirumah. Yang takde hanya abang sulung di kanada. Nak buat camne. keje punya pasal kan.


Aku perasan semua orang kat rumah pun macam acuh tak acuh je nak raya. Si bongsu je sibuk tanya pasal baju raya. Yang lain, alah..raya ke tak sama je kot. As for me, memang tak seronok pun. Husband's not around. Sekali je jumpa dalam ramadhan nih. Plus, nervous menunggu kelahiran baby ni buat aku sangat tak tentu arah.



my dear friend lilly, dah selamat lahirkan baby boy semalam pagi. Katanya takde tanda apa pun. Tengah check up dekat klinik tetiba doktor check dah ada bukaan. Senang je dia lahirkan baby. Alhamdulillah..






apasal laaa aku rajin sangat nak hapdet blog nih? orang lain dah sibuk excited nak raya, aku sibuk berblog. hehe..takpelah, lain kali la aku raya kaw kaw ye.









Tuesday, August 23, 2011

mood raya

sana sini orang dah mula cerita pasal nak raya. Baju raya, kasut raya, tudung raya, kuih raya, bla bla bla.. Aku takde amik peduli pun pasal nak raya ni. Entahlah..tak rasa excited or seronok pun bila raya nak datang. Seriously, sikit pun tak.


Baju raya? hmm..disebabkan dah macam penguin badan skang ni maka nak cari baju amatlah payah. kalau ada kena ambik size mak aku. double xl. kadang-kadang triple xl pon still xmuat jugak. huhu..dapat beli selai je jubah besar warna merah. Beli masa sebelum puasa. hope still muatlah kan. husband pun katanya tak beli-beli lagi baju melayu merah. Tak rasa nak beli pun. Tak excited jugak nak raya..


Last year, balik kampung husband. cuti 4 hari. so 3hari disana, raya ke dua kat kampung aku. Lepas raya kedua husband da sibuk dengan kes sosilawati, so aku beraya sorang dengan family. hmm..


Tahun ni lagi 'best'. aku beraya lagi sendiri dengan family aku. Husband raya dengan family dia. Raya first tak cuti. Raya kedua je cuti. Itu pun tak pasti dia nak balik sini ke tak. So aku pun tak pasti bila husband nak balik sini. Takpelah, malas nak sedih sedih. sebab mood raya dah memang takde.


Mungkin just excited nak tunggu baby keluar kot. Langsung dah tak kesah pasal raya. huhu



by the way, tengkiu to my dear hajar and dilla sebab sudi lagi hantar kad raya kat aku. tengkiu so much!



Wednesday, November 17, 2010

cerita di hari raya aidiladha

Dah malam baru la dapat nak buat entry untuk raya. hish!



alhamdulillah, dapat juga pulang ke kampung halamanku. walaupun plan asal tak dapat nak balik sebab husband kerja. Pujuk jugak dia ajak balik tengah malam buta tadi. sampai rumah pukul 2 pagi lebih. Kat kampung tengah jam walaupun dah pagi buta. ramai balik malam-malam. tu yang jalan suma jam. memasing tak dapat nak cuti lelama, jadi semua rushing balik kampung secepat mungkin. :)



raya kali ni mungkin agak kurang meriah banding sebelum-sebelum ni. kalau aku dan husband tak balik kampung, just adik, yat saja yang ada teman mak abah. huhuhu..yang si bongsu di asrama sibuk dengan persiapan nak SPM..




lepas zuhur tadi terus gerak balik KL, my parents pun gerak ke somban bawak ketupat rendang tuk si bongsu tu. ;)



as usual, raya tak sah kalau takde ketupat rendang kan? subuh-subuh tolong mak masak kuah lodeh..rendang dah siap awal-awal. ketupat nasi dan palas just tempah je kat orang. kali ni mak masak rendang daging..nyum nyummm!! husband makan je terus puji mak, sedap. tersipu-sipu mak dibuatnya.. hihihihihihiii



keje ari ni makan tido makan tido. penangan daging punya pasal. huhu




makin bertambaaahhhla kg ku..i reeeaallly need to do something bout that. my dad pun baru buat kenyataan nak join masuk program slimming ape tah yang kosnya lebih 4k. hambik kau! totally aku tak setuju. hahaha..i recommend something tuk my dad which is aku pun plan nak makan. benda tu as a supplement tuk ubah gaya dan cara pemakanan kita.




then terus abah tanya, boleh tak terus bagi takde selera langsung nak makan??



hahahaha..klaka la abahku ni.. ;)



sekian, itu la cerita raya aku kali ini. hehehe






Sunday, September 19, 2010

raya oh raya II


Bulan lepas boleh dikatakan setiap hari berupdate. setiap hari buat entry. kadang-kadang sampai 2-3 entry satu hari. entah kenapa tiba-tiba super duper rajin nak update blog bulan lepas. Kalau tengok blog archive tu memang nampak sangat bezanya kan? hehehe



masuk bulan ni, jadi menurun pulak. mungkin sebab raya, maka masa jadi kurang pulak nak menulis.



okay. nak sambung cerita pasal raya. mood pon dah kembali pulih. ;)




Masa raya di rumah mertua, aku kena jadi chef. mak mertua banyak kali sebut nak suruh aku masak rendang. Mula-mula aku ingat just joking, tapi bila dah banyak kali...gulp!




nervous betul bila jadi main chef nih. mak mertua memang ikut je stail aku. kuah kacang pon aku masak sekali. Tapi kuah kacang tu aku dah praktis banyak kali time kat KL ni. Jenuh adik aku si yat merasa..dari sampai pahit kuah kacang tu (masa first time buat..) sampai dah jadi sedap hingga menjilat jari! hahaha..ayat tak leh blah.




pasal rendang tu aku memang TAK PERNAH buat sendiri. so mula la rewind balik masa aku tolong mak masak rendang time nak raya..




dengan confidentnya buat. campur itu ini. blend suma..tumis la bahan-bahannya..main agak-agak je berapa banyak bahannya tuk 2 ekor ayam. bila dah nak hampir siap masak, terus call mak. Masa tu mak mertua ke depan kejap. mak kata semua bahan okay tapi aku tertinggal 'secret recipe' mak. petang tu juga keluar kejap beli barang tu..




semua adik-beradik plus mak ayah mertua kata sedap! adik ipar bongsu aku, suhail memang tak lokek dengan pujian. pandai dia ambik hati kak ipar dia sorang nih. ' wahhh..sedap la kak long masak..' hehehe..




masa malam raya, kami keluar beramai-ramai ke bandar kangar. pergi ke bazaar. saja nak cuci mata sambil cari-cari ape yang menarik. aku sempat sambar 3 helai selendang. sebab murah gila..RM5 satu. hehe..




lepas solat raya dan bermaaf-maafan. kami beraya ke rumah sedara mara sampai ke lewat petang. sempat rehat sekejap je. Lepas maghrib kami terus bergerak pulang. Aku singgah di penang untuk hantar coklat. Lama sangat dah tak ke tanjong..naik jambatan pulau pinang@ feri. tapi sebab kesuntukan masa kami tak sempat nak berjalan-jalan sangat..




disebabkan keletihan sangat, kami berada atas jalan lebih 10jam. lama wo! aku hanya dapat tolong drive beberapa jam je. tapi mata dah tak larat nak bukak lagi dah. husband pun. kami berhenti tido di stesen minyak. Masa ni tak lalu highway dah. dalam jam 730 pagi kami selamat sampai kampungku dengan mata bengkak. hahaha..




cepat-cepat masuk bilik sambung tido.




3-4 hari aku demam urat. gara-gara tido dalam kereta. huhuhu




lepas zohor raya kedua, kami beraya ramai-ramai dengan familiku. singgah rumah yang memang tiap-tiap tahun pergi. tapi tak dapat pergi banyak rumah sebab ramai pulak orang datang rumah aku dan keep calling mak aku.



kalau ikutkan memang raya kedua ni kami tak kemana. tetamu datang dari pagi sampai ke malam.




raya ketiga, husband dah mula kerja. aku masih di kampung. kami tak kemana pun..hanya beraya rumah sedara-mara dan jiran terdekat ja. selebihnya melayan tetamu yang datang. mak aku dah sampai 3-4 kali masak rendang. lebih 6 ekor ayam. hahaha..punya la sedap rendang mak tu. sekali masak kejap je abis. kuat melantak pon ye gak adik beradik aku nih. hahaha




raya ke empat, abang dan kakak ipar aku balik rumah. paginya tu mak cepat-cepat kejut kami semua dan suruh pakai lawa-lawa untuk bergambar. dah lama sangat tak bergambar ramai-ramai ni. biasanya tak cukup ahli. ni raya pertama abang aku disini sejak kawin. mak nampak sangat-sangat seronok. sesi bergambar sangat happening. macam-macam gaya diorang buat..hahaha



masa hari khamis, adik beradik plan nak berjalan-jalan @ bercuti. tapi balik hari. Maka, timbullah plan ke Teluk Batik. Tempat favourite family kalau nak bermandi manda. Siap bawak pelbagai jenis makanan dan khemah kami kesana. Tapi entah macamana, khemah tu tertinggal. yang dibawa tu hanya covernya ja. hahaha..so terpaksa la pasang gak dan ikat dengan tali. kelakar je orang tengok khemah kami. hahahaha


mula-mula aku tanak mandi. tapi memasing ajak sebab nak naik banana boat tu..so turun lak kami semua kecuali mak. memang seronok sangat-sangat. tapi jauh sudut hati, terasa sedih sebab husband takde. Nak buat macamana, dia kerja kan? masa tu dia tengah sibuk dengan kes datuk sosilawati tu.



hari jumaat, hantar abang dan kakak ipar balik ke canada. owh, kami tak ikut sekali..cuma hantar kat klia ja. ;)



dan aku pulak terus balik ke teratak kecil kami. owh, masa nih dah 3-4 hari dah tak jumpa husband. rindu. ;p



but at the same time, sedih pulak nak tinggalkan rumah. raya kali ni penuh makna...tak tergambar dengan kata-kata. entah bila kami semua dapat berkumpul bersama lagi. sejak kahwin memang tak dapat peluang duduk lama-lama kat kampong bersama keluarga. masa raya ni je la. tapi tak best sebab husband tak dapat join sama.



so, abislah cerita raya aku.


....................................................................

gambar akan diupload kemudian..tenet tengah 'moody' ;)










Thursday, September 16, 2010

raya oh raya!




orang tua kata, buat kerja jangan bertangguh..bila dah bertangguh..silap-silap tak buat terus. hehehe..itu la..dok postpone je nak buat entry pasal raya..terus rasa malas dah nak buat.


okla..aku cerita la juga ye..


tahun ni, pertama kali menyambut raya sebagai isteri orang.


pertama kali menyambut raya tanpa keluarga sendiri.


pertama kali menyambut raya bersama keluarga baru..


kami balik ke kangar pada 8hb selepas bersahur di kampung ku. sempat tengok kejap abah sibuk mengacau dodol..memang acara setiap tahun..tapi aku jadi tukang tengok je..hihihi


sampai perlis dalam waktu asar. sebab singgah Alor Setar cari bahan buat coklat. Kebetulan ada kawan dari Penang order..so ingat nak buat kat uma mertua then hantarkan semasa on the way balik selangor.


tema raya pertama, grey. sebab suami nak pakai baju melayu masa kahwin belah dia dulu. so ulang balik la memori tu..hehe..cuma aku tak pakai baju sanding aku. glamer sangat la pulak kan..hahaha..kebetulan ada sepasang baju kurung moden grey tak pakai lagi. Kainnya beli semasa berjalan ke Bandung awal tahun aritu..aku ada buat 3 pasang. semua tak pakai lagi sebab tu tak sibuk pun nak cari baju raya.. ;)


pagi-pagi kami semua pegi sembahyang raya. ini pertama kali juga untuk aku. Selama ni aku dan emak hanya stay di rumah aja..agak teruja..


lepas abis solat, sesi bermaaf-maafan. owh, actually aku ingat nak bermaafan dengan suami dalam bilik ja.hahaha..malu la pulak nak minta maaf depan semua orang. banyak sangat buat dosa dengan dia nih..hahahaha..tapi kena minta maaf juga depan semua orang..pastu aku blur tatau nak cakap camna..haha.. yang aku ingat.. 'kosong-kosong ya bang.. ' sambil tergelak-gelak..hahaha..sengal tul aku nih..


pastu kami bergambar sekejap sebelum memulakan sesi kunjung mengunjung..sampailah ke petang..penat juga sebab cuaca sangat terik masa tu..


lepas rehat sekejap..kami terus gerak balik selangor malam tu juga lepas isya'. singgah di penang menghantar order coklat kawan. fuhh! lama betul aku xjejak kaki ke tanjong tu..dah bertahun-tahun..last pun tak ingat bila.


tapi sekejap je la..sebab nak rushing balik. Masa tunggu feri punya lama..sampai kul 1 lebih baru sampai..


tapi sebab keletihan..kami banyak kali berhenti. Aku cuma dapat tolong drive dari penang sampai ke area mana tah..sampai kat pantai remis kot..tak ingat da..memang dah ngantuk habis laa..sian husband..dia pun larat drive kejap. pastu berhenti tido. beberapa kali la kami berhenti tido. sampai kat kampong aku 7pagi..10jam lebih kami atas jalan..


balik tu aku demam..sakit tekak..urat-urat suma sakit..


huhuhu..


tu la pengalaman atas jalan yang paling lama kami tempuhi setakat ini..biasanya tak la lama macam tu..


okayla..sambung episode seterusnya ya..!



......................................................................................


actually im not really in the mood. mood mati.
Align Center

Friday, September 3, 2010

update @ class

Orang lain sibuk-sibuk menguli tepong buat kuih, mop lantai satu rumah, pasang langsir..aku duk pecut kereta nak pergi kelas. huhu..

and now update kat dalam kelas. Kalau ikutkan hari ni takde kelas pun cuma ada satu talk pasal satu software untuk buat thesis nih.


Memang killing the moOd betol.


Sungguh la..moOd raya tak sampai lagi. I am not sure why. Aku takde shopping ape sangat untuk raya kali ini. Walaupun pertama kali beraya sebagai isteri orang. Just beli beberapa helai tudung plus tudung yang MIL belikan masa balik aritu.


Baru teringat yang aku takde beli stok kuih untuk kat rumah sendiri. huhuhu..so sad! korang kalau datang rumah aku confirm xde kuih raya. Maybe i'll ask mak to buy kuih yang sedap-sedap later. hihi


owh..im looking forward tonight as ive plan something for my husband. ngeee ;))) will update bout it later k!


selamat bercuti!!




Friday, August 20, 2010

musim kecelakaan?

wahhh..ganas sudah title entry ku.

Bulan puasa ni semua orang berpusu-pusu serbu jalan nak balik rumah, berbuka puasa bersama dengan keluarga. Saat yang sangat bahagia dapat bersama-sama berbuka puasa (sob sob sob sedih xdapat blk kg).

Bila dah semua orang serbu jalanraya serentak, sesak makin bertambah. Peratus kemalangan makin meningkat. Semua orang jadi tak sabar tambah pulak dengan keadaan lapar memburukkan keadaan. Sebenarnya itu semua ujian sebab puasa kan untuk menguji ketahanan kita..
Tapi itu bukan bermakna, boleh memandu sesuka hati macam orang gila b*b*.


Potong Q selamba laanndd tak pandang kanan dan kiri.


Bukan hanya bahayakan nyawa sendiri.


Orang sekeliling terlibat sekali nanti.


Langgar lampu merah sesuka hati.

Buat orang lain rasa macam nak maki-maki ( tapi tak boleh sebab hilang pahala posa..).


(Aik. Dah jadi macam gurindam pulak)


Apa-apa pun jaga keselamatan diri.

Bawak kereta berhati-hati jangan ikut nafsu setan dalam hati.


Kelak merana diri.

Nyawa bukan boleh dijual beli.


Time raya nanti lagi la kena lebih berjaga-jaga. Memang ajal maut ditangan Tuhan. Tapi bukan bermakna boleh bawak kereta macam nak bunuh diri.

Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Yang Esa. ameeennn!!!

on the way balik tadi ternampak accident ni. Di pintu belakang UPM. Terkuzut aku. Memang kat sini kerap sangat ada accident. Sebab simpang empat ni takde traffic lite dan orang main jalan je tak tengok kanan kiri. Tak pasti ape punca kereta ni leh terbalik macamni. Aku agak lady driver sebab nampak sorang perempuan bertudung tengah menangis dan diusap-usap rakannya. Rasanya takde yang cedera. Syukur.


hati-hati!


kemalangan tidak berbau! (badan sendiri yang berbau..)


(^_^)





Thursday, November 26, 2009

Korban dan Pengorbanan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Salam AidilAdha untuk semua muslimin dan muslimat, terutamanya my friends. Semoga raya korban kali ini membawa pengertian yang penuh bermakna untuk kita semua.

As for me, raya korban kali ini memang sangat bermakna dan penuh sejarah. Beberapa ketika kebelakangan ini, hidup aku sangat terumbang-ambing. Pengorbanan..ketabahan..kesabaran..
perit jerih..semuanya dibalas Tuhan. Bersyukur sangat dengan apa yang aku perolehi sekarang. Walaupun masih belum sempurna, tapi aku yakin dan percaya dengan takdir dan ketentuan Ilahi.

Cerita tentang persiapan raya korban ni..Rasanya lebih meriah sambutannya dia Kelantan dan Terengganu. Tapi, family aku tetap menyambut macam biasa. Ketupat, rendang, sup tulang, sayur lodeh dan kuah kacang menjadi menu pilihan. Nama pun raya kan.. (^o^) mesti kena ada semua tu. Since aku dah pandai menganyam ketupat, rasa teruja sangat nak buat..sekali tu abah suruh rebus je ketupat segera. hahaha..punah harapan. Silap-silap, skill tu pun dah lupa. hehehe..


...........................................................

InsyaAllah, raya tahun depan mungkin tak sambut raya disini. (^o^) hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers