Showing posts with label myHobbiEs. Show all posts
Showing posts with label myHobbiEs. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

projek ditengah malam.

Assalamualaikum,


aku ni tatau la kan..datang mood rajinnya pukul dua tiga pagi pon boleh kung kang kung kang kat dapor buat 'projek'.






alamak!









jangan pikir tak senonoh ye..










project yang dimaksudkan tu memasak la.. (^,^)


aku suka memasak. kuih muih ke. lauk pauk ke. suka try resepi baru. suka buat sesuatu sampai aku jadi expert.



hari ni kepala agak kusut. tetiba fikir nak buat ape. baru buat cupcakes semalam dan ada balance lagi so tak boleh buat lain selagi tak habis. Nanti sape nak makan? tetiba nampak plak donut bam bam kat blog mana tah. google recipe nya.. ape lagi terus masuk dapur!




memasak memang boleh distract kepala aku dari fikir benda-benda yang tak best. rasa seronok je buat. tak kira la jadi ke tak. kalau tak jadi, masuk tong sampah dan cuba lagi. kalau jadi, sure melompat-lompat dan puji diri sendiri hebat. ahh..syokknyeee! *tak siuman





rasanya esok baru boleh goreng donut tu. nyummehhhh!! hope menjadiklah dan boleh puji diri sendiri lagi.. lagi.. lagiiii........- bergemaa... *tak siuman







tata!



p/s: maaflah ketidaksiuman (bahasa apakah) ini disebabkan merindui cik abang nun jauh disanaaaaa





Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday (v.9)





rindu nak makan my homemade choc ni.


rindu nak buat homemade choc ni.


huhu..


kena la selongkar balik barang-barang dalam kotak la nampak gayanya..


huhuhuhu...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday (v.2)









ketagih main game nih.. ;D

Wednesday, June 15, 2011

sumber inspirasi


finally baru siap satu set. setelah berminggu try buat..eh, okay la kan? belajar sendiri je. hehe

ni la yang aku duk ketagih nak buat. dah letih benti pastu buat lagi sampai la menjadi..ni ingat nak try buat set pattern lain pulak..with different colors. letak pic ni kat fb ada lak kawan nak menempah. aiseh..xberani lagi nak amik order orang..huhu..kalau dah pro nanti insyaallah.. ;)


apa yang buatkan aku tergerak hati nak buat crochet ni sebab kekecik dulu my mom rajin buatkan set kasut dan topi..siap sweater lagi. baju-baju dan skirt aku pun mak buatkan..so tu beri insipirasi tuk aku. mak memang menjadi sumber insipirasi aku. selalu nak jd hebat mcm dia. bleh buat macam-macam perkara. walaupun berkerjaya, tapi tak halang dia utk punya hobi macam-macam.. dari memasak, mengait, menjahit baju, jahit manik, tanam bunga@ berkebun, macam-macam lagi lah...aku memang jarang tengok my mom tu lepak duduk saje. mesti ada je benda nak buat..


aku pun kalau boleh nak jadi seorang ibu yang serba boleh. yang mampu uruskan anak dan keluarga dengan baik. tanak rumah bersepah cam tongkang pecah even kalau aku kerja..nak juga punya hobi isi masa lapang.. time management tu penting kan...hehe :)

aku pun nak jadi ibu yang beri sumber insipirasi tuk anak-anak.. insyaallah.. :)

Saturday, January 29, 2011

shepherd pie

(gambar ihsan dr incik google)


actually dah beberapa hari ni duk terbayang-bayang laaa menatang ni... telan air liur dibuatnya.


semalam masa keluar cari barang, terus ajak husband singgah secret recipe makan shepherd pie. pastu, balik-balik macam nak makan lagi. so pagi ni berkung kang kung kang la kat dapur. konon nak buat bawak bekal balik johor petang nanti. cari la acuan kecik-kecik. selongkar punya selongkar takde pulak acuan yg sesuai. kena buat pakai kulit pastri. so uli laaa tepung..uli punya uli..bakar punya bakar..macam tak sedap. so ke tong sampah kulit tu. haha..




last-last, tinggal kentang lenyek tu dengan isi plus cheese. hehe..boleh dah tu kalau pakai acuan besar. sumbat je semua..tp kang jenuh pulak nak bawak..sekali tu isinya aku buat popia. kebetulan ada plak kulit popia tu kan..kentang tu simpan la dulu. esok nanti boleh buat lagi. hehe



nak resepi? aku tak ikut sangat resepi..just google je dan tengok basic dan cara buat..senang je..hehe..cuma aku masih lemah bab-bab buat kulit pastri nih..huk huk huk



rasa macam nak pegi kelas memasak lagi laa..erm... ;)





Wednesday, December 15, 2010

kelu lidah tidak terkata bilaaa..........

sila sambung ayat di atas ye!


hehe..


beberapa hari sejak kebelakangan ni sibuk melampau betul. Hari-hari keluar ke KL. Jalan jam buat kepala aku semak dan rimaasss. Yeah! sapa yang suka jam kan? seriesly aku tak boleh bayangkan kalau kena kerja di tengah KL yang sentiasa sibuk tu. ;(


Bila sibuk buat mood nak berblogging mati. maaf ya! huhu..



Lega akhirnya bila urusan visa adik setel. Esok pagi mereka akan terbang ke canada. Aiseh..jeles jeles. huhu



Hope selamat sampai dan yang pasti aku mahu ole ole dari adik aku tu sebab dah jadi drebar setelkan urusan dia. hahaha..handbag coach satu! lagi best kalau chanel! hahahaha..



hari ni sesuatu yang membuatkan aku terkedu berlaku. suspen je ek?



beberapa hari lepas husband dah 'offer' nak belikan lense tuk aku. Aku cam tak caya je memula..tapi layankan aje lah..bila dah terai test kat kedai plus usha harga..aku jadi macam.............


errr..sanggup ke nak 'labur' lagi duit tuk kamera nih..aku dah habis lebih 6k tuk dslr ni. Tapi memang aritu aku da cakap teringin nak ada 'teropong' baru... ;)



Bila husband dah beria aku pun teruja!! ;)



so kena laa terjah KL lagi pagi tadi. huhu..stress kepala hotak aku. Rasa nak beli heli jek. Nasib baik tak mampu. haha



kami bajet beli dua lens dalam 3k jek. satu UWA (ultra wide angle) dengan tele lens. Bila dah tambah itu ini maka haruslaaa jadi double. husband yang suh beli macam-macam. Aku cam nak juling bijik mata jugak laa..rasa sayang pulaakk duit tu walaupun bukan duit aku. hahahaha..



Tapi rasanya aku ni sayang duit orang lagi dari duit sendiri. Kalau duit sendiri memang tadak hal la..baik tak?? hehehe



finally dapat laa dua lense.. 10-20mm f3.5 sigma dengan 70-300mm nikkor. plus battery grip satu..hehe..dah lengkap habis dah kamera gua!



haapppppyyyyyy gilaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!



rasa macam jatuh cinta semula kat husband. hahahahaha



tapi sempat pulak dia buat ayat.. fuhh! duit beli lens tu dah macam duit hantaran ek. Buleh dah nak kawen lagi satu nih!


hamboiiiiiiiiiiiii!! kennoootttt aahh




by the way...










mana gambar kamera nya????




next entry bebeh!


;)

Thursday, November 4, 2010

surprise tak menjadi?

uh, aku ni suka tul buat title entry dengan ada question mark. hahaha..


hari ni pepagi bangun kalut nak ke fakulti. ada diskusi. dari pagi sampai laaa ke petang. letih!


actually, since husband takde, aku merancang nak surprise kan sedikit kat dia. Bukan apa, just ubah beberapa barang dalam rumah, beli beberapa barang baru dan susun jadi lebih menarik kedebaboomm!


uh, dun wory. aku rasa dia takde masa nak baca blog aku ni kat sana. ;)


hahaha...tapi sofa belum ada ye. later later la sebab aku rasa sofa akan menyempitkan lagi ruang yang cukup kecik ni. sementara masih berduaaa ;)



aku ada beli balang kaca bulat plus seekor ikan emas yang boncit tu...comel je kaannn..


naakkk sangat bela kucing. huhuhu..anak kucing kekecik tu. comel je kalau ada kucing kan..besh..tapi sape nak sedekah anak kucing kat aku ek??


kalau ada anak kucing comel, bagila kat aku..sekor pon jadilaaaa


oh, balik citer pasal ikan tu...


tapi belum sempaat laaa husband aku balik tengok, ikan tu mati daaa pagi tadi masa aku dok kalut-kalut tu. huaaaaa!!!!! sedih plak. sebab ikan tu laaa jadi kawan aku. dia pemalu. kalau aku datang dekat dengan balang tu dia akan menyorok. hehehe..tapi dah mati la pulaaakkk.. huhuhu..kalau sempat boleh beli lagi ikan tu tapi aku tak tahu kedai ikan kat mana area rumah nih.. sedih betol.


nak ambik gambar pun tak sempat tau! sob sob sob



akan ku cari pengganti mu ya ikan! ;)


Wednesday, October 20, 2010

mahu teropong baru!



uh, sakit-sakit ni rajin pulak menghapdet. haish. gara-gara tak boleh tidur. maka, nak hilangkan fokus pada kesakitan, kita alihkan tumpuan kat blog nih. bila banyak sangat perkara yang hendak dilakukan, maka makin banyak perkara yang terbengkalai. huhu..contohnya akaun flickr aku. lamaaaa tak berhapdet dengan pic baru. lamaaaa juga tak beredit-edit dengan gambar.





sibuk dengan kelas, sibuk dengan coklat, sibuk dengan kerja rumah. sekarang, bila Allah tarik nikmat sihat tu..baru la menggelabah. ;(


okay.


enuf pasal sakit.


hmm..actually sejak dua menjak nih rezeki dalam bidang fotografi agak murah. aritu, ambik untuk event open house satu company swasta di bangi. cover dari awal pagi sampai ke petang. sorang-sorang. lenguuuhhh tangan aku. Tapi sebab minat punya pasal takpe.


sekarang aku tengah usha-usha lens baru.


nak sambar satu lens yang sesuai tu wide and juga zoom. erm...duk survey sana sini masih tak pasti mana satu. kekangan bajet juga membataskan. haish..duk pujuk husband suh beli lagi satu dslr and lens plus batery grip , etc. So senang dia nak temankan aku kalau ada job. yeah, gandingan yang ideal! hehehe


aku minat tengok lens ni. ramai yang recommend ini tapi aku tatau ok ke tak..



sigma 18-200 mm DC lens.







macam beshhh jek.



honestly, tak banyak yang aku tahu pasal fotografi nih. sebab aku memang takde basic knowledge ke hape. hanya bersandarkan pada minat semata-mata. hanya minat yang mendorong aku untuk 'kayuh' pelan-pelan dalam bidang ni. aku memang nak berkursus, masih lagi mencari kursus yang sesuai dan affordable. kadang-kadang kursus dalam bidang ni cecah ribuan ringgit. haish..yuran study pun self sponsor. tu yang kena pepandai cari mana kursus yang sesuai.



insyaAllah, kalau ada usaha, ada juga jalannya.. Sebab Allah sangat suka pada hambaNya yang berusaha..betul tak? :)


untuk bulan depan ada satu job di shah alam. wedding kawan. yang ni boleh la panggil mana-mana geng yang ada slr join sekaki sebab dekat je. untuk bulan 11 dan 12 pulak jauh betul lokasinya. satu di perak, dan satu di kelantan. dua-dua kawan husband. sebab aritu mereka recommend aku tuk open house company tempat kerja mereka..so depa cam senang nak berurusan dengan aku agaknya. lagi pun depa nak low bajet. so aku memang tak kira untung sangat. janji cukup makan okay laaa ;)


yang penting mereka puas hati dan aku boleh tambah pengalaman.


yeahh! pengalaman itu yang sangat berharga..


Thursday, October 7, 2010

puhh puhhh!! semputtttt!!!




Hari-hari bukak blog. Hari-hari jengah blog orang. Hari-hari ada macam-macam idea nak tulis. Tapi entah kemana hilang semangatnya. Hilang terus idea. Kadang-kadang rasa macam nak pergi bercuti, tapi keadaan mungkin belum mengizinkan. Banyak sangat perkara yang difikir pun boleh bagi kesan buruk pada emosi dan fizikal.




dah daaaahhh..ayat atas tu macam nak jawab exam je skemanya. hahahaha..baru je submit paper midterm. tu la pasal kaann..dah jadi student balik cenggini laaa gayanya. Hish..kadang-kadang rasa cam nak cari je anak kucing comel-comel nak bela. Bosan or tensen leh memain dengan kucing. Nak dapat baby cam lambat lagi kan. huhuhu..tapi kang kalau kucing tu buat pe'el tak senonoh aku pulak jadi macam incredible hulk!




sebut pasal kucing, hati jadi membaraaaa je tengok blog orang len yang post gambar-gambar kucing diorang yang comel tahap ultraman diruang angkasa (begitu tinggi tahap kecomelan kucing2 mereka..hihihi). geraaaammmmm!!! nak je culik kucing-kucing diorang nih.hahahaha..




Kalau masa kat kampung dulu memang banyak kucing aku. Pernah sekali banyak dalam 18ekor kucing. Tapi bila dah lama-lama banyak yang mati. Dan sekarang hanya tinggal dua ekor. My dad dah 'pindahkan' kucing-kucing tu ke 'asrama'. hehehehe..sian taaauuu!!



tapi yelah, kat kampung tu karang sape pulak nak bela kan? my parents tu memanjaaang aje keluar.

(comel kaaann???huhuhu..nak cat nak catttt )


dah cite pasal kucing la pulaaaakkkkk!


haish.



humm..otak aku betul-betul tengah stuck. jam. blur. blank.



so i shud stop here.



will update later k.


..................................................................


satu perubahan yang maha dahsyat sedang berlaku pada aku. will story bout it! ;)




Friday, October 1, 2010

peneman siang malam ku sudah kembali disisi!!!


setelah sekian lama hari ku sepi dan suram. tanpa dia disisi...menemani siang dan malam. menceriakan hidup seharianku..penawar duka dihati..oh, sekarang dia sudah kembali disisi..kembali menemani aku dikala aku kesunyian..keseorangan..



woopppsss!!!


aku melalut sudah.


hahahaha


cerita bersiri kegemaran aku sudah kembali. Dah boleh mula download semula setelah lama senyaaapp je.. ;)


Desperate Housewives, How I Met Your Mother, Grey's
Anatomy, Private Practice..etc.

hehe..actually banyak yang aku nak layan tapi sebab hard disk aku sentiasa full, dok keje burn dvd sampai dah bersepah-sepah dvd aku.hahaha..


yeah, cerita-cerita tu semua mengisi masa lapang aku. Menemani aku bila bosan..bila tak tahu buat ape..bila tengh moody..bila tengah tension..bila tengah seronok..semua situasi la! Memang syok..kadang-kadang layan balik siri friends..semua season aku ada. syok sangat. Cerita bersiri tu semua bagi kesan pada aku. Ah, aku pernah juga cerita pasal siri kegemaran aku dulu. Mungkin di blog lama. tak ingat dah.



Kadang-kadang..bila tengok How I Met Your Mother and FRIENDS, aku rasa seronok bila ada kawan-kawan yang sangat close..yang dah macam keluarga..dah macam darah daging sendiri. Kenal perangai dan hati budi. Sampaikan nak grow old together. hehehe..bila kawan susah, ada yang menolong..(tapi pasal culture yang diorang amalkan tu memang tak boleh nak kata ape lah..itu life diorang as non muslim. Tak yah nak ikut..)



(pic from google)

ada ke kisah macam tu in real life ek?


maybe ada..cuma bukan in my real life. Tak kesah la..ape-ape pun memang sudah sukaaa la suma cerita bersiri tu. oh, desperate housewives..macam sesuai je dengan title aku.hahahaha..desperate ke??


;) ;)



bermula la sesi mendownloaaaddddd!!!



jom layaaaannn


............................................................


ps: oh..lupa diri pulak yang assignment tengah berlambak lambaaakkk.. ;(



Tuesday, September 7, 2010

~my hOmeMadE chOc~

owh yeah!
i am chocoholic. crazy psl chocolates..its not the quantity but the quality..aku suka coklat tak bermakna mesti makan berkotak-kotak, berbar-bar setiap hari. TIDAK. Kalau begitu sure dah aku terlantar keGEMOKan yang MELAMPAU ye!


Baru-baru ni aku belajar buat coklat..memang dah lama nak sangat belajar buat HOMEMADE CHOCOLATE..Hari sabtu lepas on hubby's birthday, aku berkursus dari pagi sampai petang..kira kursus la ye.. ;)


and hasilnya??





macam-macam jenis coklat!

ini coklat gred A. Inti almond. rasanya memang macam cadbury sebab menggunakan coklat yang 100% koko. ;)
lollichoc!


actually ada macam-macam pattern dan design untuk lollichoc nih!
roses inti kurma..hehe..nyum nyumm (inti nya boleh ditukar-tukar..)




ini coklat oreo design bunga..

and juga contoh packaging

ini oreo edible pic. boleh order letak gambar anak@sendiri@ family..hehehe..



tidaklah mengecewakan! hehehehe..so kalau nak order, boleh contact ye.. (izy_anmz@yahoo.com)


Belum sempat lagi nak buat blog khas untuk bisnes or homemade choc nih..later la ye..memang sekarang ni pagi petang siang malam dok buat coklat..sampai mimpi buat coklat!! tak mandi satu hari suntuk..bau dah mengalahkan kambing...berhari-hari dah tak rupa orang..habis muka pipi tangan suma disaluti coklat..haaa...tu baru laa nama chocoholic kan kaannn?? (~,~)



owh bukan..tu sewel sudah namanya. ;p



hahaha..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers