Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

mari memasak di dapoq masterchef!

Assalamualaikum,

hari keberapa puasa?dari dulu sampai sekarang, itu tak aku kira.tup-tup dah nak habis puasa. huhu..


alhamdulillah, pertama kali selepas dua tahun dapat berbuka puasa bersama-sama hubby dari hari pertama dan insyaallah sampai ke penghujungnya nanti. hehe..sebelum ni dia sibuk kerja kat opis. dah kerja kat 'state' ni jarang balik sampai malam.


okay, sebenarnya nak cerita tentang cara memasak yang pantas ibarat memasak di dapoq masterchef tu. kan ada timingnya. 30minutes or 45minutes. kat rumah jarang kita dapat masak secepat itu kan? hehe..sebab tu dorang yang kat masterchef suma kelam kabut masak macam puting beliung.


aku tak lah hebat mana masak. cuma aku suka masak. suka berada kat dapur. boleh berdiri berejam kat dapor semata-mata nak masak. sekarang ni hari-hari masak. masak tuk sikecik, masak menu berbuka dan sahur, buat cake lagi. phew~


ada beberapa cara yang aku gunakan untuk jimatkan masa memasak;


1- aku akan buat stok cili blend untuk jangka masa yang lama. me and hubby hantu sambal. hari-hari mesti kena ada sambal. haha..sambal ayam, sambal daging, sambal ikan, sambal telur, sambal ikan bilis, name it! haha..so aku perlukan stok cili blend yang banyak. ini aku belajar dari my mom yang simpan stok cili dalam peti ais untuk memudahkan cara memasak. cili kering tu gunting halus. ikutla nak berapa banyak. ku buat 100gm pun dah banyak tahan untuk stok 2-3minggu. depends pada kegunaanla ye. ada orang tak campur dengan bawang tapi aku campur siap-siap senang kerja nanti. bawang merah dan bawang putih kena agak-agakla.aku lupa berapa gram. biasanya cili mesti lagi banyak dari bawang. bila kita campurkan tu kena cili lebih banyak kalau tak nanti tak pedas. tapi jangan terlebih banyak pulak. sebabtu aku kata agak-agak.hehehe..kalau nak masak asam pedas pun dah senang, tinggal tambah kunyit dan halia tumbuk saja.


2-siang siap-siap bahan basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan sebagainya. aku beli terus siang dan simpan.walaupun ada yang kata tak fresh tapi semua ni memudahkan kerjaku didapur. bukan ada sapa yang boleh tolong siangkan betul tak? benda yang paling aku tak suka ialah siang benda2 ni lah. benci betul tapi kena la buat. kalau kat kampungku, abah yang akan siang siap-siap.hehehe..


3- kopek bawang merah dan putih untuk stok seminggu dua dan simpan dalam peti ais. kalau nak menumis sayur ke hape ada dah bawang yang siap dikopek. kalau kat pasar pun ada jual bawang siap kopek kan?kerja-kerja ni biasanya aku buat malam-malam.hehe..but make sure jangan basuh bawang tu.dah kopek terus simpan dan elakkan kena air.kalau tak nanti cepat busuk.


4- defrost ayam rasanya lambat kan?biasanya kalau aku nak pakai cepat, ku rendam dengan air panas.hehe.. tak pun keluarkan malamnya dan letak dibahagian sejuk dingin tu. so tak la keras. esok pagi dah boleh masak.


ha..tu jela kot teknik yang biasa aku guna pakai. kalau memasak, aku tak suka dapur bersepah. even dapur sekarang kecik (standard la umah sewa kan..) tapi aku make sure tak bersepah. sakit mata. even tengah memasak pun.hehe..so let say aku dah siap masak sayur, dan tengah tumis cili, sambil tunggu cili tu betul-betul masak dan pecah minyak, aku akan basuh siap-siap kuali/periuk yang dipakai masa masak sayur. macamtu la contohnya. yelah, space limited nak letak semua benda kotor kat sinki kan?



i guess that's all la kot. ;)





maaf la takde gambar. next time maybe.







selamat memasak!





ps: esok misi nak menyiapkan 4 jenis cake--> red velvet cake, cheese cake, carrot cake, moist choc cake. hopefully ada tenaga dan menjadi sedap la semuanya.. esok malam juge nak balik kampungku! yay!! ;)

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday (v.17)



Assalamualaikum,



i love cooking.. baking..


nyummyyy!!



resepinya later k =)



Monday, July 11, 2011

let's break with....

actually, aku agak tensen lately nih. Tension dengan our current issue sekarang ni. Aku ada pendapat aku sendiri dan kalian dengan pendapat kalian. Aku malas nak hangatkan suasana so tanak cerita hal tu kat sini. Jadi nak legakan kepala yang semak tu, mari laaa kita fikirkan benda lain yang seronok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SEPERTI......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kuih raya!!!





macam tak sabar je bunyinya kan?? hehehe..


ni nak rehat sebentar dari berfikir perkara-perkara yang serius okay??



Entah kenapa tetiba teringin nak buat kuih raya. Actually last week MIL ada beli sebalang kuih almond london. Jiran sebelah rumah ni tokey kuih raya. Memang super duper sedap. Aku sorang je leh ngadap satu balang tu sorang..hahaha..it happened last year okay! sebalang tu aku makan habis masa drive balik ke KL dari perlis nih.. hahahaha..sedaaaappp!!




so bila fikirkan yang sebalang tu aku bleh habiskan dalam masa sekejap. Makanya aku terfikir, lebih baik aku buat sendiri then bantai makan sendiri. kihkihkih




so menggoogle laaaa cari resepi dan kuih yang sedap sedap. Aku kan hantu chocolate..so nak buat biskut kek pun haruslaaa yang ada cekelat ni kan kannnnn.. ;)



almond london tu dah wajib masuk list..ape lagi kuih yang sedap-sedap nih ek?? tart cekelat bleh tak?? hehehe..bleh bleh...


teringin nak biskut makmur..



nyum nyummmm!!!



so korang kalau ada resepi yang sedap sedap plus simple simple pls inform aku ye! tak baik kedekut nih...hehehehehhee

Sunday, January 30, 2011

our breakfast with parents





semalam we visited my cousin, kak ita yang baru lepas bersalin di Muar, Johor. comeeeelllnyaaaa la baby mirza tu. pastu senyap je walaupun dikacau macamana pun takde nak nangis. yela, mirza tu pun maksudnya anak yang baik. memang baik je la baby tu.. hehehe


amik petua dan ilmu apa yang patut, kami terus gerak pulang. Hanya pergi balik hari je. My parents tido dirumah kami.


so pagi tadi, aku pun buatlah breakfast. my dad tengok, ape benda tu?? tapi as usual dia memang suka makan benda-benda western aku buat. hehe..




my sheperd pie


uh, aku suka sangat kentang lenyek tu..memang sedap la kentang jenis ni. buleh beli lagik. hehe



Saturday, December 4, 2010

happy family time





ni cerita yang aku hutang last two weeks. ;)



masa minggu raya haji..my SIL and her siblings came over to my kampong. I didnt know till my mOm called and asked me and husband to come back. Diorang datang dengan 3 kereta.




Terus happening cam nak runtuh rumah ku itu. hehehe..yang paling seronok bila nampak muka my mOm yang sangat-sangat happy. Dia keep sayin
g yang dia ada ramai anak perempuan. hehehe..aku pun tumpang seronok laa..




Diorang sampai sabtu malam ahad. My mom dah prepared
delicious meals for all of us. Sian mak masak sensorang. Aku sampai rumah lambat. Tak sempat nak tolong. huhuhu..rasa bersalah. ;( Malam tu kami beborak la sampai dah tengah malam. Orang pompuan kalau dah berkumpul kan?? hehehe..




Pagi ahad tu mereka suma plan nak 'visit' sawah padi. Kebetulan tengah musim menuai. Aku macam biasa bawak mereka ke sawah padi abah. Yelah, orang kat situ memang dah biasa tengok aku bawak 'pelancong' ke sawah. hehehe.. besh besh..posing-posing di tengah sawah. Cuma kami tak dapat nak stay lama sebab tengah panas terik. habis kang rentung muka.. ;)


(pic from a.kamal and dia yg edit. hihi..aku crop nama-nama 'pelakon' kat atas tu..)


too sad aku tak bawak kamera sendiri. balik dalam keadaan kelam kabut. Nasib baik ada yang bawak kamera..hehe..



after lepaking kat sawah dan ambik buah durian belanda abah yang kebetulan tengah masak, kami ke sungai besar. Saja nak tunjukkan tempat tu kat diorang. Takde plak plan nak shopping ke ape. Nak bawak makan tepi laut tapi kedai tutup pulak. Malang betul. huhuhu..last-last minum abc ja kat sg besar tu.



Lepas jenjalan sikit kami terus balik rumah and makan tengah hari.. Malam ahad tu kami ke pasar malam pulak. hehe..pasar malam situ nOt so bad la. Ada gak benda yang menarik. aku tak beli ape-ape pun. Agaknya memang macam tu kot. aritu masa bawak MIL and family pegi shopping aku tak beli ape-ape pun. huhuhu..



Aku balik malam tu jugak. After husband tengok match badminton yang msia kalah dengan musuh tradisi tu laaa.. ;)


................................


Right now...tetengah malam buta..aku tengah kiwi muffin. nyum nyum!!!




Selamat aku bantai satu cup. hehehe..camno nak kurus cenggini ek??huuuuu


Dah kata, aku ni aktif tetengah malam buta. hahaha..



Buat ape muffin tu?



esok aku nak ikut family balik johor. together with my sil and her siblings. so excited!


of course yang best nya part makan-makaaannnn!!!! ;)


mee bandung muo, nasi beriani kambing, putu piring special, kucing kacang, mee rebus, lontong, garlic nan yang nyummy! etc



memang suma delicious laahhh!



hehehe..bab makan memang susah nak lupa. hihi



but too sad coz my husband tak boleh join coz kerja. ;(
hmm..but what to do kan?



uh, will update later. hopefully with something delicious! ;)



Thursday, September 30, 2010

...you are amazing..just the way you are!


penutup entry untuk bulan september. Bulan yang penuh dengan ke'busy'an. maafkan hamba kerana merosakkan bahasa ibunda kita. ;)


hari ini, 30 september 2010..hari lahir my mOm yang ke 57 tahun. Juga hari lahir my friend, aya..yang ke 26.

semoga kalian berdua panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..ameenn!!


takde bagi hadiah ape kat mak kali ini. Tak tahu nak belikan ape sebenarnya. Tunggulah nanti kalau aku dah kerja, belikan dia handbag LV or CHANEL ke..hehehehe..ya ampun, entah bila laaa..kalau blog aku ni glamer gempak habis buleh la kan..dapat income beribu-ribu ko! ;)) uh, entah bila juga laaa..


tapi, rezeki yang Tuhan beri pada setiap hambaNya berbeza-beza kan?


oh, i made oreo cheese cake for my mOm. Since rumah xde oven, makanya mencari resepi yang tak memerlukan sesi 'pembakaran'.. terjumpa pulak resepi yang simple and mudah..so buleh la..kali ke dua aku try cheese cake nih..memang sedap dan mudah. MUDAH ye..bukan MURAH. hehehe..well known la..bahan buat cheese cake nih bukan murah.. ;)

okay..bahan-bahannya..

biskut oreo (lg byk lg sedap wo!)
90gmbutter or marjerin
250gm creamcheese
200ml whipping cream
100gm gula kastor (leh adjust)
15gm gelatin (rendam dgn air panas dan sejukkan)
lemon

Memula..hancurkan biskut oreo..ada yang kata buang cream kat tengah tu. Tapi sebab aku TAK SUKA MEMBAZIR plus NAK MUDAH aku just blend kasi hancus lebur biskut tu..hehehe..pastu buh butter or marjerin yg dicairkan. aku tak timbang sgt pun..main agak-agak.

oh, bukan sebab aku dah HEBAT or PRO..tapi sebab takde penimbang..maafkan hamba ya.. ;D

hehehehe


okay..teruskan..dah gaul-gaul pastu penyek-penyek kan biskut tadi dalam loyang.masukkan dalam peti ais selama 30min (aku nak cepat, bantai letak
dalam tempat beku..muahahahaa)

pastu, pukul whipping cream..sampai pekat. dalam bekas yang lain pukul cream cheese..masukkan gula dan pes lemon (ikut suka laa..suka masam, buh banyak cket) dan juga gelatin tu. dah kembang dan sebati masukkan pula whipping cream yang dipukul mula-mula tadi..pastu masukkan cket biskut oreo yang dihancurkan..(tok sah hancur sangat la..baru syok)

dah siap..tuang atas loyang tadi.masukkan dalam peti ais..lagi lama dia dalam tu lagi sedap..hehehe..tp aku nak cepat so masukkan dalam fridge..ehehe..

dalam kul 130pagi aku dan husband terus gerak balik kg..nk buat surprise kat mak.


taddaa!!


okayla kan..hehehe..sedap tau! hee..first time buat tak berapa jadi.kurang gelatin..hehehe

yang ni dah okay da..hehehe

aku hias guna lebihan white choc yang diwarnakan pink..plus benda warna warni tu..

kalau rajin, boleh la try!

(^,^)



...................................................................

ps: tetiba rasa mcm nak ponteng kelas pulak ptg nih..tp ada exam lor! huhuhu..






Tuesday, September 21, 2010

back to reality

yeah..minggu ni ramai dah mula kerja. kebanyakan ambik cuti seminggu kan? aku cuti 2 minggu. hee..minggu ni dah mula kuliah seperti biasa..plus dengan assignment plus presentation plus exammm!!!


huaaa..


mana best? kerja ke belajar?


hehehehe..


dok uma juga laa yang besh!


hahaha..


pastu nak makan ape??


huuu~~



baru tadi dapat email from my leader in our group. sudah bising-bising. he's from oman. group aku nih international..macam-macam negara ada so macam-macam pe'el ada. adatlah kerja berkumpulan ni kan? seriusly aku rasa SANGAT TAK ENJOY masuk kelas tu. bosaaaannn sangat-sangat.


Banyak sebabnya. First, kelas terlalu ramai. Susah nak fokus. Kelas master ni aku rasa memang sangat TAK SESUAI kalau ramai-ramai..20 orang pun dah kira ramai. but what to do..huhu..ada satu kelas ni, just 5 orang je. pergghhhh! seronok betul. Sampaikan 3 jam tu rasa macam tak cukup je. Tak terlalu skema..tak terlalu ikut protokol. Kami boleh makan dan minum sambil belajar. soooo relaaaaax! kerjanya banyak gak but ape yang kami dapat dari kelas tu banyak sangat membantu..dan belajar banyak perkara...


apa-apa pun aku berharap dapat habiskan dengan baik dan cemerlang.


okay. enuf pasal study.


oh, korang jangan lupa jengah blog coklatku. hehe..sudah banyak yang menempah. Alhamdulillah..syukur~



bila bosan-bosan..leh buat coklat..

bila tensen-tensen..leh makan coklat..

hehehe


kalau nak order, jangan malu-malu tuk email ya!

izy_anmz@yahoo.com


insyaAllah akan balas secepat mungkin..







Tuesday, September 7, 2010

~my hOmeMadE chOc~

owh yeah!
i am chocoholic. crazy psl chocolates..its not the quantity but the quality..aku suka coklat tak bermakna mesti makan berkotak-kotak, berbar-bar setiap hari. TIDAK. Kalau begitu sure dah aku terlantar keGEMOKan yang MELAMPAU ye!


Baru-baru ni aku belajar buat coklat..memang dah lama nak sangat belajar buat HOMEMADE CHOCOLATE..Hari sabtu lepas on hubby's birthday, aku berkursus dari pagi sampai petang..kira kursus la ye.. ;)


and hasilnya??





macam-macam jenis coklat!

ini coklat gred A. Inti almond. rasanya memang macam cadbury sebab menggunakan coklat yang 100% koko. ;)
lollichoc!


actually ada macam-macam pattern dan design untuk lollichoc nih!
roses inti kurma..hehe..nyum nyumm (inti nya boleh ditukar-tukar..)




ini coklat oreo design bunga..

and juga contoh packaging

ini oreo edible pic. boleh order letak gambar anak@sendiri@ family..hehehe..



tidaklah mengecewakan! hehehehe..so kalau nak order, boleh contact ye.. (izy_anmz@yahoo.com)


Belum sempat lagi nak buat blog khas untuk bisnes or homemade choc nih..later la ye..memang sekarang ni pagi petang siang malam dok buat coklat..sampai mimpi buat coklat!! tak mandi satu hari suntuk..bau dah mengalahkan kambing...berhari-hari dah tak rupa orang..habis muka pipi tangan suma disaluti coklat..haaa...tu baru laa nama chocoholic kan kaannn?? (~,~)



owh bukan..tu sewel sudah namanya. ;p



hahaha..



Sunday, September 5, 2010

birthday and chocolate (~,~)

Busynya saya semalam..dah ready nak buat entry tapi tak berkesempatan..

mula-mula nak cerita..semalam besday my husband..my plan tak berapa menjadi tapi plan surprisekan dia dengan hadiah tu menjadilaaaa ;)


super duper terharu bila dia suka dengan hadiah yang aku bagi tak seberapa tu.. tak mampu lagi nak hadiahkan dia sebijik Volkswagen Golf tu..tunggula nanti aku jadi kaya.. ;)


pastu, terus husband ajak keluar dating..hehee..kami ke JALAN TAR! tetengah malam tapi manusia..masyaAllah!!! punya laa ramai. huhuhu..kami just lepak-lepak kat kedai mamak fevourite husband..

ape-ape pun, HAPPY BIRTHDAY to MY DEAR HUSBAND..


love you so much..


Waktu aku tengah tension sebab assignment yang macam haraaam tu, dia sanggup masuk ke dapur and cook something for me to eat..


waktu aku tengah sedih sebab macam-macam hal, dia akan sedaya upaya untuk pujuk..at least belikan cekelaaaatttt.. wife dia ni chocoholic! ;)) xpon belikan pizza...owh, wife dia ni juga hantu pizza! ;p


owh..dia sangat sabar melayan kerenah wife dia yang menang super duper mengada-ngada...yeah, orang lain mungkin dah lama menyampah mahu sepak terajang daahh.. ;p


owh, sayang kamu sangat-sangat!!!

(~,~)


okay..sabtu pagi, aku ada kelas membuat homemade chocolate di area kawasan rumah aku. Kebetulan terjumpa laman web tu..dah lama teringin nak belajar..alhamdulillah..apa yang dipelajari sangat-sangat berbaloi.. Malam tadi husband terus ajak pergi kedai bakery cari bahan-bahan nak buat homemade choc! yeahhhh!!!


Buat cket, masuk mulut cket. Buat cket, masuk mulut cket..



lama-lama perut aku buncit!



hahaha



actually, aku ada upload gambar..tapi sempat letak kat fb je..


the real photo nanti aku upload once aku dapat dari sorang akak yang turut join sama kelas tu. InsyaAllah aku akan buat bisnes kecil-kecilan untuk homemade chocolate nih.. ;) sambil makan sambil buat duit..hehehehe..



okaylah guys, selamat bersahur!




ps: my husband tengah sibuk memasak kat dapur tu..masak daging ape tah.. besh kan kannn??? ;)



Friday, July 2, 2010

bila tangan tak reti duduk diam..

aku memang suka memasak.

suka try resepi baru. esp yang simple dan mudah. tak pro la katakan..hihi

tambahan pulak kat rumah baru ni banyak lagi barang yang tak lengkap..masih takde lagi peti ais dan oven..so tak leh nak try resepi yang bombastic sangat la..hehe


semalam try buat moist chocolate cake tp takde periuk yang sesuai nak kukus. Try periuk yang ada tak sesuai..maka tak jadi la kek aku tu..

tapi still tak puas hati..nak jugak buat something untuk husband nih..

tiba-tiba terbaca status seseorang kat fb kata nak buat kek batik.



terus excited nak buat!

aku cuba adjust sedikit resepi yang aku ada..sebab malas nak bubuh banyak-banyak benda..hehehe

tapi memang kek batik tak perlu banyak bahan pon kan.

yang penting kena ada BISKUT MARIE!


kalau takde biskut ni kang tak jadila kek batik..jadi pulak kek sutera. ;)
okay..check it out!


ni kek batik version aku la ye..sebab ada macam-macam version kek batik ni. Ikut tekak selera masing-masing..dan juga ikut tahap kerajinan korang..hehe

memula aku patah-patahkan biskut tu jadi beberapa keping kecil..ada yang suka letak dan susun terus. So ikut selesa masing-masing..



pastu, pukul 1/2 cawan marjerin (yang ada tu je..malas nak guna butter ke ape..hihi) dengan 1/4 cawan gula sampai kembang..

dah agak-agak kembang tu bubuh la 2 biji telur..tambah plak milo (ikut suka nak buh berapa banyak..aku letak dalam 1 cawan), pastu 1/2 cawan susu pekat ( tak suka terlalu manis), 1/2 cawan air.


kalau nak bleh la letak nescafe cket ke..kopi cket ke..serbuk koko ke..

tapi jangan banyak kang jadi pahit pulak. Aku cuma letak serbuk koko@coklat yang selalu buat minuman tu.. hehehe..

dah kacau semua sampai sebati..terus masak atas dapur..sampai le masak..jadi pekat dan berketul-ketul...



pastu buh la biskut tadi..then tuang dalam bekas dan penyek-penyek kaann..hihi..tekan sampai padat la ye..



dalam 30minit pastu dah boleh ngap!


wallaaa!!!


seriusly simple sangat..




but so delicious!!!


ni tengah tunggu husband balik..nak dengar ape komen dia pulak.. :)


..........................................


nak post gambar punya la lambat loading..tengah problem 'berukband' nih..ish ish..tunggu la mood dia ok cket aku upload ye.. hihi






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers