Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday (v.36)



Tidur tak lena,


Mandi tak basah,


dok memikirkan kek nak dibuat tuk besday boys nih. huhu~








kita tengokla hasilnya jadi macam mana ye! hee~


ps: sumber pic from google

Tuesday, December 21, 2010

my dad

semalam birthday my dad.


yang ke 56


Aku dah lama ingat. Aritu masa jenjalan dengan sister and brother, sempatlah beli selai kemeja. pink gitu! tapi my sis yang bayar. hehe..


My dad nih seorang yang workaholic. Tak reti duduk diam walaupun dah pencen lama. actually dia pencen awal. Kalau tak silap masa umur 52 kot. Entah. Lupa pulak. Sebab dia lebih berminat dengan kerja-kerja pertanian. Orang jawa la kata kan..hehe..Walaupun sakit tapi masih gagahkan diri bekerja. Kadang-kadang macam tak sampai hati tengok. Tapi di larang pun masih nak buat, so biarkan la.. Kalau aku anak lelaki dah lama aku tolong. hehe.. Tapi ni mampu tolong tengok je.. huhu


Doaku, semoga abah sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..Sentiasa gembira disamping mak dan anak-anak..err, cucu coming soon. hehehe



Monday, November 22, 2010

a year older

ive been busy lately..usually kalau sesibuk mana mesti sempat juga update tru bb tapi ni memang tak sempat langsung.



will update later what happened last weekend. ;)



today my birthday...not-so-happy-day actually. gloomy sesangat. huhuhu



rasanya birthday kali ini adalah yang aku cuba lupakan sepanjang hayat. woaah! cam tragik je bunyi nya.



biasanya tiap kali birthday, memang aku akan rasa happy sesangat but not for today. im struggling to control my emotional, my feelings. try to be tough.



my friend ajak lepak at the curve so i just agreed. memang dari aritu plan nak beli new handbag. tengok handbag COACH my mum sangat cantik! terus rasa cam nak beli satu. tapi belom mampu lagik. ;( one day maybe.



so today kira shopping as a treat for myself la. takde sape dah nak bagi hadiah..so beli sendiri jelah kan..jalan masuk sana masuk sini. rasa macam semua benda nak beli. shopping is a good therapy! ;)



my dear lily banje makan kek chocolate. hehe..jadi la kan. tahun lepas rasanya memang xde kek for my birthday..entah. hehe..nanti aku update cerita-cerita menarik yg terjadi setiap kali my birthday..nanti ada anak cucu leh suruh diorang baca blog mummy@nenda diorang ni. hehehe..amenn...! (mesti best rasanya bila ada anak panggil mummy@mama nanti..huuuu)



btw, perkara yang buat aku sangat terharu ialah ucapan dan doa dari family and friends. itu yang rasa macam sebak je baca. dari tengah malam tak henti-henti bb berbunyi notification..dah tengah hari baru aku reply satu persatu..



tq so much! semoga doa kalian semua dimakbulkan Allah..dan juga mengharapkan dan berdoa yang terbaik untuk kalian semua.. ameennn!




Thursday, September 30, 2010

...you are amazing..just the way you are!


penutup entry untuk bulan september. Bulan yang penuh dengan ke'busy'an. maafkan hamba kerana merosakkan bahasa ibunda kita. ;)


hari ini, 30 september 2010..hari lahir my mOm yang ke 57 tahun. Juga hari lahir my friend, aya..yang ke 26.

semoga kalian berdua panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat..ameenn!!


takde bagi hadiah ape kat mak kali ini. Tak tahu nak belikan ape sebenarnya. Tunggulah nanti kalau aku dah kerja, belikan dia handbag LV or CHANEL ke..hehehehe..ya ampun, entah bila laaa..kalau blog aku ni glamer gempak habis buleh la kan..dapat income beribu-ribu ko! ;)) uh, entah bila juga laaa..


tapi, rezeki yang Tuhan beri pada setiap hambaNya berbeza-beza kan?


oh, i made oreo cheese cake for my mOm. Since rumah xde oven, makanya mencari resepi yang tak memerlukan sesi 'pembakaran'.. terjumpa pulak resepi yang simple and mudah..so buleh la..kali ke dua aku try cheese cake nih..memang sedap dan mudah. MUDAH ye..bukan MURAH. hehehe..well known la..bahan buat cheese cake nih bukan murah.. ;)

okay..bahan-bahannya..

biskut oreo (lg byk lg sedap wo!)
90gmbutter or marjerin
250gm creamcheese
200ml whipping cream
100gm gula kastor (leh adjust)
15gm gelatin (rendam dgn air panas dan sejukkan)
lemon

Memula..hancurkan biskut oreo..ada yang kata buang cream kat tengah tu. Tapi sebab aku TAK SUKA MEMBAZIR plus NAK MUDAH aku just blend kasi hancus lebur biskut tu..hehehe..pastu buh butter or marjerin yg dicairkan. aku tak timbang sgt pun..main agak-agak.

oh, bukan sebab aku dah HEBAT or PRO..tapi sebab takde penimbang..maafkan hamba ya.. ;D

hehehehe


okay..teruskan..dah gaul-gaul pastu penyek-penyek kan biskut tadi dalam loyang.masukkan dalam peti ais selama 30min (aku nak cepat, bantai letak
dalam tempat beku..muahahahaa)

pastu, pukul whipping cream..sampai pekat. dalam bekas yang lain pukul cream cheese..masukkan gula dan pes lemon (ikut suka laa..suka masam, buh banyak cket) dan juga gelatin tu. dah kembang dan sebati masukkan pula whipping cream yang dipukul mula-mula tadi..pastu masukkan cket biskut oreo yang dihancurkan..(tok sah hancur sangat la..baru syok)

dah siap..tuang atas loyang tadi.masukkan dalam peti ais..lagi lama dia dalam tu lagi sedap..hehehe..tp aku nak cepat so masukkan dalam fridge..ehehe..

dalam kul 130pagi aku dan husband terus gerak balik kg..nk buat surprise kat mak.


taddaa!!


okayla kan..hehehe..sedap tau! hee..first time buat tak berapa jadi.kurang gelatin..hehehe

yang ni dah okay da..hehehe

aku hias guna lebihan white choc yang diwarnakan pink..plus benda warna warni tu..

kalau rajin, boleh la try!

(^,^)



...................................................................

ps: tetiba rasa mcm nak ponteng kelas pulak ptg nih..tp ada exam lor! huhuhu..






Sunday, September 5, 2010

birthday and chocolate (~,~)

Busynya saya semalam..dah ready nak buat entry tapi tak berkesempatan..

mula-mula nak cerita..semalam besday my husband..my plan tak berapa menjadi tapi plan surprisekan dia dengan hadiah tu menjadilaaaa ;)


super duper terharu bila dia suka dengan hadiah yang aku bagi tak seberapa tu.. tak mampu lagi nak hadiahkan dia sebijik Volkswagen Golf tu..tunggula nanti aku jadi kaya.. ;)


pastu, terus husband ajak keluar dating..hehee..kami ke JALAN TAR! tetengah malam tapi manusia..masyaAllah!!! punya laa ramai. huhuhu..kami just lepak-lepak kat kedai mamak fevourite husband..

ape-ape pun, HAPPY BIRTHDAY to MY DEAR HUSBAND..


love you so much..


Waktu aku tengah tension sebab assignment yang macam haraaam tu, dia sanggup masuk ke dapur and cook something for me to eat..


waktu aku tengah sedih sebab macam-macam hal, dia akan sedaya upaya untuk pujuk..at least belikan cekelaaaatttt.. wife dia ni chocoholic! ;)) xpon belikan pizza...owh, wife dia ni juga hantu pizza! ;p


owh..dia sangat sabar melayan kerenah wife dia yang menang super duper mengada-ngada...yeah, orang lain mungkin dah lama menyampah mahu sepak terajang daahh.. ;p


owh, sayang kamu sangat-sangat!!!

(~,~)


okay..sabtu pagi, aku ada kelas membuat homemade chocolate di area kawasan rumah aku. Kebetulan terjumpa laman web tu..dah lama teringin nak belajar..alhamdulillah..apa yang dipelajari sangat-sangat berbaloi.. Malam tadi husband terus ajak pergi kedai bakery cari bahan-bahan nak buat homemade choc! yeahhhh!!!


Buat cket, masuk mulut cket. Buat cket, masuk mulut cket..



lama-lama perut aku buncit!



hahaha



actually, aku ada upload gambar..tapi sempat letak kat fb je..


the real photo nanti aku upload once aku dapat dari sorang akak yang turut join sama kelas tu. InsyaAllah aku akan buat bisnes kecil-kecilan untuk homemade chocolate nih.. ;) sambil makan sambil buat duit..hehehehe..



okaylah guys, selamat bersahur!




ps: my husband tengah sibuk memasak kat dapur tu..masak daging ape tah.. besh kan kannn??? ;)



Sunday, August 22, 2010

Allah selamatkan kamu!


22 August 2010.


Si tinggi lampai Si kaki panjang ni dah masuk 24 tahun. Baru habis belajar dan juga baru sebulan bekerja.


Orang kuat masa wedding aku.


He's so cool. Belajar di Universiti yang sama dengan aku. Degree yang sama tapi majoring lain. result SPM pon lebeh kurang. Sapa suruh sama-sama malas belajar.


Malang untuk dia sebab dapat kakak yang suka paw. Tak banyak cekadak tapi suka buat hal sendiri. Owh, kegemaran dia adalah tidur dan tidur. Kalau tak cukup tidur mula nak mengamuk macam singa kebulur tak makan sebulan.


Suka makan. Pastu tak reti beza makanan tu dah basi ke tak. Bantai sampai dah sakit perut baru perasan makanan tu dah basi.


Doakan semoga murah rezeki dan panjang umur untuk kamu. Jadi anak yang soleh dan taat. Moga-moga dapat kerja yang cool dan besh. So bleh paw kamu pun besh besh. ;)


Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kamu!



satu saja pesanan untuk kamu:



hei budak! balik cepat rumah sini. Bosan dah kena tinggal sorang hari-hari ni.



Sunday, November 22, 2009

A year older

Today is my birthday..

Dunno how to describe my feeling.Mixed up! Happy, excited, sad, gloomy, worried etc.

But just focus on the positive side.

Bersyukur pada Ilahi kerana masih dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Menikmati hidup selama suku abad. Suka duka yang banyak beri pengajaran..buat aku tabah dan kuat mengharung arus kehidupan yang serba mencabar ini...

Today is special because special guest coming over to my house. To celebrate my birthday together with my family...

Never thought all these can happen so sudden..but like i said, focus on the positive side. Everything that happen, there must be a reason behind it. Takdir Allah yang menentu segalanya dan sebagai hambaNya, kena terima dengan hati yang terbuka. Aku bersyukur dengan 'hadiah' yang terhebat ini. Subhanallah...

Hari...cepatlah siang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers