Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan

Alhamdulillah...selamat dah puasa hari ni. Still masih lagi tak dapat berbuka bersama dengan husband masa first day of ramadhan nih. Last year lagi lah, first day of puasa kena berbuka sorang-sorang. haru betul...


Nasib baik aku dah beberapa kali puasa sebelum ramadhan datang, maka takda la terkejut sangat badan ni. Tapi still lembik jek. 30 minit after sahur, perut lapar mintak diisi. huhu..


Beberapa jam sebelum berbuka, baby makin galak bergerak dan tendang-tendang sebagai tanda dia kelaparan.. huhu, jadi aku cuba bertahan sehingga berbuka. alhamdulillah...


Tapi sian my mom pulak yang tetiba cam sakit. Migrain dan gastrik datang. Mungkin baru nak biasakan kot. Plus my mom ni ada gastrik yang tahap teruk sejak dari muda lagi. Tapi sebelum ni tak pernah pulak dengar mak tak puasa sebab gastrik. Mungkin dah makin meningkat usia, badan dah tak kuat kot. sian mak..tanya jugak kot nak bawak masuk kecemasan, tapi mak kata tanak sakit kena cucuk.. (yeah, memang sakit.huhu..9hari tangan aku lebam kena cucuk)


Sepanjang hari, aku hanya baring dan golek-golek jek. Lemah betul nak buat ape-ape. Ala, macam la sebelum ni aku buat keje sangat kan? hehe..


bosan-bosan, sambung kait sikit-sikit.


Masih ada 28 hari lagi nak go tru. Lusa ada routine check up kat klinik sini. Belum regist lagi. Hopefully nurse tak bising or perli-perli la. Sebab dah masuk 3 kali aku tukar tempat check up. Habis tu nak buat camne kan?


okaylah,


Selamat berpuasa!



Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya ramadhan


(pic from google)

Selamat datang wahai ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Bersyukur masih dipanjangkan umur untuk menikmati ganjaran dan nikmat dibulan mulia ini..


Insyaallah, aku akan cuba berpuasa seperti biasa. kalau muntah-muntah, mungkin terpaksa batalkan puasa. ;(


Setiap kali puasa, sahur tu satu kemestian. Especially kalau dengan parents. Time duduk sendiri, kadang-kadang tak terbangun. huhu..


Sahur mesti makan nasi dan lauk-lauk yang ringkas. Biasanya mak akan masak awal, kalau yang sangat simple boleh je masak on the spot. Berbuka pula, kalau ramai-ramai memang seronok..biasanya mak akan tanya anak-anak nak makan ape. Kami jarang berbuka makan nasi berlauk. Menu macam mee goreng, bubur lambok, nasi tomato, nasi ayam, mee kari antara menu berbuka kami. Suka masak something yang a lil bit special la.. kalau tak ramai orang yang ada, makan simple-simple je..


apa pun, diharapkan bersederhana dalam berbuka. Manusia ni kalau lapar, nafsu nya melebih-lebih. Sama-sama kita rebut pahala dan ganjaran di bulan mulia ini.




(pic from google)


Sebelum terlupa, dengan seikhlas hati, untuk segala salah silap, segala kelemahan dan kekurangan saya yang telah menyakitkan hati sesiapa, mohon ampun dan maaf....

Saturday, July 30, 2011

Ashraf Hafiz meninggal dunia pagi tadi~innalillah


Lelaki yang telah menggemparkan kita dengan kisah keinginan beliau untuk menukar jantina dari lelaki kepada perempuan dan memohon pertukaran nama kepada Aleesya Farhana meninggal dunia akibat serangan jantung dan juga kemurungan yang teruk...


Aku pernah buat entry tentang beliau..terkedu. innalillahiwainnailaihirajiun...apa pun yang terjadi sebelum ni kita tiada hak menghukum. Biar Allah menilai, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk arwah..ameeen...


dah tak lama nak masuk ramadhan..semoga Allah panjangkan umur kita untuk menikmati ramadhan al mubarak ini..



sumber berita dari sini



KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama



...........................................................



meaningful dialogue



"come on u guys,

don't act like u havent done it before..

u know how it is when u really care about someone..

when u fall in love with someone..

u called them all day long because u wanna know how their day is going and what they thinking bout..either they thinking bout u..


u spend the whole day just to find the perfect outfit.. u even change ur hairstyle that just took a second to take a look..but they never noticed..

sometimes i just wish they can trade place with us so they would know how we feels.."



so touching!



..................................................................


I love this dialogue in a movie.

"a woman will try do anything to get his attention. someone that she loves.."

"A beautiful relationship does not depend upon how good we understand someone but on how well we avoid misunderstandings..."


Friday, July 29, 2011

Malaysia vs Singapore


lambat update pasal ni. malam tadi sedih punya pasal. huhuhu..sedih pasal Tiger kalah laa..kuciwa hatiku tidak terkata.. (eceh..)


Pertama kali dalam sejarah aku layan bola sensorang. Yes, sorang-sorang aku meroyan melalak terjerit. Takde sapa kat uma time first half time tu. My dad n mom pegi ke masjid dan balik lewat sebab ada tahlil kot. tetiap malam jumaat memang ada program. masa kedua baru abah join. Mak dah tak mau tengok dah..



so layan la sorang-sorang. perghh!! kagum tengok stadium ramai gila penonton. sebab dah pernah ada kat sana sebelum ni so boleh agakla meriah dan bingitnya camne..hehe


sapa kata penyokong kita tak patriotik. Walaupun tiger kalah teruk masa lawan kat singapore dulu pun masih ramai datang menyokong. Yang tengok kat rumah cam aku ni pun bape ramai lagi kan?? so bukan alasan laaa...



Tapi betul la..masih banyak lagi yang team msia perlu baiki dan improve. sebelum berangan-angan nak masuk world cup ke olimpik ke..Banyak sangat kelemahan. Suka berharap kat sorang player jek. Kalau safee tu dpt bola memasing cam diam takde nak tolong back up ke ape. payah la dia nak goal kan.. adehh..


tapi apek memang terbaik laaa..kalau keeper yang masa kat singapore tu jaga sure dah 6 goal da singapore dapat.


entahlah..aku tak reti nak ulas. tapi bagi aku, player singapore adalah pelakon terbaik!!!



memang mereka ni singapura-pura btul. sikit-sikit jatuh sakit. lempang kangg??? no wonder pelakon singapura-pura cam aaron aziz tak leh cari makan kat sana. football player pon ramai pelakon..camne??



apa pun, perbaiki lagi mutu permainan ye wahai team malaysia. Jangan berangan je lebey.. defend tu kasi kukuh mantap sikit. Ini tak, kejap-kejap kena bolos dengan si boncit qiu li tu. tak pon si tua mat saleh tu. hah..banyak btul gelaran aku bagi nih. huhuhu..geram gerammmmm!!!



mulut aku tak henti-henti mengomel..geram btul. last-last abah kata.....


"pi tukar channel lain! "



hahaha..geram tengok plus aku tak henti-henti membebel. hahahaha..

Thursday, July 28, 2011

my nyummy beef lasagna





i'm trying to cheer myself up. Dari minggu lepas teringin nak makan lasagna lagi. I had one in SR kangar. Sedap. i love it. Kat sini takde partner nak ajak makan luar, so i have to cook. Part nak beli bahan pon kena ajak parents teman beli. Aiseh, mak buyong ni memang dah tak larat betul nak drive jejauh.


Actually malas nak angkut barang berat-berat. Right now my body's in pain. Especially time malam nak tdo. Pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, telentang lagi macam nak tercekik. my back's in pain. ah, everything's in pain sekarang. hati pon turut sama berkecai kecai lagi. :'(



Thinking bout food can cheer me a lil bit. huhuhu


Back to lasagna. bila dah dapat beli bahan-bahannya, i've to wait for my youngest brother balik from uitm. Konon boleh la aku kerah jadi 'bibik' kejap (kejam betul kakaknya nih..). Tapi lambat la pulak. He told me nak balik today tapi tak
jadi coz tomorrow still ada kelas. He's my partner dalam makan western food nih..ada geng seronok laa..



Ah, tak leh jadi nih. One way to mend the broken pieces of heart, i've to eat something i love. huhuhu..(parah bebenor bunyinyaaaa...ngengada btol)



Makanya, aku terus la buat lasagna tu. after menggoogle blog makanan dikala tetengah malam.. (oh yes, everynite aku akan google blog makanan orang layan...huhuhu..im so pathetic.. (+_+)...)


i found beberapa teknik dan resepi lasagna yang agak simple berbanding aku buat sebelum ni. Ya ampun...memang leceh benar buat lasagna sebelum ni. last time adik aku buat tak berapa jadi. Maybe leceh sangat so jadi give up.




so here resepi yang aku dah ubah sikit-sikit after dah try tadi. memang kejap je masaknya. dalam 30minit je!

BAHAN-BAHAN:

Instant lasagna sheet
shredded cheese

Sos Daging:

daging cincang
bawang besar
bawang putih
carrot
tomato
1 tin sos spagetti (preggo or kimball)
(aku tumis pakai cili blend yang dah siap ada dalam peti ais. senang! then campur separuh dengan sos spagetti tu )

Sos Putih:

3 sudu butter
3 sudu tepung gandum
3 cawan susu full cream
2 sudu shredded cheese
garam
black pepper


actually, tuk sos daging tu boleh buat ikut cara memasing cam buat kuah spagetti. Buh la ape korang suka. aku nak letak cendawan butang tapi lupa plak beli. so ape yang ada buh la..tapi kena bagi sedikit kuah ye. Jangan pekat sebab kuah tu yang akan digunakan tuk melembutkan lasagna sheet.





senang kata, lasagna sheet tu tak yah nak rebus ke rendam ke. Aku rasa tu yang jd lecehnya. to mak sure sheet to lembut, bagi kuah sikit sos daging tu..kat gambar ni tengah terkering. Aku tambah lagi air cket bagi berkuah. Memang lembut jadinya lasagna sheet tu. Kalau kurang air, sheet jadi keras @ liat sedikit.


then, masak seperti biasalah..


tuk white sauce tu, cairkan butter. Nak pakai mentega boleh. ikut suka tekak masing-masing. hehe..aku rajin teramik butter so pakaila butter. dah cair, masukkan tepung lak. But please make sure api slow. hangus sia-sia je kerja. (aku punya almost hangus...) kacau bagi sebati dan warna jadi kekuningan cket. After that masukkan susu full cream tu. memang berlemak-lemak makan lasagna nih. tak naik 2 kg tatau la. huahuahua






ini white sauce aku. terpekat cket. aku tambah lagi sikit susu.




ada yang letak dry basil etc. tapi aku just letak blackpepper jek. dah itu je yang ada kat kitchen nih. pastu buh garam cket.


kena sentiasa kacau jangan bagi berketul-ketul. Bagi kuah likat sikit je then matikan api.



after that, cari la bekas tahan panas pyrex ke hape yang korang ada tu. Loyang pon boleh. sapu minyak cket. aku terlupa plak nak sapu. huhu..pastu susun layer by layer. memula letak sos daging, then sos putih, then letak lasagna sheet, then ulang balik sampai penuh bekas. ikut suka la nak susun camne. hehe..last sekali letak laaaa shredded cheese korang tu..nyum nyummmmmm!!!


penuh melimpah ruah..i loike!



then bakar! bapa lama aku tak reti nak cakap. agak-agakla. 5-10minutes ok dah. Aku pakai microwave je so dalam 5 minutes dah ok.



sejukkan dulu baru potong ye..



makan time suam-suam kuku lagi sedap!


Inilah hasilnya...






cecomot betul pyrex tu. hehe..dah lapo sangat..habis separuh aku baham. huahuahua..ni boleh habiskan sorang ni. ya ampunnn...macam perut naga dah perut aku sekarang ni. huahuahua


enjoy!!!



malam ni tengok bola sambil makan lasagna. nyum nyum nyum..

jimmy oh jimmy

sebab aku ada buat entry pasal dia sebelum ni , so nak update sikit la. huhu.. ternampak kat cover paper HarianMetro pasal wife Jimmy buat pendedahan tentang punca sebenar keretakan hubungan mereka..baru bape hari kahwin, dah kena tampar. sian sian... nak didik isteri bukan mudah, nak lembutkan hati suami bukan senang. Kalau tampar, pukul tu cara nak mendidik, siapa yang boleh terima? Masing-masing ada salah dan silap kan? kena belajar terima kelemahan dan keburukan pasangan. Cari cara yang berhemah nak betulkan mana yang tak kena..


huhu...marriage is not easy dude.


kalau aku pun jadi marah bila dah kena tampar. Baru je beberapa hari kahwin kan?? tapi respect jugak kat wife dia ni sebab selama ni dia duk kunci mulut senyap je tak defend diri ke apa walaupun mak dia sendiri marah dan back up si Jimmy nih. Mungkin ada silap wifenya. Dua-dua mesti ada salah punya. Entahlah, aku tak berpihak mana-mana. Sebab apa pun yang terjadi hanya mereka berdua saja yang tahu...Cuba ambik pengajaran dari kisah mereka berdua nih..


Aku terbaca kata-kata ni kat twitter..


"Discuss your relationship issues only with who you're in the relationship with. Stop including third party opinions.."


Bila dah banyak pihak masuk campur, maka nak jernihkan yang keruh memang susah. Makin berkeruh-keruh la jadinya. (bahasa apakah ini ez oi??)

sian kat Zahrah Shanley yang comel tu masih tak tahu apa-apa. Bila dah macam ni, masing-masing akan cuba pertahankan hak masing-masing. Anak juga yang jadi mangsa...kan?

Bila dah kecoh satu Malaya. Aib sendiri terbuka, sapa juga yang malu...

Nak baca kisah selanjutnya klik web beautifulnara nih.


Kalau boleh tak yah la cerai-cerai. Sian kat anak... huhuhu

Wednesday, July 27, 2011

playing with baby



right now, the most happiest thing in my life saat baby bergerak-gerak, tendang-tendang, pusing-pusing dalam perut. That's really make me happy. its funny bila tengok perut gegerak, sengat-senget bila si kecik ni aktif. i always laughing. sonok betul..




one time, aku penah nampak macam jejari @ tangan dia menolak perut. so cute! cecepat aku pegang..pastu dia nyorok balik..selalu dapat rasa kepala dia..kadang-kadang di baginya punggung tu kat aku.. haha..comel comel..




i really enjoy the moment..kadang-kadang tengah nangis sedih, baby akan gegerak try to make me smile and laugh again. how sweet..



memang selalunya bila baby bergerak, akan rasa sangat tak selesa. especially bila baby sangat lasak dan aktif. memang sakit..duk rasa macam di tarik-tarik usus ke urat tah..huhu..tapi seronok at the same time.. :)



kalau baby lasak sangat, biasanya aku akan usap-usap sambil cakap "apalaa baby ni buat lasak sangat ni..sianlaa kat mommy..".



tak sabar nak tunggu baby keluar. mesti lagi best nak layan kerenah dia.. :D


Tuesday, July 26, 2011

Pengalaman di wad bersalin

lama betul bertangguh entri ni. ok. hari ni aku cuba cerita kan sedikit sebanyak pengalaman hampir 9 hari kena tahan di wad bersalin, hospital Tanjong Karang.


Seumur hidup, aku tak pernah kena duduk wad. Seingat aku memang tak pernah sejak dari kecil. Bila mendapat perkhabaran tentang kehamilan aku seawal 5 minggu, aku mula jatuh sakit. Badan jadi makin lemah dan lembik. Takde semangat dan tenaga. Seharian rasa nak terlantar baring je. Makan pun macam tak berapa lalu sangat. Especially yang aku masak.



Masuk ke 7-8 minggu keadaan makin teruk. Aku muntah-muntah. Kadang-kadang perut macam gunung berapi nak meletus. Kalau tak muntah aku tak lega. Tapi lega kejap. After 30 minutes up to 1 hour aku akan muntah balik. itu la rutin harian. Sehingga ke subuh. Memang aku tidur kat ruang tamu je senang nak muntah tanpa ganggu husband. huhu...lembik lembik..



Bila balik kampung aku, pun begitu keadaannya. Mak panggil tukang urut untuk urut sikit-sikit badan aku ni bagi bertenaga balik. Tapi after 1-2days, aku muntah-muntah balik. Bila ikut mak abah balik ke Muar, untuk berubat syifa', itu kemuncak nya. Aku kerap muntah dalam kereta. Last-last bila on the way balik rumah, mak suruh singgah hospital. Tengok aku dah lembik habis.


Masa tu dah tengah malam. 12 lebih. Masuk kecemasan, HA suh buang air tuk test urine. Dan aku disuruh baring dan cucuk tuk masuk air. Itu la pertama kali aku kena cucuk untuk drip. Nak tunggu result tu pun lambat, around 2-3 hours. Mak setia menunggu kat kecemasan tu. Abah suma dah balik rumah dulu. huhu..sian mak. Mula-mula aku tak boleh nak lena langsung kat katil tu sebab rasa macam nak pitam. Lama-lama baru ok. Dalam 3 pagi, result keluar dan aku kena masuk wad. Aku tak ingat apa HA tu cakap tapi ada something dalam urine tu yang menunjukkan aku mabuk teruk. huhu..



Masuk wad, nurse suruh tukar baju. Baju pink gitu. hehe..Mak pun terus balik rumah. Letih dah.



Masa tu tak ramai orang pun dalam wad bersalin tu. Aku memula pelik jugak kenapa masuk wad bersalin sedangkan tak bersalin lagi. Nurse kata memang dah diasingkan dari pesakit biasa. Sebab yang bersalin pun tak ramai.



Mula-mula sebelah katil aku takde sapa pun. ada 4 katil, suma kosong. Aku tepi sekali. Sebelah bilik air. Masa ni memang tak selesa langsung. Duk fikir, camne nak tido nih. Sudahnya sampai ke siang tak tidur tidur..


Pepagi nurse dah kejut tuk subuh. Kena mandi terus. huhuhu...seksa betul beb. Dengan tangan berdrip suma..aku kena tolak batang besi yang sangkut air drip tu ke bilik air. Sekali tu aku jatuh kedebuk. huhu..sebab susah nak tolak. Bila aku cabut botol tu dari penyangkutnya, nurse marah-marah perli aku sebab bila cabut, darah akan keluar dari tempat cucuk tu dan tersumbat la kan.. pastu aku sound balik..

"dah aku jatuh tergelincir, kalau aku gugur sapa nak tanggungjawab?? benda tu susah nak tolak. lain kali bagi batang besi yang senang nak ditolak.."


aku memang pantang orang nak sound-sound tak tentu arah ni. especially staff hospital. memang senang je mulut aku nak balas. bukan orang sengaja nak sakit dan duk kat wad ni kan?? sapa suka?? berbudi bahasa pun payah.



orang kata kalau masuk wad, bleh la berehat kan?



oh tidak tidak.



bila masa nak berehat?? dah la keliling ada pesakit lain. Pastu doktor or nurse akan selalu datang check. Macam aku 24 jam memang akan di pantau. Sebab aku demam teruk. suhu paling tinggi sampai 40. Dr siap suspek aku H1N1, tibi, tah hape-hape lagi. My dad marah betul. dia kata nak suspek tu lantak la keje depa tapi tak yah la nak cakap dengan pesakit kalau tak sure. huhuhu..psycho betol..



Aku memang tak leh nak tdo lena. Malam asyik demam. Batuk macam nak keluar isi perut.. teruk condition aku time tu. huhu..Siang jelah boleh tdo kalau bukan waktu melawat. Kalau time melawat abis bising ramai orang..susah..



Bila aku di suspek H1N1, aku terus dipindahkan dan diasingkan ke satu bilik. Memang aku sorang je dalam tu. Keluar pun kena pakai mask. Sapa nak melawat pun kena pakai. Time ni agak ok sebab aku selesa sorang-sorang. Tapi aku tak caya pun aku H1N1. Hanya sebab aku demam suhu tinggi.



Bab makanan memang la hancus. Tak selera langsung. Tapi sebab lapar, makanya tiap kali time makan, aku akan cuba makan sehabis mungkin. Pastu, tuk sarapan aku request nasi lemak kat mak, sebab cam tak kenyang makan roti. huhuhu..



Masa 9 hari tu, aku kira berpuluh botol air dimasukkan dalam badan aku. Tapi tak gak baik-baik. Cuma aku dah tak kerap muntah la. Kalau diorang bagi ubat memang aku muntah. Yang aku bleh makan cuma panadol. itu pun aku tak nak makan sangat melainkan demam teruk..


Tangan aku ni da belubang sana sini kena cucuk. Tuk drip tu aku rasa 10kali kena cucuk. Kejap tukar sini. kejap tukar sana. Sebab bila tangan aku dah lebam bengkak, kena tukar. huhu..plus, diorang ambik banyak sangat darah aku tuk test itu ini. dah kena suspek macam-macam kan? aku ni plak susah nak cucuk tuk amik darah. Urat kedalam. memang payah. so nak ambik darah tu kena cucuk 3-4 tempat sekali ambik. so bayangkan la camne...



Yang paling sedih tu, masa aku masuk spital tu la husband kena transfer keje ke perlis. huhu.. sedih sedih. Masa nak berpisah tu dia datang jumpa aku kat spital. Memula ok tak nangis tak sedih. Pas dia buat ayat sedih, abis berjurai air mata aku. huahuahua..



Masuk hari ke 8/9 aku tak ingat. kena jumpa dr pakar dari hospital sg buloh. Scan baby suma ok. Dr kata aku ok. cuma mabuk teruk. dan kurang air. so aku cakap kat dr yang aku nak balik. Dah tak larat nak duk spital. Aku tak rasa makin baik pun..



Lagi pun aku stress ingat banyak kelas kena ponteng. Lecturer pulak ada yang tuduh aku sengaja tanak datang. hape la kan??



Lepas keluar hospital, aku masih muntah tapi tak teruk sangat macam sebelum ni. Kalau lambat makan, atau angin banyak memang aku muntah. sampai sekarang pun. Kalau puasa memang rasa nak muntah je. huhu..Mengandung ni memang mencabar sangat tuk aku. huhu..emosi sakit, physical pun sakit.


apa pun ini semua pengalaman berharga tuk aku. Kalau di kenang balik memang tak sanggup nak masuk spital lagi. Tapi nak bersalin nanti kena masuk jugak kan? hehehe..semoga semuanya dipermudahkan Allah..ameen..





Monday, July 25, 2011

one more day



Alhamdulillah...berjaya juga puasa hari ni. Masih ada one more day. Insyaallah esok kena jugak puasa. Dah last minute betul nih..


Bukan sengaja lambat nak ganti. Tapi sejak dari awal pregnant keadaan aku memang fragile. Lambat makan pun aku muntah-muntah. Masih lagi sampai sekarang. Jadi bila puasa tu memang aku hanya mampu berbaring aje. Tak la banyak pun kena ganti tapi memang kena tunggu keadaan aku betul-betul ok baru boleh puasa..



Hari ni agak challenging. Badan lembik teramat sangat. Kepala sakit nyut nyuttt..tak lega-lega walaupun dah tenyeh bam panas. huhu..mungkin faktor cuaca yang agak panas kot. huhu...




till now kepala aku masih sakit. ;( tak tahu la mampu ke tak nak puasa penuh nanti. Badan jadi berbisa..sakit-sakit makin teruk..itu ini sumanya sakit. sob sob sob..camni la rasanya mak-mak kita ek. huhu..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers